Mata-mata, ejen rahsia dan pakar pengintipan. Watak-watak yang menarik dan sukar difahami ini telah mencetuskan tipu muslihat dalam hati kita warga biasa sejak James Bond muncul di skrin besar dengan memakai tuksedo hitam.
Kisah-kisah keberanian wira yang dicapai oleh ejen-ejen hebat ini tersebar dengan begitu pantas, dan tidak ada yang membuatkan kita teruja lebih daripada misi berbahaya.
BESARKAN TEKS A- A+
Malangnya, peminat mata-mata moden hanya memfokuskan kepada aksi pengintip lelaki, dan melupakan watak-watak wanita dalam kerjaya ini.
iluminasi.com kongsikan 6 mata-mata wanita paling hebat dalam sejarah.
6. Mata Hari
Mata Hari adalah seorang mata-mata yang menyamar sebagai penari Asia yang eksotik. Cool, kan?
Dia terkenal kerana menjelajah Eropah dalam melakukan persembahan tarian. Sesetengah penonton percaya bahawa dia dilahirkan di sebuah kuil India yang suci.
Manakala yang lain pula mempercayai bahawa Mata Hari diajar menari oleh pendeta wanita India. Sifat menggoda Mata Hari dan keperibadiannya yang ceria memberikan perlindungan sempurna untuk kerja pengintipan.
Oleh itu, semasa terletusnya Perang Dunia I, dia menjadi utusan dan kurier untuk kuasa Allies.
Mata Hari terkenal kerana menggoda dan bercinta dengan pegawai tentera berpangkat tinggi dari pelbagai negara, didakwa memujuk mereka untuk mendedahkan butiran tentang senjata dan serangan.
Dia akan menyampaikan butiran ini kepada musuh kuasa Sekutu, yang mana telah mengakibatkan kematian ribuan orang.
Walau bagaimanapun, sesetengah orang telah membuat spekulasi pada abad ke-21 bahawa keberkesanannya sebagai mata-mata telah dilebih-lebihkan daripada cerita sebenar.
Malah, ada yang membuat teori bahawa dia bukannya seorang pengintip. Mata Hari juga disyaki menjadi agen berganda.
Tetapi sebelum statusnya dapat didedahkan, Mata Hari telah ditangkap oleh pihak Sekutu dan dihukum mati. Dia dibunuh oleh skuad penembak Perancis di luar Paris pada tahun 1917, mengakhiri kerjayanya yang dramatik.
5. Virginia Hall
Virginia Hall, pengintip Amerika yang berkhidmat untuk Eksekutif Operasi Khas Inggeris, adalah seorang yang sangat menakjubkan.
Dia juga bekerja untuk Pejabat Perkhidmatan Strategik Amerika semasa Perang Dunia II dan kemudiannya untuk CIA. Ketika dalam perjalanan berburu di Turki, Virginia kehilangan kakinya disebabkan oleh kemalangan senjata.
Selepas kakinya dipotong, dia menamakan kaki palsu kayunya dengan nama "Cuthbert."
Sepanjang kariernya, dia memimpin rangkaian ejen dalam pelbagai tugas, menyelamatkan tawanan perang dan merekrut ratusan mata-mata untuk bekerja melawan Nazi.
Dengan menggunakan kecerdasannya untuk kekal satu langkah di hadapan Nazi pada setiap masa, Virginia Hall berfungsi sebagai satu halangan kepada Nazi dalam banyak operasi mereka.
Virginia menjadi satu-satunya wanita awam yang menerima anugera Pingat Perkhidmatan Cemerlang (Distinguished Service Cross).
4. Nancy Wake
Nancy Wake bukanlah seorang wartawan biasa.
Selepas menghabiskan sebahagian besar zaman kanak-kanaknya di Australia, dia bekerja sebagai seorang wartawan dan kemudian menjadi tuan rumah dalam masyarakat Perancis yang tinggi dengan mengahwini seorang industrialis Perancis yang kaya raya.
Nancy menyaksikan kerosakan dan penyalahgunaan kuasa yang dilakukan oleh Nazi secara langsung, dan dia berhasrat melakukan sesuatu mengenainya.
Dia menyertai French Resistance pada awal Perang Dunia II dan dengan pantas menjadi heroin pergerakan itu.
Kejayaan Nancy termasuklah mewujudkan komunikasi antara tentera British dan French Resistance, menyelamatkan nyawa sekutu dengan mengiringi mereka secara diam-diam melalui Perancis ke Sepanyol, dan mengumpul serta menyimpan senjata untuk memajukan kuasa Sekutu.
Dia sering dikreditkan atas usahanya mengawasi pengintip Jerman dan bahkan dikhabarkan bahawa Nancy pernah membunuh seorang askar Jerman dengan tangan kosong.
Kesungguhan ini memberikan nama samaran kepadanya iaitu "Tikus Putih." Walaupun cuba sedaya upaya, namun Nazi gagal untuk menangkap Nancy.
3. Anna Chapman
Tiga perkataan yang dapat menggambarkan Anna Champan: Gila, Rusia dan pengintip.
Anna Chapman adalah salah seorang daripada pengintip moden yang sangat terkenal.
Sebahagian daripada pengintip yang berkhidmat setia untuk Rusia, dia menghabiskan beberapa tahun di Amerika Syarikat semasa cuba mengumpulkan maklumat tentang apa-apa sahaja yang mungkin berguna kepada kerajaan Rusia.
Dia dituduh mencuba menggoda pemberi maklumat NSA, Edward Snowden, dalam usaha untuk tidak membiarkan Edward keluar daripada Rusia.
Anna Chapman berharap untuk berkahwin dan mengekalkan Edward di Rusia, untuk cuba merampas rahsia Amerika dari otaknya.
Dahsyat, kan? Tetapi anda perlu tahu satu perkara, iaitu Anna Chapman juga merupakan seorang model terkenal.
Dia sering menggunakan statusnya untuk mempelajari maklumat rahsia dan mendapat akses kepada rahsia kerajaan.
Dia akhirnya ditangkap di New York City pada tahun 2010.
2. Josephine Baker
Josephine Baker adalah seorang pengintip yang sangat cool. Paling terkenal kerana menjadi penyanyi dan penari, Josephine menjadi popular di tahun 1920-an.
Josephine terlibat dalam pelbagai perkara eksotik termasuklah membuat persembahan nyanyian, tarian malah sketsa komedi.
Dia dengan pantas menjadi salah seorang penghibur Eropah yang paling popular dan menerima bayaran yang sangat tinggi.
Namun, apa yang kebanyakan orang tidak tahu adalah Josephine Baker juga merupakan seorang mata-mata.
Dia bekerja untuk French Resistance semasa Perang Dunia II, menyeludup mesej dengan menyembunyikan di dalam lembaran muziknya dan kadang kala dalam seluar dalamnya.
Di atas usahanya, Baker menerima penghormatan ketenteraan Perancis.
1. Ana Montes
Ana Montes, seorang pengintip terkenal untuk kerajaan Cuba, mula bekerja untuk Amerika Syarikat dengan Agensi Perisikan Pertahanan pada tahun 1985.
Dia sering dirujuk sebagai seorang pakar dalam semua perkara di Cuba. Semasa dia secara terang-terangan tidak bersetuju dengan dasar luar AS, para pegawai Cuba menghubungi Ana dan memujuknya untuk bekerja untuk mereka.
Dia adalah wanita yang sempurna untuk tugas itu. Bukan sahaja Ana mempunyai akses kepada rahsia kerajaan (khususnya pencerobohan Afghanistan), dia juga memiliki memori fotografi.
Ini menjadikannya mudah untuk menghafal dokumen dan fail yang sulit serta memberikan maklumat kepada pihak atasan.
Apabila rakan-rakannya berasa curiga dengan Ana, dia bersetuju untuk mengambil ujian poligraf untuk membuktikan kesetiaannya kepada AS.
Menariknya, dia melepasi ujian tersebut tanpa sebarang masalah.
Dia kemudiannya bekerja secara rahsia untuk kerajaan Cuba untuk beberapa tahun lagi sehingga FBI dapat mengumpulkan bukti yang besar terhadapnya.
Pada tahun 2002, dia mengaku bersalah atas kesalahan mengintip dan menerima hukuman 25 tahun penjara.