mcdonalds pekerja bergaya depan kaunter

Ramai di luar sana pasti mengidamkan pekerjaan yang memberikan anda bukan sekadar gaji yang stabil, malahan faedah atau imbuhan yang lebih baik. Namun begitu bukan semua syarikat mampu menyediakan perkhidmatan yang terbaik bukan sahaja kepada pelanggan, malahan kepada pekerjanya juga.

Tahukah anda syarikat mana yang dinobatkan selaku majikan terbaik di Malaysia bagi tahun 2017? Mari kita lihat sama-sama syarikat manakah yang menjadi majikan terbaik di Malaysia hasil badan penyelidikan Aon.

BESARKAN TEKS     A-  A+

1. Eco World Development Group Berhad

pengurusan eco world

Pemaju hartanah yang cukup popular ini yang memiliki banyak projek berstatus tinggi di seluruh negara dinobatkan sebagai majikan terbaik di Malaysia bagi tahun kedua berturut selepas memenangi anugerah sama pada tahun 2016. Mempunyai reviu 4.2 daripada pengguna Jobstreet dan 4.5 melalui pengguna Glassdor, Eco World dikatakan mampu memberikan suasana kerja yang kondusif bagi membantu karier anda.

2. American Express (Malaysia) Sdn.Bhd.

pekerja american express

Syarikat kredit ini mendapat 4.4 daripada Jobstreet dan 4.5 daripada Glassdoor. Pekerja AE memuji syarikat ini kerana mampu menyediakan ruang untuk pekerja membina karier secara teratur, mampu memberikan 'work life balance' yang baik pada pekerja serta memberikan banyak faedah tambahan kepada pekerja. Gaji di sana juga dikatakan tinggi.

3. DHL Express Malaysia

dhl pekerja berehat

Syarikat penghantaran ini memang dikenali diseluruh dunia sebagai salah sebuah syarikat yang paling mengutamakan kebajikan pekerja jadi tidak mengejutkan perkara sama juga diamalkan di Malaysia. Diberikan 4.3 bintang di Jobstreet dan 4 bintang di Glassdoor, DHL dikatakan mengutamakan dasar kebajikan pekerja yang mampu menyeimbangkang keperluan pekerja dalam setiap sudut.

4. Gerbang Alaf Restaurants Sdn.Bhd.

pekerja mcdonalds

Jika disebutkan Gerbang Alaf, pasti anda tertanya-tanya restoran apa tu, tetapi bila disebut McDonald's pasti anda semua tahu. Gerbang Alaf dinobatkan sebagai antara majikan terbaik di Malaysia dengan 4 bintang dari pengguna Jobstreet. Gerbang Alaf dikatakan berjaya mewujudkan suasana pekerjaan yang mementingkan kerjasama erat antara pasukan dan suasana kerja yang baik, walaupun perniagaan utama mereka adalah perniagaan restoran makanan segera.

5. Cisco System (M) Sdn.Bhd.

pekerja cisco video konferens

Syarikat gergasi teknologi Amerika ini mendapat rating paling tinggi di kalangan semua syarikat tersenarai dengan 4.7 dari pengguna Jobstreet. Mari kami senaraikan faedah-faedah yang mereka layak dapat sebagai pekerja Cisco System - perlindungan kesihatan untuk keluarga, waktu bekerja fleksibel, pilihan bekerja dari rumah, bantuan komputer Macbook, tempat letak kereta tersedia, kelab yoga dan badminton, faedah yang sama pada semua peringkat jawatan dan yang paling penting, kopi disediakan setiap pagi.




Hakcipta iluminasi.com (2017)