6 individu tanpa taraf kewarganegaraan

Kita sepatutnya sangat bersyukur dilahirkan di Malaysia yang aman damai. Taraf kewarganegaraan yang kita miliki adalah sangat berharga, malah sebagai warganegara Malaysia, pasport yang kita miliki adalah antara yang paling banyak diterima negara dunia.

Dan jika kita kehilangan taraf kewarganegaraan, pastinya ia menjadi satu kerugian besar, walaupun diterima di negara lain. Dan bagi 6 individu ini, mereka bukan sahaja kehilangan taraf kewarganegaraan asal, malah tidak menjadi rakyat mana-mana negara di atas muka bumi ini.

iluminasi.com ingin berkongsi dengan pembaca 6 individu yang tidak mempunyai taraf kewarganegaraan mana-mana negara.

1. Maha Mamo

maha mamo 6 individu tanpa taraf kewarganegaraan

Maha Mamo adalah seorang gadis yang dilahirkan di Lubnan, dan kedua ibu bapanya merupakan warganegara Syria. Namun, Maha dan dua adik beradiknya lagi tidak mempunyai kerakyatan. 

Mereka dianggap bukan warganegara Lubnan kerana bapanya bukan orang Lubnan, seperti yang termaktub dalam undang-undang negara itu. Dan mereka juga bukan warganegara Syria kerana kerajaan Syria tidak mengiktiraf perkahwinan antara bapanya yang Kristian dan ibunya seorang muslim.

Disebabkan masalah tidak mempunyai kewarganegaraan, mereka tidak dibenarkan bekerja dan keluar dari negara. Malah, mereka juga tidak dibenarkan memiliki kad SIM. Namun mereka bernasib baik apabila pada tahun 2014, kedutaan Brazil di Lubnan memberikan mereka visa kemanusiaan dan dokumen perjalanan.

maha mamo

Masalah mereka tidak terhenti selepas menerima visa, kerana mereka tidak mengenali sesiapa di Brazil. Seorang rakan Maho telah memperkenalkan mereka dengan sebuah keluarga di Brazil yang bersetuju untuk memberikan tempat tinggal walaupun mereka tidak pernah berjumpa.

Mamo dan adik-beradiknya merupakan di antara 8,000 warga Syria yang diberikan visa kemanusiaan oleh kerajaan Brazil sejak tahun 2013.

2. Vasily Babina

vasily babina 6 individu tanpa taraf kewarganegaraan

Berusia 58 tahun, Vasily Babina hanya menyedari dia masih menjadi warganegara Kesatuan Soviet pada Februari 2017, iaitu selepas 26 tahun republik itu runtuh dan berpecah kepada beberapa buah negara.

Perkara itu tidak disengajakan, kerana Vasily berada di dalam penjara ketika negara asalnya dibubarkan. Vasily sepatutnya tidak patut keluar daripada penjara kerana dihukum mati atas kesalahan meropak, mencuri dan membunuh.

Penjara yang didiami Vasily berada di bawah kuasa Rusia yang memansuhkan hukuman mati 6 tahun selepas berpisah daripada Kesatuan Soviet. Hukumannya diubah kepada penjara selama 26 tahun dan dibebaskan pada 2017, yang mana ketika itu dia baru menyedari negaranya tidak lagi wujud.

Mahkamah Rusia kemudiannya mengistiharkan Vasily sebagai pendatang tanpa izin dan diarahkan ditahan di pusat tahanan. Rusia ingin menghantar Vasily ke Kazakhstan, tempat kelahirannya, walaupun keluarganya berada di Altai, Rusia.

3. Eun-ju

eunju 6 individu tanpa taraf kewarganegaraan 2

Sepatutnya, Eun-ju menjadi warganegara Korea Utara dan China, namun tidak diiktiraf oleh kedua-dua negara. Ibu dan nenek Eun-ju merupakan rakyat Korea Utara, sehinggalah mereka melarikan diri ke China.

Ibu Eun-ju bertemu bapanya yang merupakan lelaki Korea-China. Ketika ingin berhijrah dari China ke Korea Selatan pada tahun 2006, ibunya hilang dan tak dapat dikesan, dan bapanya meninggal dunia pada tahun 2007. 

Eun-ju kekal di China sehingga tahun 2012. Nenek Eunju kemudiannyaa berhijra ke Korea Selatan melalui Laos dan Thailand selepas mengetahui salah seorang anaknya menghidap kanser.

Nenek Eunju diberikan suaka, tetapi tidak Eunju, yang mengikut jejak langkah neneknya pada tahun 2014. Ia disebabkan oleh undang-undang Korea Selatan melarang pemberian taraf kewarganegaraan kepada sesiapa yang tidak mempunyai ibu bapa yang masih hidup, walaupun neneknya masih hidup.

Tanpa kewarganegaraan, Eunju tak dibenarkan ke sekolah, membukan akaun bank, ataupun ke hospital. Walaupun Eunju masuk ke sekolah alternatif, namun dia tidak dibenarkan untuk menduduki peperiksaan kelayakan.

4. Muhammaed Idrees

muhammaed idrees 6 individu tanpa taraf kewarganegaraan 2

Agak menyedihkan, Muhammed Idrees adalah mangsa kepada hubungan tegang di antara India dan Pakistan. Idress dilahirkan di India dan kemudiannya berhijrah ke Pakistan selepas berkahwin. Dia mendapat taraf kewarganegaraan Pakistan dan kekal di negara itu sehingga tahun 1999, selepas pulang ke India untuk melawat bapanya yang sakit.

Bapanya meninggal dunia sejurus selepas Idrees sampai ke India, membuatkan dia terpaksa tinggal di India melebihi tempoh yang ditetapkan visa. Dia memohon untuk melanjutkan visa daripada kerajaan India namun ditahan kerana disyaki sebagai pengintip Pakistan.

Akibat itu, Idrees dipenjarakan selama 10 tahun, sehinggalah mahkamah membebaskannya. Idrees juga didenda sebanyak RM35 kerana tinggal lebih masa. Kemudian, dia cuba untuk pulang ke Pakistan, namun tidak dibenarkan masuk kerana tidak lagi dianggap sebagai warganegara Pakistan.

Pihak berkuasa Pakistan mendakwa bahawa Idrees telah berpisah dengan isterinya dan dibuang keluarga. Malah, pasport Pakistan yang dimilikinya untuk perjalanan sudah tiada guna kerana tamat tempoh pada tahun 2003, ketika dia dipenjarakan.

Kini Idrees terperangkap di India dan tidak mempunyai taraf kewargangeraan mana-mana negara.

5. Eliana Rubashkyn

eliana rubashkyn 6 individu tanpa taraf kewarganegaraan 2

Dilahirkan di Colombia, Eliana Rubashkyn pernah menjadi Luis Rubashkyn sehingga dia menyedari bahawa dia adalah khunsa. Dia kemudiannya melakukan rawatan menyekat hormon lelaku dan mengaktifkan hormon wanita, menjadikannya seorang wanita.

Ia menjadi satu masalah kerana pihak Universiti Taipei di Taiwan di mana Eliana belajar, meminta dia mengemaskinikan pasportnya. Eliana membuat keputusa untuk mengemasikini pasportnya di konsulat Colombia di Hong Kong kerana tiada konsulat Colombia di Taiwan.

Walaubagaimanapun, pihak berkuasa lapangan terbang Hong Kong tidak membenarkan Eliana masuk ke negara itu kerana dia sepatunya menjadi seorang lelaki seperti mana yang tertulis dalam pasport. Namun akhirnya dia dibenarkan masuk tanpa pasport.

eliana rubashkyn 6 individu tanpa taraf kewarganegaraan

Eliana terperangkap di Hong Kong ketika ingin mengemaskini pasportnya, sehinggakan terpaksa tidur di tepi jalan. PBB akhirnya memberikan status "Pelarian jantina" kepada Eliana, namun ia membuatkan dia terpaksa melepaskan kewarganegaraan Colombia.

Kebanyakan negara tidak menerima status Eliana kerana mereka mahukan Eliana untuk menjalani pembedahan semula jantina untuk layak mendapat taraf pelarian jantina, dan bukan hanya menjalankan terapi hormon. 

Pada tahun 2015, New Zealand akhirnya bersetuju memberikan bantuan suaka kepada Eliana. Dia masih tidak mempunyai kewarganegaraan, dan hanya akan diberikan selepas tinggal di New Zealand selama 5 tahun.

6. Mike Gogulski

mike gogulski 6 individu tanpa taraf kewarganegaraan 2

Pada tahun 2008, Mike Gogulski yang mempunyai kewarganegaraan Amerika Syarikat, masuk ke pejabat kedutaan AS di Slovakia dan mengisytiharkan dia bukan lagi warganegara AS. Dengan itu, Mike membakar pasportnya, menjadikannya individu tanpa mana-mana kewarganegaraan.

Malah, dipercayai bahawa Mike adalah satu-satunya individu di dunia yang secara sengaja membuatkan dirinya tanpa taraf kewarganegaraan. Dia berbuat demikian kerana tidak sukakan cara kerajaan AS mentadbir negara.

Dia juga memberitahu tiada sesiapa pun yang bertanyakan pada mulanya sama ada dia mahu menjadi rakyat AS atau tidak. Ketiadaan pasport membuatkan Mike tak boleh keluarg dari Kesatuan Eropah dan tidak dibenarkan mendapatkan pasport baru kerana bukan milik mana-mana negara. Dokumen individu tanpa negara dikeluarkan untuknya oleh kerajaan Slovakiaa yang menjadi kad identiti de facto nya.

Rujukan:

1. Moscow Times

2. Vice

3. Lv

4. BBC


tags : , , , , , , , , ,




Hakcipta iluminasi.com (2017)