Secara purata, seorang manusia memerlukan kira-kira 3 – 4 liter air sehari. Kandungan air ini penting untuk metabolisma badan supaya badan dapat berfungsi dengan sempurna. Namun begitu, ini tidak bermakna anda perlu minum 3 – 4 liter air sekali gus, malah ianya sangat ditegah sama sekali kerana boleh membahayakan kesihatan.

Sebagai alternatif, boleh juga perbanyakkan pengambilan buah-buahan yang mengandungi banyak peratusan air. Bila berbicara tentang buah yang mempunyai kandungan air, pastinya buah tembikai terlintas di fikiran. Buah tembikai menjadi pilihan terutamanya pada musim panas kerana ia mengandungi banyak air selain rasanya yang menyegarkan.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Mari ketahui beberapa jenis buah-buahan yang turut mengandungi kandungan peratusan air yang tinggi.

1. Tembikai

buah tembikai

Tembikai merupakan buah yang mengandungi peratusan air yang tinggi, iaitu kira-kira 92%. Tembikai juga mudah diperolehi dan harganya boleh dikategorikan mampu milik bagi kebanyakan orang. Bukan setakat air, malah buah ini juga mengandungi banyak khasiat yang baik untuk kesihatan.

  • Tembikai mengandungi banyak lycopene, sejenis phytonutrien yang membantu melawan penyakit kanser
  • Kandungan serat yang tinggi dalam buah tembikai membantu meningkatkan sistem pencernaan
  • Tembikai kaya dengan Vitamin A yang diperlukan oleh kulit dan rambut untuk kekal sihat
  • Vitamin A, C dan B6 yang ada padanya sangat penting untuk kesihatan jantung

2. Tomato

buah tomato

Ramai orang menyangka tomato adalah sayur tapi sebenarnya tomato adalah buah. Tomato biasanya menjadi bahan penting untuk membuat salad dan sandwish. Secara purata tomato mengandungi 94% kandungan air. Antara khasiat buah tomato adalah:

  • Tinggi kandungan Vitamin A yang penting untuk kesihatan mata
  • Boleh mengurangkan hypertension
  • Tinggi kandungan lycopene untuk mengurangkan risiko kanser
  • Meningkatkan kesihatan kulit
  • Tinggi kandungan potassium, penting untuk mengekalkan keseimbangan tekanan darah

3. Belimbing

buah belimbing

Belimbing adalah buah yang unik, berbentuk bintang apabila dipotong dan mempunyai rasa masam dan manis. Rasanya sungguh menyegarkan dan sesuai dibuat air atau dimakan begitu sahaja. Kandungan air dalam buah belimbing juga sangat tinggi, kira-kira 91%. Walau bagaimanapun, buah ini sukar dijumpai, biasanya terdapat di pasar raya besar dan harganya juga lebih mahal berbanding tembikai. Antara khasiat buah ini adalah:

  • Tinggi serat dan kurang kalori, membantu mempercepatkan berat badan
  • Tinggi kandugan potassium, membantu mengekalkan jantung yang sihat

4. Strawberi

buah strawberi

Strawberi juga tergolong dalam buah yang tinggi kandungan air, iaitu kira-kira 91%. Walau bagaimanapun, di Malaysia buah strawberi sukar diperolehi dan boleh dikategorikan sebagai buah premium kerana harganya yang lebih mahal. Sekiranya anda ke Cameron Highland jangan lupa nikmati kenikmatan buah ini.

  • Mengandungi flavonoids yang membantu mengurangkan masalah kardiovaskular
  • Tinggi kandungan Vitamin K dan magnesium yang penting untuk tulang yang sihat
  • Tinggi kandungan Vitamin C, penting untuk sistem imunisasi

5. Tembikai Susu

buah tembikai susu honeydew

Tembikai susu yang sedap dan rendah kalori sememangnya menjadi pilihan untuk dijadikan sebagai snek. Kandungan airnya juga tinggi kira-kira 90%. Buah ini sememangnya mudah diperolehi dimana-mana kedai buah di Malaysia.

  • Tinggi kandungan Vitamin C, membantu meningkatkan sistem imunisasi badan
  • Tinggi potassium yang membantu mengekalkan keseimbangan tekanan darah
  • Mengandungi beta carotene yang membantu melindungi risiko katarak mata dan memelihara kesihatan mata

6. Oren

buah dan jus oren

Antara buah yang mudah dibeli dan menjadi pilihan sebagai snek selepas melakukan senaman. Buah ini sungguh menyegarkan dan memberikan tenaga dengan pantas. Kandungan air dalam sebiji buah oren pula kira-kira 87%.

  • Tinggi dengan limonoids, membantu mengurangkan risiko kanser
  • Tinggi kandungan serat yang membantu merendahkan kandungan kolesterol dalam badan
  • Tinggi kandungan Vitamin C yang penting untuk kesihatan kulit

Sekiranya anda gemar menikmati snek makanan ringan seperti keropok atau biskut, cubalah ganti dengan buah-buahan di atas. Selain sedap dan berkhasiat, ianya juga tinggi dengan kandungan air.

Kredit: TMW




Hakcipta iluminasi.com (2017)