Pemberi maklumat (whistleblower) adalah sebahagian daripada masyarakat dimana banyak tindakan berani mereka membawa telah gelombang perubahan. Walau bagaimanapun, dari segi sejarah, ada kalanya mereka adalah individu yang telah dianiaya kerana tindakan mereka mendedahkan sesuatu maklumat sulit.

Pada masa kini, banyak negara telah wejudkan satu undang-undang khas yang memberikan perlindungan kepada pemberi maklumat whistleblower ini bagi membolehkan mereka mendedahkan kebenaran dengan selamat.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Dalam sejarah, terdapat banyak individu whistleblower yang berjaya mengubah dunia dengan pendedahan-pendedahan mereka yang cukup mengejutkan. Kali ini, mari lihat beberapa orang whistleblower yang popular kerana pendedahan berani mati yang mereka lakukan.

1. Perry Fellwock

perry fellwock 991

Pada tahun 1972, seorang penganalisis perisikan bernama Perry Fellwock mendedahkan program pengawasan rahsia NSA dalam temu bual dengan majalah Ramparts. Akibatnya, buat pertama kalinya, orang ramai di Amerika Syarikat mengetahui kewujudan Agensi Keselamatan Negara (NSA) yang sangat terselindung.

Tindakannya juga membawa kepada kelulusan pelbagai undang-undang yang bertujuan untuk menghalang NSA daripada mengintip rakyat Amerika Syarikat. Pendedahannya diterbitkan dalam majalah Ramparts dan kemudiannya diambil oleh New York Times.

Fellwock mendakwa bahawa NSA telah berjaya memecahkan semua kod USSR, menunjukkan bahawa kempen ketenteraan Perang Dingin kerajaan AS adalah satu sandiwara. Beberapa pendedahan yang dibuat ini berjaya mencetuskan sentimen anti-perang dan anti-pengawasan yang kuat di kalangan rakyat Amerika pada tahun 1970-an.

2. Peter Buxtun

peter buxtun

Peter Buxtun ialah bekas kakitangan Perkhidmatan Kesihatan Awam AS yang membuat pendedahan mengenai eksperimen sifilis Tuskegee. Buxtun mendedahkan bahawa, selama hampir 40 tahun, rakan-rakannya secara sedar telah menahan ubat daripada pesakit Afrika Amerika untuk menguji kesan penyakit itu.

Eksperimen itu menyebabkan kematian ramai orang yang tidak dimaklumkan bahawa mereka menghidap sifilis. Pada satu ketika, Buxtun dikatakan pernah mendengar seorang atasan memarahi seorang doktor kerana memberi preskripsi penisilin kepada pesakit kerana mereka kini kehilangan subjek ujian.

Buxtun membocorkan cerita ini kepada Associated Press, yang menerbitkan artikel yang menggemparkan negara. Eksperimen itu kemudiannya dihentikan dan undang-undang etika perubatan baharu telah digubal di Amerika Syarikat. 

3. Georg Ferdinand Duckwitz 

georg ferdinand duckwitz

Pada tahun 1943, seorang diplomat Jerman bernama Georg Ferdinand Duckwitz mengingkari arahan dan memberi amaran kepada kerajaan Denmark bahawa pihak Nazi merancang untuk mengusir semua orang Yahudi Denmark. Melalui amarannya yang tepat pada masanya, telah membantu kira-kira 5,000 orang Yahudi Denmark melarikan diri ke Sweden.

Sebaik sahaja dia menyebarkan amaran tersebutr, berita tersebar dengan cepat dan ramai orang Yahudi melarikan diri ke Elsinore di mana mereka akan bersembunyi di dalam hutan, gereja, dan rumah penginapan tepi laut. Nelayan Denmark kemudiannya akan menyeludup mereka melintasi sempadan ke Sweden.

Daripada semua orang Yahudi di Denmark, hanya 472 telah ditangkap dan dihantar ke kem tahanan Theresienstadt di Czechoslovakia, menyelamatkan kira-kira 95% orang Yahudi di negara itu. Selanjutnya, daripada orang yang ditangkap, 52 orang dipercayai telah mati dan yang lain berjaya pulang ke rumah selepas perang. 

4.  Bradley Birkenfeld 

bradley birkenfeld

Bradley Birkenfeld ialah jurubank pertama yang pernah mendedahkan akaun luar pesisir haram yang dipegang oleh warga AS. Bagaimanapun, semasa penyiasatan, Birkenfeld dijatuhi hukuman penjara 40 bulan kerana turut membantu seorang kliennya mengelakkan pembayaran cukai. 

Kemudian, selepas dibebaskan, pihak Internal Revenue Service (IRS) mengakui bahawa Birkenfeld telah memberikan maklumat berharga dan menganugerahkan $104 juta kepadanya kerana mendedahkan rahsia sistem perbankan Switzerland.

Pendedahan ini telah membantu IRS memulihkan berbilion cukai yang tidak dibayar. IRS juga mengeluarkan amaran kepada banyak bank, mengingatkan mereka tentang akibat buruk sekiranya mereka membantu pelanggan dengan pengelakkan cukai.

5.  John Kopchinski

John Kopchinski, bekas pekerja syarikat farmaseutikal Pfizer, terkenal kerana mencetuskan kes utama penipuan penjagaan kesihatan di AS. Semasa bekerja sebagai wakil jualan di syarikat itu, dia menemui bukti pemasaran yang agresif di oleh syarikat tersebut.

Pendedahan ini ini mencadangkan bahawa Pfizer secara agresif menggalakkan ubat penahan sakit preskripsi mereka, Bextra, kepada doktor dan juga memberi insentif kepada individu yang boleh meminta doktor menambah ubat itu kepada penjagaan sebelum dan selepas pembedahan.

Kopchinski bermula dengan membuat aduan kepada pengurusan Pfizer bahawa pemasaran Bextra telah melebihi had FDA. Tetapi dia kemudiannya dipecat daripada pekerjaannya. Ini kemudian mendorongnya untuk meneruskan tindakan undang-undang pada tahun 2003.

Akhirnya, pada tahun 2005, Pfizer telah mengeluarkan ubat itu dari pasaran kerana peningkatan laporan serangan jantung dan diminta membayar $2.3 bilion untuk menyelesaikan semua tindakan undang-undang sivil dan jenayah yang dihadapi mereka. 

Kredit:

  1. New York Times
  2. ABC News
  3. TIME
  4. All That's Interesting
  5. CBS News



Hakcipta iluminasi.com (2017)