ryan giggs tergelak

Walaupun bergelar idola kepada dunia, diberikan kemewahan serta hidup yang senang dan selalunya, isteri bertaraf supermodel- pemain-pemain bola sepak di Eropah seperti tidak dapat mengelak daripada masalah skandal seksual.

Entah mengapa perkara itu berlaku tidak dapat dipastikan, apatah lagi apabila banyak skandal melibatkan nama-nama besar yang menjadi ikutan jutaan peminat sukan bola sepak. Skandal-skandal yang timbul pula, seolah-olah menunjukkan walaupun seseorang itu dilihat ada semuanya, nafsu manusia memang tidak pernah puas dengan apa yang kita ada.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Berikut adalah 5 skandal seksual paling mengejutkan yang berlaku di kalangan pemain-pemain bola sepak terkenal dunia dengan sesetengahnya pula, layak bertaraf legenda bola sepak dunia.

1. Skandal Ribery, Benzema dan Govou melibatkan wanita bawah umur

skandal ribery dan benzema

Pada tahun 2010, tiga orang pemain antarabangsa Perancis, Frank Ribery, Karim Benzema dan Sydney Govou dituduh meniduri seorang remaja 16 tahun bernama Zahia Deher yang menjual tubuhnya dengan kemungkinan penjara 3 tahun bagi setiap seorang pemain. Ketiga-tiga pemain tersebut mengakui tidak mengetahui yang remaja tersebut sebenarnya adalah bawah umur dan menyangkakan dia sudah berumur 18 tahun, ketika kejadian itu berlaku beberapa kali.

Zahia dilaporkan menerima 2 ribu pound untuk setiap kali servis dan undang-undang Perancis membenarkan pelacuran, namun bukan dengan remaja bawah umur. Mempertahankan tindakan ketiga-tiga pemain, Zahia melaporkan semuanya berlaku dengan rela hati tanpa ada sebarang unsur paksaan. Kesemua pemain terkenal itu dibebaskan daripada tuduhan kerana bukti untuk menunjukkan hubungan telah berlaku gagal dilakukan.

2. Skandal keluarga Ryan Giggs

skandal ryan giggs

Dalam ramai-ramai pemain, Ryan Giggs merupakan antara pemain yang paling bersih imejnya namun semuanya terbongkar selepas hubungan intimnya dengan seorang pengacara televisyen bernama Imogen Thomas didedahkan.

Apa yang lebih mengejutkan, selepas skandal itu didedahkan, kakak iparnya sendiri, Natasha isteri kepada abangnya Rhodri, membuat pengakuan selama 8 tahun, dia dan Ryan menjalinkan hubungan secara rahsia tanpa pengetahuan keluarga mereka semua. Hasil hubungan tersebut, seorang bayi telah digugurkan bagi mengelak hubungan mereka diketahui keluarga.

Sehingga kini, hubungan di antara Ryan dan Rhodri serta keluarganya masih belum pulih. Memang sukar untuk seorang abang menerima apa yang dilakukan adiknya itu.

3. John Terry sanggup tiduri teman wanita rakan sepasukan

skandal john terry dan wayne bridge

John Terry berkemungkinan besar hanya digemari oleh peminat pasukan Chelsea, kerana rata-rata peminat bola sepak bencikan beliau. Walaupun pencapaiannya sebagai pemain bola sepak cukup hebat, dia dilihat sebagai seorang yang mempunyai perangai yang menjengkelkan. Ini terbukti apabila John dituduh menjalinkan hubungan dengan teman wanita kepada rakan sepasukan England dan Chelsea, Wayne Bridge yang bermula selepas Wayne dan teman wanitanya, Vennessa Perroncel berpisah. Wayne dan Vennessa mempunyai seorang anak lelaki.

Apa yang membuatkan skandal itu jadi lebih besar adalah ketika hubungan sulit mereka berlangsung, John Terry sudah pun berkahwin. Ekoran insiden itu, JOhn dilucutkan jawatan sebagai kapten pasukan England dan Wayne menarik diri daripada menyertai pasukan kebangsaan England, kerana percaya kehadiran dia dan Terry hanya akan membuatkan perpecahan dalam pasukan.

4. Nasib Ched Evans

ched evans skandal

Penyerang kebangsaan Wales, Ched Evans didapati bersalah merogol seorang wanita berumur 19 tahun dalam keadaan mabuk. Hubungan antara mereka berlaku dalam keadaan wanita tersebut tidak sedarkan diri dan Ched dijatuhkan hukuman penjara 5 tahun atas kesalahannya.

Ched dibebaskan selepas menjalani separuh tempoh hukumannya pada Oktober 2014 dan kemudiannya cuba mendapatkan semula tempat sebagai pemain bola sepak. Namun usaha Ched kerap menemui kegagalan ekoran kritikan dan pandangan buruk dilemparkan kepadanya, yang membuatkan banyak kelab tidak berani mengambil beliau sebagai pemain. Perbicaraan semula pada tahun 2015 membuktikan Ched tidak bersalah. Pada Mei 2017, Ched ditawarkan kontrak 3 tahun bersama pasukan Sheffield United, kelab asalnya semasa dia menghadapi tuduhan.

5. Skandal Adam Johnson

adam johnson skandal

Antara pemain yang dilihat mempunyai potensi besar dalam skuad England, Adam Johnson merupakan pemain sayap yang licik. Pernah memenangi kejohanan piala FA dan liga perdana Inggeris bersama Manchester City, Adam dituduh menjalankan hubungan seksual dengan seorang remaja bawah umur 15 tahun dan sepanjang perbicaraan, Adam masih meneruskan kerjayanya sebagai pemain bola sepak.

Pada Februari 2016, Adam mengaku bersalah atas tuduhan-tuduhan yang disebutkan serta didapati melakukan aktiviti 'child grooming' untuk mendapatkan habuan seks melalui media sosial yang menyebabkan pasukannya ketika itu, Sunderland membatalkan kontraknya. Adam dijatuhkan hukuman penjara 6 tahun pada Mac 2016 dan ketika ini, masih lagi dalam penjara, dengan pelbagai rayuan untuk melepaskan dia telah dilakukan. Perkahwinannya yang mempunyai seorang cahaya mata musnah, sementara hidup remaja perempuan mangsa Adam juga terumbang-ambing.




Hakcipta iluminasi.com (2017)