mekap

Di dalam keghairahan untuk menjadi lebih cantik dan menawan, ramai wanita yang tidak tahu, atau tidak mengendahkan kesan produk-produk kecantikan kepada kesihatan. Mereka lebih melihatkan kepada hasil berbanding apa yang akan mereka tanggung di kemudian hari. Mengambil langkah-langkah keselamatan adalah satu yang perlu di dalam mengejar kecantikan luaran.

BESARKAN TEKS     A-  A+

iluminasi.com ingin berkongsi 6 alat kecantikan yang berbahaya kepada kesihatan.

1. Alat kecantikan luput

luput

Kebanyakan wanita terlalu sayangkan produk kecantikan mereka dan menggunakannya sedikit demi sedikit kerana takut cepat habis. Namun apa yang mereka lupa adalah barangan kosmetik mempunyai tarikh luput. Setiap produk mempunyai tarikh luput yang berlainan, sebagai contoh tarikh luput bagi adalah lingkungan 3 bulan dan pewarna kuku adalah 2 bulan. Had hayat bagi sesuatu produk kecantikan itu adalah hanya 10 bulan. 

Jadi, jika anda masih menggunakan produk kecantikan yang sudah melepasi tarikh luput, muka anda akan menjadi tapak pembiakan bakteria dan kulat yang boleh menyebabkan jangkitan yang serius.

2. Krim anti-jerawat dan anti-kedut

Terdapat bahan kimia yang dikenali sebagai Asid Hidroksi Alpha dan Beta digunakan di dalam krim anti-jerawat dan anti-kedut. Walaupun produk yang mengandungi bahan-bahan ini memberikan manfaat seperti mengeluarkan kulit mati, mencerahkan dan menjadikan kulit lebih berseri, namun terdapat juga kesan negatif yang serius.

Untuk jangka masa panjang, ia boleh menyebabkan kulit menjadi sakit, kemerahan, terbakar, bengkak dan gatal-gatal. Selain itu, bahan-bahan ini membuatkan kulit anda lebih terdedah kepada sinar UV yang meningkatkan risiko untuk barah kulit. Jika perlu guna juga, disarankan untuk memakai krim pelindung matahari (sunscreen) untuk kurangkan kerosakan kulit.

3. Gincu

gincu

Antara salah satu alat solek yang paling penting dan wajib ada dalam beg tangan wanita adalah gincu. Sebanyak 4 kilogram gincu secara keseluruhan digunakan oleh seseorang wanita sepanjang hayatnya, menurut kajian. Memang ia membuatkan wajah anda menarik dan cantik, namun tak ramai yang tahu gincu berpotensi dalam menyebabkan berlakunya barah bibir. Ia adalah disebabkan bahan yang digunakan untuk menghasilkannya, yang mana 67% daripada gincu di pasaran menggunakan plumbum sebagai bahan utamanya. Adalah lebih baik menggunakan lipstik organik, atau pun kurangkan penggunaannya, atau hindarkan daripada mengguna gincu.

4. Berkongsi alat kosmetik

model

Gambar sekadar hiasan

Tidak dinafikan bahawa sifat feminin dan sensitif wanita membuatkan mereka mudah rapat. Dan ia menjadi perkara biasa jika mereka berkongsi alat kecantikan atau kosmetik lebih-lebih lagi jika kawan rapat atau BFF. Juga, apabila mereka terlupa bawa alat kosmetik, pastinya meminjam daripada kenalan bukanlah sesuatu yang pelik.

Namun, dalam tak sedar mereka tidak tahu sama ada alat solet yang mereka pinjam itu bersih atau tidak, dan pemiliknya mempunyai jangkitan pada kulit atau tidak. Alat-alat kosmetik ini boleh menjadi pembawa dan mudah menjangkiti si pemakainya. Berkongsi gincu boleh menyebakan jangkitan pada bibir manakala berkongsi eye-liner atau eyeshadow boleh mengakibatkan keradangan pada mata. 

Elakkan daripada berkongsi, jika terpaksa, lap dahulu bahagian hadapan alat tersebut sebelum digunakan.

5. Pewarna rambut

dye rambut

Ramai orang yang menggunakan pewarna rambut untuk pelbagai sebab, dan yang paling kerap sekali adalah untuk tampak lebih cantik dengan rambut berwarna serta lain daripada yang lain. Namun tahukah anda apakah kesan penggunaan pewarna rambut untuk jangka masa yang panjang? 

Para Phenyline Diamine (PDD) adalah bahan kimia yang digunakan untuk menghasilkan pewarna rambut, dan berpotensi menyebabkan pelbagai jenis alahan berkenaan dengan dye. PDD boleh menyebabkan alahan yang mengakibatkan kesan sekecil-kecil luka pada kulit, bengkak atau keguguran rambut biasa, sehinggalah kepada masalah besar seperti keguguran rambut kekal, serta kematian (jarang). 

Jika anda tak perlu mewarna rambut, tak usahlah gatal-gatal nak pakai kerana rambut anda diciptakan dengan warna semulajadi itu adalah yang terbaik. Bagi mereka yang beruban, pilihan yang baik adalah inai semula jadi atau pewarna rambut herba.

6. Maskara

mascara

Setiap kali anda menggunakan maskara, ia akan terdedah kepada bakteria. Tiub maskara adalah tempat yang sesuai untuk pembiakan bakteria kerana ia lembap dan gelap. Jadi, apabila maskara menjadi rumah kepada bakteria-bakteria ini, ia boleh menyebabkan pelbagai jenis jangkitan sama ada kecil ataupun serius, setiap kali anda menggunakannya. 

Masalah sekecil-kecil sakit atau merah pada mata hinggalah yang lebih serius seperti buta, boleh disebabkan oleh maskara yang tidak bersih dan selamat. Apa yang anda perlu buat dan lebih peka adalah sentiasa pastikan maskara anda berada di tempat yang sejuk (tidak panas) dan kering yang melembabkan dan mengurangkan percambahan bakteria. Juga, elakkan daripada memakai maskara ketika sedang bergerak (berjalan atau memandu) kerana boleh menyebabkan jangkitan jika terkena bahagian mata.

Rujukan :

1. Bustle

2. C & En

3. Daily Mail




Hakcipta iluminasi.com (2017)