Sama ada anda sedar atau tidak, kita sedang bergerak ke dunia 5G atai generasi ke-5 telekomunikasi selular. Ini adalah kerana kekerapan jalur lebar yang digunakan ketika ini oleh telefon bimbit dan teknologi yang serupa menjadi semakin tepu.

Ia juga disebabkan kita hidup dalam dunia yang mana semua orang mahukan lebih. Jadi, 5G dan Internet of Things (IoT) menjanjikan yang lebih untuk anda.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Tapi lebih apa?

Kelajuan muat turun yang tersangat laju

5g keburukan jalur lebar berkelajuan tinggi 11

5G dan IoT menjanjikan untuk menghubungkan kita di rumah, sekolah, tempat kerja, bandar-bandar, taman-taman dengan berbillion-billion objek di seluruh dunia. 

Ia menjanjikan kereta yang mampu memandu sendiri, mesin basuh yang memesan sabun basuh sendiri, dan juga sudah tentu internet dan streaming yang lebih pantas.

Menurut Fortune.com, akses 5G mampu menampung sekurang-kurangnya 100 billion peranti dan akan menjadi lebih pantas 10 hingga 100 kali ganda daripadaa 4G yang kita nikmati sekarang.

Apa itu 5G?

5g keburukan jalur lebar berkelajuan tinggi 1

5G menawarkan keupayaan data yang tak masuk akal, jumlah panggilan tanpa had dan siaran data tanpa had. Ia dilakukan oleh 5G dengan menggunakan jalur lebar gelombang milimeter (MMW) yang belum diterokai iaitu di antara 30GHz dan 300GHz, dan juga frekuensi pertengahan dan rendah.

Namun, disebalik keghairahan yang bakal kita kecapi dan nikmati tak lama lagi, terdapat 11 sebab anda perlu risau tentang kewujudan 5G.

Keburukan 5G

5g keburukan jalur lebar berkelajuan tinggi 2

Amerika Syarikat pada waktu ini menerajui dari segi teknologi ini. Pada sidang akhbar Jun 2016, ketua Suruhanjaya Komunikasi Persekutuan AS iaitu Tom Wheeler telah mengumumkan pembukaan spektrum tanpa wayar berfrekuensi rendah, sederhana dan tinggi namun tiada kesan kesihatan diberitahu.

Namun, apa yang kita perlu tahu adalah ia amat berbahaya.

Beribu-ribu kajian mengaitkan pendedahan radiasi frekuensi radio tanpa wayar tahap rendah dengan banyak kesan biologi yang buruk kepada badan kita. Antaranya adalah:

  1. kerosakan DNA
  2. kerosakan oksidatif
  3. gangguan metabolisme sel
  4. meningkatkan kebolehtelapan penghalang otak darah
  5. pengurangan melatonin
  6. gangguan kepada metabolisme glukosa otak
  7. penjanaan protein tekanan

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) juga mengklasifikasikan radiasi frekuensi radio sebagai kemungkinan karsinogen 2B yang menyebabkan kanser. 

iluminasi.com kongsikan 11 kesan 5G kepada kesihatan manusia.

1. Kesan terhadap kulit

5g keburukan jalur lebar berkelajuan tinggi 3

Kebimbangan terbesar adalah bagaimana gelombang baru ini akan memberi kesan kepada kulit. Badan kita mempunyai di antara 2 hingga 4 juta kelenjar peluh. Menurut Dr. Ben-Ishai, kelenjar peluh kita bertindak seperti "Pelbagai antena heliks apabila terdedah kepada panjang gelombang ini".

Ia bermakna kita akan menjadi lebih konduktif. Dengan kata lain kulit manusia (lapisan epidermis dan dermis) bukan sahaja menyerap 90% daripada gelombang ini malah menguatkan radiasinya. Namun kesan penuh daripada kajian ini terhadap manusia masih belum jelas.

Kesan gelombang ini juga akan menyebabkan kemungkinan berlakunya pelbagai penyakit kulit dan barah serta kesakitan fizikal pada kulit kita.

2. Kesan terhadap mata

5g keburukan jalur lebar berkelajuan tinggi 4

Kajian pada tahun 1994 mendapati bahawa radiasi gelombang mikro milimeter menghasilkan kegelapan pada kanta mata tikus yang dikaitkan dengan penghasilan katarak.

Selain itu, eksperimen yang dijalankan oleh Institut Penyelidikan Perubatan dari Universiti Perubatan Kanazawa menemukan bahawa kesan termal yang dihasilkan gelombang milimeter mampu menembusi lapisan mata.

3. Kesan terhadap jantung

5g keburukan jalur lebar berkelajuan tinggi 6

Kajian pada tahun 1992 di Rusia mendapati bahawa frekuensi dengan julat antara 53 hingga 78GHZ (yang dicadangkan penggunaannya oleh 5G) memberikan kesan kepada kebolehubahan jantung iaitu penunjuk tekanan pada tikus.

Satu lagi kajian terhadap kulit katak yang didedahkan kepada gelombang ini menyaksikan perubahan pada kadar degupan jantung.

4. Kesan kepada sistem imun

5g keburukan jalur lebar berkelajuan tinggi 9

Satu eksperiman terhadap kesan pendedahan radiasi gelombang mikro 4GHz pada darah tikus sihat dijalankan pada tahun 2002. Eksperimen tersebut menyimpulkan bahawa "pendedahan seluruh badan tikus yang sihat kepada intensiti rendah EHF EMR mempunyai kesan mendalam terhadap indeks kekebalan tidak spesifik".

5. Kesan kepada kadar pertumbuhan cel

5g keburukan jalur lebar berkelajuan tinggi 5

Kajian yang dijalankan di Armenia terhadap E-coli dan bakteria lain menunjukkan bahawa gelombang milimeter telah membantutkan pertumbuhan bakteria ini dan juga mengubah ciri-ciri dan aktivitinya. 

Dibimbangkan sel badan badan manusia akan mengalami nasib yang sama.

6. Kesan ke atas rintangan bakteria

5g keburukan jalur lebar berkelajuan tinggi 0

Dalam kajian yang sama di Armenia juga mencadangkan bahawa MMW memberi kesan terutamanya pada air, membran sel plasma dan genom. 

Mereka mendapati bahawa interaksi MMW dengan bakteria telah mengubah kepekaan bakteria kepada "bahan kimia aktif yang berlainan secara biologi, termasuk antibiotik." Mudah kata, MMW dan antibiotik membaw kepada rintangan antibiotik dalam bakteria.

Rujukan:

1. Shield Your Body

2. Draxe

3. Waking Times

4. Electric Sense




Hakcipta iluminasi.com (2017)