Penciptaan fon kepala atau headphone telah merevolusikan hiburan audio secara dramatik walaupun ia mula-mula dicipta untuk digunakan bagi telefon dan radio satu ketika dahulu.

Peranti yang membolehkan kita mendengar lagu-lagu kegemaran pada bila-bila masa, di mana sahaja dan tanpa bimbang tentang mengganggu orang di sekeliling, fon kepala telah mengubah cara kita menikmati muzik.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Dan revolusi teknologi juga menjadikan peranti ini semakin canggih sekaligus membuatkannya dijual dengan harga yang hanya mampu menjadi impian pencinta muzik.

iluminasi.com kongsikan 6 fon kepala atau headphone yang paling mahal di dunia.

6. Sennheiser HD800 - RM6,130

sennheiser hd800

Sukar untuk membayangkan jika senarai fon kepala yang mahal dan hebat, tanpa menyenaraikan jenama Sennheiser.

Ia seolah-olah syarikat ini sentiasa bergerak dan menghasilkan fon kepala berkualiti tinggi serta mewah untuk bersaing dengan jenama lain.

Dan sudah tentu mereka melakukannya dengan menghasilkan Sennheiser HD800. Model khas ini sangat besar dan bunyi yang dihasilkannya juga sangat menakjubkan.

Mempunyai transduser terbesar yang pernah digunakan dalam fon kepala, pendengar tidak akan berasa kecewa dengan bunyi yang kuat dan jelas.

Namun, harganya mungkin membuatkan kebanyakan daripada kita kecewa, iaitu pada harga RM6,130.

5. Grado PS1000 - RM6,900

grado ps1000

Grado PS1000 adalah rangkaian eksklusif fon kepala yang dihasilkan oleh keluarga Grado, sangat sesuati bagi mereka yang memerlukan kualiti bass dan juga bunyi sonik unik.

Grado PS1000 dilengkapi dengan aloi logam berpakaian dilitupi kayu, memberikan tona dan rupa vintaj bergaya.

Julat fon telinga ini memberi tindakbalas frekuensi terutama dari udara terbuka antara 5 hingga 50,000 Hz. Headphone ke-5 termahal di dunia ini dijual dengan harga RM6,900.

4. Audeze LCD-3 - RM7,950

audeze lcd 3

Audeze sememangnya terkenal kerana menghasilkan fon kepala berkualiti tinggi dan konsisten dengan apa yang mereka cipta.

Dan tiada yang mewakili Audeze lebih baik daripada model LCD-3. Fon kepala terbuka di bahagian belakang ini berfungsi hampir setanding dengan produk yang lain.

Ini disumbang oleh pembinaan dalamannya yang termasuk pemacu magnet planar.

Secara keseluruhannya, produk ini menawarkan pengalaman bunyi yang unik yang membuatkan anda hanya ingin berbaring dan mendengar lagu sepanjang hari.

Tetapi sebelum berbuat demikian, anda perlu sediakan RM7,950 bagi mendapatkan Audeze LCD-3 ini.

3. Stax SR-009 - RM18,200

stax sr 009

Walaupun Stax SR-009 tidak menampilkan reka bentuk yang begitu menarik berbanding dengan yang lain dalam senarai ini, namun ia tetapi merupakan antara headphone termahal yang pernah dihasilkan di dunia.

Sama seperti Audeze, Stax juga menggabungkan penggerak magnetik dengan reka bentuk yang lebih kompleks.

Walaupun ia berfungsi sama dengan pemacu magnet planar, pembinaan SR-009 adalah lebih rumit kerana diafragmanya digantung dalam bidang elektrostatik dan bukannya tertanam dalam filem nipis.

Struktur ini membolehkan SR-009 untuk menghasilkan bunyi yang digambarkan oleh pakar-pakar sebagai "mendalam", "tulen", dan "indah".

2. Ultrasone Edition 5 - RM20,400

ultrasone edition 5

Bersalut titanium, Ultrasone Edition 5 berada di senarai kedua headphone termahal di dunia dengan harga RM20,400 seunit.

Lapisan titanium dipasang pada unit 40mm dan bingkai disediakan dengan kayu oak yang merangkumi tujuh lapisan lilin dan kulit kambing biri-biri dari Ethiopia.

Ultrasone Edition 5 dilengkapi klac metalik untuk melengkapi bahagian kulitnya. Headphone mewah ini bukan sahaja memberikan pengeluaran bunyi yang terbaik tetapi juga keselesaan melampau kepada pemiliknya.

Pelbagai fon kepala ini adalah urusan mewah yang tidak hanya menyediakan output audio yang terbaik tetapi juga keselesaan yang melampau kepada pendengar.

1.  Abyss AB-1266 - RM22,450

abyss ab 1266

Dihasilkan menggunakan aluminium pepejal dan dipasangkan dengan teknologi magnet planar, Abyss AB-1266 adalah headphone paling mahal dan mewah di dunia. 

Selain daripada aluminium gred tinggi, peranti ini juga menggunakan keluli karbon yang sangat sempurna untuk bantalan depan dan kulit lembu untuk kusyen fon.

Melalui unsur-unsur premium ini, Abyss AB-1266 menghasilkan bunyi yang tidak dapat ditandingi mana-mana pesaing.

Produk eksklusif ini berharga RM22,450 dan menjadi impian terutamanya peminat muzik dan gamers.




Hakcipta iluminasi.com (2017)