Ramai di luar sana pasti mengidamkan pekerjaan yang memberikan anda bukan sekadar gaji yang stabil, malahan faedah atau imbuhan yang lebih baik. Namun begitu bukan semua syarikat mampu menyediakan perkhidmatan yang terbaik bukan sahaja kepada pelanggan, malahan kepada pekerjanya juga.

Tahukah anda syarikat mana yang dinobatkan selaku majikan terbaik di Malaysia bagi tahun 2018? Mari kita lihat sama-sama syarikat manakah yang menjadi majikan terbaik di Malaysia hasil badan penyelidikan Aon.

BESARKAN TEKS     A-  A+

5. Hartalega

hartalega majikan terbaik

Syarikat pembuat sarung tangan yang menggunakan bahan getah sintetik terbesar di dunia, Hartalega merupakan sebuah syarikat tempatan yang bermula secara kecil-kecilan sejak tahun 1988. Mempunyai 6,000 orang pekerja di lapan buah kilang, produk keluaran Hartalega kebiasaannya digunakan di pusat-pusat perubatan di lebih 40 buah negara. Mendapat 3.8 bintang oleh pengguna Jobstreet dan 3.6 bintang daripada pengguna Glassdoor, syarikat ini tersenarai buat kali pertama dalam tinjauan tahun 2018.

4. Gerbang Alaf Restaurants Sdn. Bhd.

alaf gerbang majikan terbaik 2018

Jika disebutkan Gerbang Alaf, pasti anda tertanya-tanya restoran apa tu, tetapi bila disebut McDonald's pasti anda semua tahu. Gerbang Alaf dinobatkan sebagai antara majikan terbaik di Malaysia dengan 4.1 bintang dari pengguna Jobstreet. Gerbang Alaf dikatakan berjaya mewujudkan suasana pekerjaan yang mementingkan kerjasama erat antara pasukan dan suasana kerja yang baik, walaupun perniagaan utama mereka adalah perniagaan restoran makanan segera.

3. American Express (Malaysia) Sdn. Bhd.

american express majikan terbaik malaysia

Syarikat kredit ini mendapat 4.5 daripada Jobstreet dan 3.5 daripada Glassdoor. Pekerja AE memuji syarikat ini kerana mampu menyediakan ruang untuk pekerja membina karier secara teratur, mampu memberikan 'work life balance' yang baik pada pekerja serta memberikan banyak faedah tambahan kepada pekerja. Gaji di sana juga dikatakan tinggi.

2. Eco World Development Group

eco world majikan terbaik malaysia

Pemaju hartanah yang cukup popular ini yang memiliki banyak projek berstatus tinggi di seluruh negara dinobatkan sebagai majikan terbaik di Malaysia bagi tahun kedua berturut selepas memenangi anugerah sama pada tahun 2016. Mempunyai reviu 4.0 daripada pengguna Jobstreet dan 4.1 melalui pengguna Glassdor, Eco World dikatakan mampu memberikan suasana kerja yang kondusif bagi membantu karier anda.

1. DHL Express Malaysia

dhl express majikan terbaik

Syarikat penghantaran ini memang dikenali diseluruh dunia sebagai salah sebuah syarikat yang paling mengutamakan kebajikan pekerja jadi tidak mengejutkan perkara sama juga diamalkan di Malaysia. Diberikan 4.3 bintang di Jobstreet dan 4.1 bintang di Glassdoor, DHL dikatakan mengutamakan dasar kebajikan pekerja yang mampu menyeimbangkan keperluan pekerja dalam setiap sudut.

Untuk tahun 2018, DHL Express dinobatkan sebagai majikan terbaik di antara semua yang tersenarai.

Rujukan

The Sun Daily




Hakcipta iluminasi.com (2017)