Siapa pernah gunakan mikroskop? Pasti ramai yang pernah ketika melakukan eksperimen ketika sekolah menengah kan? Bagi mereka yang bekerja dalam bidang yang menggunakan alat ini pasti sudah biasa.

Mikroskop biasanya bukanlah alat yang dibeli oleh sesiapa pun untuk tujuan hiburan. Namun, kalau mendapat peluang menggunakan mikroskop yang berkuasa tinggi, pasti anda takkan lepaskan peluang untuk meletakkan apa sahaja di bawahnya.

iluminasi.com ingin kongsikan 7 objek biasa yang kelihatan sangat menakjubkan di bawah lensa mikroskop.

1 . Kulit ikan jerung

Mata kasar:

BESARKAN TEKS     A-  A+

Tahukah anda jerung adalah satu makhluk yang sangat menarik dan pelik. Spesis ini akan mati jika berhenti bergerak, mampu menghidu setitik darah dalam kolam sebesar kolam Olimpik dan bayi-bayi jerung akan memakan sesama sendiri sehingga tinggal hanya satu daripada mereka.

Namun tiada apa yang menarik pada kulit mereka, tak ada siapa yang tertarik dengan kulit jerung, kan?

Di bawah mikroskop:

kulit jerung di bawah mikroskop

kulit jerung di bawah mikroskop 2

Namun, sebenarnya kulit jerung adalah sangat menarik. Jika dilihatkan dengan mata kasar, ia seperti kulit biasa, tetapi sebenarnya ia diperbuat daripada gigi-gigi kecil. 

Sisik-sisik kecil yang anda lihat ini dikenali sebagai "denticle" dan berfungsi membantu mengurangkan seretan ketika jerung berenang di laut

2. Jus oren

Mata kasar:

jus oren pada mata kasar

Biasanya jus oren dihidangkan untuk sarapan. Cuba lihat jus oren ini, kelihatan seperti mana-mana jus oren. Ia diberikan nama oren kerana warnanya yang jelas berwarna oren atau jingga.

Di bawah mikroskop:

jus oren di bawah mikroskop

Namun apabila berada di bawah lensa mikroskop, jus oren hanya mempunyai sedikit sahaja warna oren. Ia lebih kelihatan seperti sebuah lukisan abstrak atau hasil daripada pensel warna yang diasah, daripada jus oren.

3. Salji

Mata kasar:

salji pada mata kasar

Salji merupakan hasil daripada air hujan yang turun ketika suhu beku. Disebabkan saiznya yang kecil dan struktur yang rapuh, adalah mustahil bagi mata kasar kita untuk melihat rupa bentuk sebenar salji.

Di bawah mikroskop:

salji di bawah mikroskop 3

salji di bawah mikroskop

Semuanya sudah jelas dan nyata mengapa bentuk salji dilukis seperti yang kita lihat sebelum ini, seperti yang digambarkan pada pendingin hawa. Rupanya itu lah bentuk salji yang sebenar apabila dibesarkan beribu-ribu kali.

Ia berbentuk seperti bintang dengan 6 sayap.

4. Kapur tulis

Mata kasar:

kapur tulis pada mata kasar

Untuk berpuluh tahun lamanya kapur tulis digunakan untuk menulis di atas papan hijau di dalam bilik darjah pada satu ketika dahulu. Ia mempunyai struktur legap namun menjadi serbuk ketika ditulis. 

Di bawah mikroskop:

kapur tulis di bawah mikroskop

kapur tulis di bawah mikroskop 2

Daripada mata kasar anda, pasti tak terbayangkan rupa sebenar kapur tulis kan? Ia kelihatan seperti sel-sel yang anda belajar dalam kelas biologi, yang berkumpul membentuk seperti sebiji bola. Sangat menakjubkan, ia seperti disusun dengan begitu rapi.

5. Garam Kosher 

Mata kasar:

garam kosher pada mata kasar

Saiz garam kosher adalah sedikit besar daripada garam biasa. Ia diberi nama tersebut kerana kebolehannya untuk menyerap darah pelbagai daging, membuatkannya kosher atau "halal". 

Di bawah mikroskop:

garam kosher di bawah mikroskop

Namun, bentuk sebenarnya adalah seperti sebuah kuil atau piramid yang tidak siap dan terbengkalai. Ia juga kelihatan seperti bakteria dalam badan yang sedang berkumpul.

6. Air laut

Mata kasar:

air laut pada mata kasar

Air, jika ditanyakan apakah rupa dan bentuknya, pasti amat sukar untuk dijelaskan. Ia tidak mempunyai bentuk tetapi mengikut bentuk bekas yang diisinya. 2/3 daripada bumi, dan juga badan manusia adalah air, namun kita tak dapat menjelaskan bagaimana rupa air.

Di bawah mikroskop:

air laut di bawah mikroskop

Ia seolah-olah bercahaya seperti di angkasa lepas. Namun apa yang pelik yang anda lihat ini bukanlah air laut, tetapi penghuni-penghuninya yang terdapat kira-kira 247 quadrililion di dalamnya.

Jika anda tertelan air laut, inilah yang akan masuk ke dalam badan anda. Ini merupakan diatom iaitu terma yang diberikan kepada beberapa jenis alga mati yang terapung di lautan.

Sumber : Cracked




Hakcipta iluminasi.com (2017)