Bagi setiap orang, kepuasan bekerja itu sangat subjektif. Ada orang yang boleh bekerja walaupun tidak dibayar gaji yang begitu tinggi kerana mereka selepas dengan suasana persekitaran tempat kerja yang kondusif, bos dan rakan sekerja yang baik dan banyak kemudahan (benefit) yang diberikan kepada staf. 

tempat kerja bertoksik

Sebaliknya, ada jugak mereka yang dibayar dengan gaji yang mahal tetapi bekerja dalam keadaan sangat tertekan. Suasana kerja yang sihat amat penting buat anda bagi memastikan kerjaya anda boleh berjaya dan berkembang, serta memastikan kebajikan dan kesihatan anda terpelihara.

Dalam sebuah buku bertajuk 'Eye of the Storm: How Mindful Leaders Can Transform Chaotic Workplaces,' yang ditulis oleh Ray Williams, beliau menggariskan beberapa tanda anda sebenarnya bekerja di tempat yang tidak sihat.

1. Mencari Kesalahan

Ada sesetengah majikan hanya gemar mencari mencari kesalahan pekerja. Pada masa yang sama, mereka tidak menghargai pekerja. Apa sahaja kesalahan pekerja walaupun hanya kesalahan kecil pasti akan ditegur, sebaliknya jika anda membuat sesuatu yang mendatangkan keuntungan kepada syarikat, tiada penghargaan mahupun pujian diberikan.

Bekerja dalam situasi ini sebenarnya tidak membantu and menonjolkan potensi diri. Pekerja yang bekerja dalam situasi begini biasanya hanya melakukan kerja secara minimum asalkan siap.

2. Terlalu Banyak Karenah Birokrasi

Sesetengah syarikat mempunyai karenah Birokrasi yang sangat tinggi. Setiap idea, cadangan atau apa sahaja perlu melalui banyak lapisan pihak atasan.

Ada sesetengah perkara yang kritikal memerlukan persetujuan pelbagai pihak atasan. Walau bagaimanapun sekiranya semua perkara perlu melali proses yang sama ia sebenarnya hanya akan menyukarkan dan melambatkan sesuatu kerja dan mengurangkan produktiviti.

3. Mementingkan Keuntungan Semata-mata

kerja di pejabat

Memang benar, tujuan utama setiap perniagaan adalah membiat keuntungan. Walaua bagaimanapun, setiap syarikat haruslah mengambil kira kebajikan pekerja. Oleh itu, setiap syarikat haruslah memiliki jabatan sumber manusia yang berfungsi dengan baik untuk mendengar luahan para pekerja.

Ada sesetengah syarikat yang hanya memikirkan keuntungan semata-mata sehingha mengabaikan kebajikan pekerja, mengurangkan kemudahan (benefit) pekerja. Selagi mana boleh kurangkan kos, mereka akan kurangkan kos.

4. Tiada Sistem Yang Membela Kebajikan Pekerja

Gangguan seksual dan buli yang dipertontonkan di dalam kaca televisyen adalah realiti yang benar-benar terjadi di dunia sebenar. Sekiranya anda adalah mangsa, laporkan pada jabatan sumber manusia atau pihak yang bertanggungjawab untuk membela anda.

Sekiranya anda dianiayai oleh rakan sekerja atau majikan anda, syarikat anda haruslah mengambil tindakan segera. Sekiranya majikan anda tidak bertindak membela anda, adalah lebih baik untuk anda mula mencari peluang bekerja di tempat lain.

5. Tidak Mengimbangkan Masa Bekerja dan Masa Bersama Keluarga

kerja berlebihan

Ada sesetengah majikan yang gemar mengambil kesempatan terhadap pekerja. Mereka mahu setiap pekerja bekerja selagi mana yang mereka mampu.

Selain itu, kerja yang diberi oleh majikan haruslah tidak melebihi kapasiti seorang pekerja. Sekiranya anda kerap balik lambat kerana perlu menyiapkan kerja di pejabat, hanya terdapat dua kemungkinan - anda mungkin tidak produktif atau kerja anda terlalu banyak melebihi kemampuan.

Setiap orang yang bekerjaya terutamanya yang kerja makan gaji inginkan suasana kerja yang kondusif yang membantu mereka mengembangkan kerjaya. Sekiranya ciri-ciri di atas terdapat dalam persekitaran kerja anda, anda perlu bertindak segera. Dapatkan bantuan majikan atau cuba cari pekerjaan lain.


tags : , , , ,

web counter



Hakcipta iluminasi.com (2017)