Untuk menentukan kedudukan istana terbesar di dunia agak sukar kerana banyak negara menggunakan standard yang berlainan untuk mendakwa istana mereka adalah yang terbesar.

Malah, definisi istana itu sendiri adalah agak kabur. Sesetengah sumber mendakwa istana haruslah digunakan sebagai kediaan rasmi keluarga diraja manakala ada yang mengatakan ia adalah kediaman rasmi bagi ketua negara, raja atau presiden.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Bagi memudahkan cerita, kriteria-kriteria ini digabungkan dan iluminasi.com ingin berkongsi dengan pembaca 6 istana yang paling besar di dunia.

6. Istana Nurul Iman - Brunei

istana nurul iman istana paling besar di dunia

Dengan keluasan 200,000 meter persegi, Istana Nurul Iman yang merupakan kediaman rasmi Sultan Brunei adalah istana ke-6 terbesar di dunia dan yang terbesar di Asia Tenggara.

Ia juga merupakan pejabat kerajaan Brunei yang terletaknya pejabat Perdana Menteri Brunei, yang juga dipegang oleh Sultan Brunei. Selepas ia siap dibina pada tahun 1984, istana ini ditabalkan sebagai istana kediaman yang paling besar pernah dibina.

Ia terdiri daripada 1,788 buah bilik, sebuah masjid yang mampu menambung 1,500 jemaah, garaj untuk 110 buah kereta dan sistem pendingin hawa untuk kuda padi Sultan Brunei.

5. Istana Rashtrapati Bhavan - India

rashtrapati bhavan istana paling besar di dunia

Dahulunya dikenali sebagai Rumah Viceroy, Rashtrapati Bhavan dengan keluasan 200,000 kilometer persegi terletak di New Delhi adalah kediaman rasmi Presiden India. Pada tahun 1910, keputusan untuk memindahkan ibu negara India daripada Kolkata ke Delhi telah dilakukan membawa kepada pembinaan istana ini.

Istana ini dibina pada tahun 1912 dan siap 17 tahun kemudian yang mempunyai hanya 340 buah bilik. Ia kini menjadi kediaman rasmi Ram Nath Kovind, Presiden India ketika ini.

4. Istana Ak Saray - Turki

ak saray istana paling besar di dunia

Sejak tahun 2014, istana ke-4 terbesar di dunia ini telah menjadi istana Presiden Republik Turki. Istana yang berkeluasan 200,000 meter persegi dan mempunyai 1,150 buah bilik ini dibina di Ataturk Forest Farm. Ladang tersebut dibangunkan oleh Mustafa KEmal Ataturk pada tahun 1925 dan kemudiannya didermakan kepada negara pada tahun 1937.

Istana ini pada asalnya dibina sebagai perjabat Perdana Menteri, namun selepas kemenangan Recep Tayyip Erdoğan pada Ogos 2014 sebagai presiden baru, beliau telah mengumumkan penukaran lokasi itu untuk digunakan sebagai pejabat baru presiden republik itu. 

Ia mempunyai bilik tetamu tambahan, taman botanikal, bilik perisikan bersatelit dan sistem komunikasi ketenteraan, bunker yang mampu menahan serangan biologi, nuklear dan kimia serta pusat kongress.

3. Istana Louvre  - Perancis

istana louvre istana paling besar di dunia

Bangunan yang kini merupakan lokasi bagi sebuah galeri seni yang terkenal dan tarikan pelancong dari seluruh dunia ini pada asalnya adalah sebuah kediaman diraja bagi raja-raja Perancis.

Bangunan ini dibina pada tahun 1202 dan kemudiannya menjadi istana diraja pada abad ke-14 di bawah pemerintahan Charles V dan Louis XIV yang tinggal di sini sehinggalah berpindah ke Versailles pada tahun 1678.

Istana berkeluasan 210,00 kilometer persegi di kota Paris ini yang menjadikannya istana ke-3 terbesar di dunia. Ia dibahagikan kepada dua bahagian iaitu Louvre Lama dan Louvre Baru yang terdiri daripada penambahan bangunan abad ke-19. 

Juga terdapat penambahan bangunan pada abad ke-21. 

2. Istana Hofburg - Austria

istana hofburg istana paling besar di dunia

Bekas istana musim sejuk ini dibina pada abad ke-13 namun telah diperbesarkan oleh Hasburg yang memerintah empayar Austro-Hungary menjadikannya sebagai istana kedua paling besar di dunia.

Dahulunya ia merupakan tempat penguasa raja-raja Dinasi Habsburg dan kini ia menjadi lokasi bagi pejabat dan kediaman rasmi Presiden Austria. Bangunan ini mempunyai 2,600 buah bilik yang dibina merangkumi keluasan 240,000 kilometer persegi.

Pelbagai bangunan seperti Spanish Riding School, Burghtheatre, gereja imperial dan beberapa muzium ditempatkan di dalam kompleks istana ini.

1. Istana Parlimen - Romania

istana parlimen istana paling besar di dunia

Istana Parlimen di Romania diiktiraf sebagai istana paling besar di dunia dengan keluasan 330,000 meter persegi. Ia juga adalah bangunan pentadbiran awam yang paling mahal di dunia.

Istana ini dibina oleh Nicolae Ceausescu yang merupakan Presiden Romania yang pertama dan juga pemimpin Komunis terakhir di Romania, dengan tujuan untuk dijadikan kediamannya.

istana parlimen istana paling besar di dunia 2

Namun, hajatnya itu tidak kesampaian apabila Nicolae telah dijatuhkan hukuman bunuh ketika berlakunya revolusi Romania 1989.

Kini istana ini dijadikan bangunan parlimen, dan lokasi untuk beberapa buah muzium. Daripada 1,100 buah bilik yang ada, hanya 400 sahaja digunakan dan 70% daripada bangunan ini masih kosong .

Dari segi berat pula, istana ini merupakan bangunan paling berat di dunia dengan berat sekitar 4,098,500,000 kilogram.




Hakcipta iluminasi.com (2017)