smallpox 334

Terdapat pelbagai jenis virus dalam dunia ini, namun apakah yang membuatkan sesuatu virus itu dikatakan virus paling berbahaya? Adakah virus yang menyebabkan kematian tertinggi secara keseluruhan, atau penyakit yang mempunyai kadar kematian tertinggi?

Jawapannya adalah virus yang menyebabkan kematian paling banyak secara keseluruhan. Ini kerana virus tersebut mampu membunuh pesakit, sebelum ia sempat merebak. Antara contoh terbaik adalah fenomena Ebola, walaupun kadar kematiannya tinggi iaitu 90%, namun ia hanya membunuh 30,000 nyawa secara keseluruhan.

Tapi bagi pandemik influenza Sepanyol, ia telah membunuh anggaran 100 juta nyawa, walaupun mempunyai tahap kadar kematian hanya 3%.

Kali ini iluminasi.com ingin berkongsi antara 5 virus yang paling berbahaya dan membinasakan di atas muka bumi.

5. Hepatitis

hepatitis b

Terdapat 5 jenis hepatits yang berjangkit, iaitu bermula dari huruf A hingga E. Namun hepatitis yang paling berbahaya adalah hepatitis B. Hampir 700,000 nyawa melayang setiap tahun disebabkan hepatitis B.

Hepatitis adalah penyakit yang menyerang organ hati. Ia biasanya dipindahkan daripada seorang ibu kepada anak. Ia juga boleh disebarkan melalui pemindahan darah, membuat tatu, jarum suntikan yang kotor dan juga aktiviti seksual. 

organ hati sihat dan dijangkiti hepatits b

Dan walaupun hepatitis C menyebabkan kematian separuh daripada hepatitis B iaitu 350,000 nyawa setiap tahun namun dianggarkan sebanyak 200 juta manusia atau hampir 3% daripada populasi manusia di dunia menghidap hepatitis C.

4. Rabies (penyakit anjing gila)

virus raabies

Perkataan "rabies" bermaksud "kegilaan" dalam bahasa latin. Ia merupakan antara penyakit yang paling digeruni sejak zaman purba lagi. Dan rabies yang paling berbahaya dikenali sebagai "furious rabies", yang menjejaskan 80% daripada mereka yang dijangkiti. 

Pelbagai petanda disebabkan oleh rabies, termasuklah kebingungan, kemarahan dan paranoid. Pesakit juga akan menunjukkan rasa takut terhadap air, dan seolah-olah menjadi panik, walau hanya diberikan minuman.

pesakit pada tahap terakhir rabies

Jangkitan rabies oleh berlaku apabila haiwan yang membawa virus itu menggigit atau mencakar seseorang. Biasanya haiwan yang membawa virus ini adalah anjing dan kelawar. Kesan daripada gigitan atau cakaran itu biasanya tidak menunjukkan petanda, walaupun ada berlaku tanda seperti selesema. 

Ia akan kekal dalam fasa itu untuk 1 hingga 3 bulan, dan juga boleh mengambil masa bertahun, dan ketika itu jangkitan sedang merebak melalui sistem saraf menuju ke otak. Lebih bahaya, ia tidak sangat sukar untuk dikesan sehinggalah menunjukkan tanda-tanda neurologi, dan jika ini berlaku, ia sudah terlambat.

gigitan anjing menyebarkan rabies

Kadar kematian penyakit ini adalah hampir 100%, dalam masa beberapa hari. Hanya 5 orang sahaja yang pernah terselamat dari penyakit rabies. Hampir 60,000 nyawa mati disebabkan rabies setiap tahun, dan penyebab utamanya adalah gigitan anjing.

3. Demam berdarah tular (keluarga virus filo)

ebola 203

Virus ini adalah virus yang sangat menakutkan di abad ke-21. Antara virus dari keluarga ini adalah virus Ebola dan Marburg. Virus-virus ini tidak mempunyai rawatan yang efektif dan juga tiada vaksin. Kadar kematian oleh virus ini adalah 90%.

Kedua-dua virus Ebola dan Marburg tidak dapat dibezakan secara klinikal. Tanda-tanda virus seseorang dijangkiti virus ini adalah demam yang diiringi dengan sakit seluruh badan, sendi, otot, kejang perut, dan sakit kepala.

pesakit ebola

pesakit ebola

Pendarahan berlaku akibat cara virus filo ini mengganggu mekanisma pembekuan darah. Ini mengakibatkan kemungkinan pendarahan dari setiap lubang (hidung, dubur dan lain-lain). Kematian adalah disebabkan oleh kegagalan beberapa organ dan kematian tisu-tisu dalaman badan.

Virus Ebola sampai ke Afrika Barat pada tahun 2013, dan ia tidak dapat dikenalpasti sehinggalah merebak dengan cepat. 25,000 orang dijangkiti virus ini yang mana separuh daripadanya mati, hanya dalam masa dua tahun. Virus Marburg pula menyerang Angola pada tahun 2004, dan daripada 252 dijangkiti, 227 daripadanya mati.

2. HIV

hiv 229

Apabila bercakap mengenai virus paling berbahaya di dunia, HIV/AIDS adalah perkara wajib. Penyakit yang bermula dari Amerika Tengah ini dipercayai menjangkiti populasi monyet berjuta tahun dahulu sebelum bertembung dengan manusia pada tengah adab ke-20, walaupun ada teori mengatakan ia ciptaan CIA untuk menghapuskan golongan homoseksual dan orang kulit hitam. 

Kes pertama berlaku di Congo pada tahun 1959, dan ia merebak ke Amerika Syarikat menjelang pertengahan tahun 1960. HIV meneyrang sistem ketahanan badan yang menyebabkan pesakit mudah dijangkiti pelbagai jenis jangkitan. Dan apabila sistem ketahanan badan telah dikompromikan pada tahap tertentu, penyakit tersebut digelar sebagai AIDS.

pesakit hiv

Badan yang tanpa sistem imun yang efektif menjadi rumah kepada bakteria, virus, parasit dan kulat. Bayangkan komputer anda tanpa antivirus dan diserang pelbagai jenis virus, bezanya, badan tidak boleh diformat seperti komputer.

Apa yang membuatkan HIV/AIDS tersangat sukar untuk dirawat, adalah kerana HIV sangat kerap, dan cepat berubah. Sebanyak 10 billion virion (virus) dihasilkan setiap hari dan kadar untuk ia berubah adalah sangat tinggi.

pesakit hiv 2

Sedang anda membaca artikel ini, terdapat 40 juta manusia menghidap HIV/AIDS yang kebanyakannya di Afrika. Hanya separuh sahaja daripada mereka ini yang mempunyai akses kepada ubat-ubatan, yaang membuatkan kadar kematian disebabkan AIDS tersangatlah tinggi.

Sebanyak 2 juta kematian dianggarkan setiap tahun, dan 25 juta nyawa melayang disebabkan virus ini dalam jangka masa 30 tahun.

1. Influenza

influenza

Mungkin ramai di antara kita mengganggap ia hanyalah virus biasa. Influenza atau selesema adalah perkara biasa. Semua orang mengalaminya dan kebanyakan daripadanya adalah selesema biasa dan tak memberikan kesan yang teruk. 

Namun tahukah anda influenza telah menyebabkan kematian yang sangat tinggi dalam kalangan warga tua, mereka yang tenat dan mereka yang sangat muda. Kita mempunyai vaksin yang sangat efektif hampir 60 tahun, namun virus berbahaya ini tetap menyebabkan kematian setengah juta setiap tahun.

spanish flu

1918 flu pandemik

Antara kes terburuk influenza adalah "Selesema Sepanyol" pada tahun 1918. Dianggarkan sebanyak satu pertiga populasi global dijangkiti ketika itu. Virus ini telah menyebabkan lebih banyak kematian daripada Perang Dunia Pertama, iaitu hampir 100 juta nyawa. Kadar kematian oleh virus ini ketika itu adalah 20%, berbanding selesema biasa iaitu hanya 0.1%.

Ia tersangat binasa, sehinggakan mampu membunuh mereka yang sihat. Ia disebabkan oleh ketegangan yang berlaku dalam badan menyebabkan reaksi dasyat yang dikenali sebagai "ribut sitokin". Apabila ini terjadi, mereka yang mempunyai sistem imun paling kuat (individu sihat), berhadapan dengan risiko kematian yang lebih tinggi.

Tak ada virus atau penyakit yang mampu menandingi keganasan dan kebinasaan yang disebabkan influenza, menyebabkan ia berada di tangga pertama senarai ini.

Rujukan :

1. Standford Edu

2. Smithsonian

3. Live Science

4. Planet Deadly

5. DW




Hakcipta iluminasi.com (2017)