Pemilihan dalam membeli sebuah basikal sebenarnya lebih komplek daripada apa yang kita tahu.

Bagi mereka yang kurang tahu, membeli basikal biasanya difaktorkan lebih kepada harga berbanding kualiti dan jenama.

tips membeli dan memilih basikal bersesuaian

BESARKAN TEKS     A-  A+

Ini menjadi perkara biasa kerana pengetahuan dalam membeli sebuah basikal tidak begitu familiar dalam kalangan masyarakat.

iluminasi.com kongsikan artikel yang dikeluarkan oleh We Are Cyclist di laman Facebook tentang perkara yang perlu diberikan perhatian sebelum membeli basikal baharu. 

1. Jenama basikal

jenama basikal

Kalau nak sebut pasal jenama ni, kalau korang beli barangan sukan mesti nak pilih ADIDAS atau NIKE berbanding BATA atau ASADI betul tak?

Tapi tak semua orang cita rasa macam tu kerana ada yang pentingkan keselesaan daripada jenama. Sama lah jugak dalam memilih jenama basikal.

Bila kita bercakap pasal jenama basikal ni pada yang baru nak kayuh basikal ni tak ada masalah pun tentang jenama ni sebab permulaannya mesti korang nak belajar dulu kan dan biasa kan dulu, nanti dah lama baru beli yang betul-betul berjenama. 

Sebut pasal jenama ni banyak, terdapat banyak jenama basikal dan setiap jenama ada kelebihan tersendiri.

pelbagai jenama basikal

Jadi, tak perlu nak kutuk orang tu pakai jenama itu ini , yang penting kayuh nanti enjoy your ride dan keep cycling. 

Untuk yang baru nak main tapi tak nak pakai yang tak ada standard ni senang je, google or tengok je jenama yang anda pernah tengok tu , ada keluar tak website untuk brand basikal tersebut.

Kalau ada bermakna brand tersebut brand yang ada gred ISO yang bagus , kalau google nama brand keluar gambar burung ke laut ke itu makna nya biasa lah tu or china brand. INGAT , china brand dengan brand yang made in china tak sama kualiti.

Senang cerita lah nak pakai HONDA, tak dapat Civic atau City, HONDA EX5 pun jadi asalkan HONDA, berbanding nak pakai HONDA EX5 tapi beli sama macam iaitu DEMAK. Ini sebagai contoh ye.

2. Jenis basikal

basikal gunung

Korang kena tahu jenis basikal yang nak dibeli mengikut keperluan korang tu. Nak kayuh santai atau riadah, sukan, kesihatan atau pengangkutan.

Setiap jenama basikal ada banyak kriteria basikal yang disediakan untuk pembeli memilih ikut keperluan.

Antara sebahagian kategori basikal yang ada :

  1. Mountain Bike (MTB) - Sukan / riadah / hobi
  2. Roadbike/Racingbike (RB) - Sukan / hobi
  3. Basikal lipat - Riadah
  4. Fat bike - Sukan / hobi
  5. Touring bike - Travel / santai
  6. Hybrid bike/Fitness bike - Riadah / recovery / transport

Untuk lebih terperinci, seeloknya tanya pada jurujual tersebut untuk maklumat yang lebih tepat dan menyeluruh.

3. Saiz basikal mengikut pemilik 

saiz basikal yang sesuai

Bila dah pilih basikal apa nak pakai tu baru lah kite tetapkan saiz body/frame basikal mengikut ketinggian anda.

Setiap jenama dan model basikal mempunyai ukuran saiz untuk tinggi pengayuh tersebut. Akan tetapi, lain jenama dan model, lain ukuran nya.

Sebagai contoh, untuk tinggi anda yang 168 cm, saiz yang sesuai adalah S. Dalam ukuran saiz basikal ni yang paling utama adalah tinggi, soal berat nombor 2. M

Maksudnya, jika tinggi anda 160cm tapi berat anda 95kg, anda kena pakai saiz XS. Bukannya anda ringan saiz kecil dan jika anda besar saiz besar.

Sebab apa tinggi lebih penting berbanding berat, kerana tinggi anda kekal dan yang berubah lepas kayuh nanti berat, betul tak?

fat bike

Saiz basikal untuk MTB / Fat Bike biasa kira guna inci, Road bike / hybrid / touring pulak guna CM. Seperti yang diberitahu, lebih baik rujuk yang mahir tentang jenama tersebut untuk saiz yang tepat terutama anda baru nak beli atau nak tukar kategori basikal.

Basikal lipat pulak biasanya size standard badan dan beza hanya saiz tayar 16, 20 atau 24 inci. Pemilihan sizing basikal yang tepat sangat penting untuk anda semasa kayuh nanti.

Jangan ambil mudah pemilihan saiz basikal , terutama kalau nak beli second hand kena tahu saiz ngam tak ngam.

4. Keperluan ketika berbasikal 

aksesori basikal

Basikal dah ngam dan dah beli kan , tapi tunggu! Kerana ia belum lengkap dan jangan kayuh lagi.

Anda kena lengkapkan dulu baru lah selesa kayuh walau sekadar pusing kawasan rumah atau taman tasik. Dan ingat, malang tak berbau, kecacatan tak boleh dibaiki di kedai kereta dan nyawa tak da jual kan IKEA damansara.

  • Topi keledar

Tujuan penggunaan topi keledar sudah tentu untuk keselamatan kepala. Ini adalah kelengkapan yang paling penting kerana kepala adalah bahagian badan yang paling penting untuk dilindungi, sama seperti menaiki motosikal.

  • Sarung tangan

Sarung tangan atau bahasa wechat nya GLOVE pun kena pakai baru la selesa tapak tangan dan tak calar tapak tangan yang tiap malam pakai losyen mahal tu.

  • Seluar kayuh

Seluar kayuh sangat penting sebab ada foam kat dalam tu macam pampers untuk keselesaan kayuh walau pun kayuh dekat dan sekejap je.

Bila tak pakai jangan nak complain pungung sakit atau tercalar. Berbasikal adalah untuk menyihatkan jadi kena lah ikut langkah-langkah yang betul.

Sebab tu kita tengok orang kayuh lama dan jauh boleh bertahan kerana ada padding dalam seluar dia.

5. Lampu belakang

lampu belakang basikal

Tak kisah sama ada anda kayuh petang atau pagi, adalah dinasihatkan untuk memasang lampu belakang.

Ia adalah untuk keselamatan dan kesenangan anda serta orang lain.

Laburkan wang yang lebih untuk lampu belakang, biar terang dan boleh guna untuk jangka masa panjang.

Rujukan: We Are Cyclist




Hakcipta iluminasi.com (2017)