Pejam celik, pejam celik Syawal bakal menjelma lagi. Hari ini adalah hari yang ditunggu-tunggu umat Islam seluruh dunia setelah sebulan berpuasa. Walaupun Raya kini sedikit berbeza, namun kemeriahannya disambut berbeza dan sederhana mengikut prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.
Walau apa pun yang terjadi, setiap kali menjelang Syawal, ada beberapa benda yang menjadi petanda perayaan ini semakin hampir.
Lagu Raya di mana-mana
Masuk je minggu kedua puasa, lagu-lagu lejen seperti ‘Balik Kampung’, ‘Sesuci Lebaran’, ‘Satu Hari Di Hari Raya’ dan bermacam lagi akan mula kedengaran dimainkan di pusat beli-belah. Tambahan pula dengan hiasan ala kampung, lampu lip lap, pelita panjut, buluh lemang, memang terasa sungguh nak Raya, macam nak balik kampung time tu jugak!
Khairul Aming mula upload resepi Raya
Video masakan Raya ditunggu-tunggu setiap tahun mestilah dari Khairul Aming! Bila dah upload di laman sosial tu, memang petanda la nak dekat sangat dah nak Raya. Ramai yang suka video Khairul Aming bukan saja sebab sedap, tapi senang untuk dibuat, orang bujang tak pernah masuk dapur pun boleh jadi terror!
Open order kuih, kek, kerepek bermacam jenis
Nak kuih apa apa, kerepek, sampailah ke hingga ke brownies, semua duk pakat open order! Dari group Whatsapp pejabat, kawan sekolah, kawan sekampung, semualah pakat berbisnes cari duit lebih nak Raya sakan. Kadang tu, open order sebulan dapat cover untuk perbelanjaan bulan berikutnya, nak Raya punya pasal kan.
Iklan Raya di kaca TV
Setiap tahun, paling best selain nak beraya adalah, iklan Raya itu sendiri. Jadi kegemaran ramai tentulah cukup menyentuh hati dan ada jalan cerita tersendiri. Tapi ada juga yang bawa konsep ceria dan bergembira, barulah raya kan?
Setiap rumah mula bau wangi
Nak Raya setahun sekali, boleh la cuba-cuba buat kek atau biskut raya. Barulah boleh jamu untuk seisi keluarga nanti. Barulah boleh berlagak dengan mereka, walaupun semua resepi tengok Google semata. Yang penting semuanya sedap, nak dapat sebijik macam dekat kedai, teknik kena betul selain bahan pun kenalah berkualiti kan?
Nak dapat kek atau biskut raya yang enak tapi dalam masa sama berkhasiat, tak lain dan tak bukan, mestilah bahan lejen dan dipercayai mak-mak, Planta jadi pilihan. Tin kuning Planta memang sinonim dengan kemeriahan Raya.
Bukan saja memberikan rasa dan aroma wangi untuk resepi dibuat, marjerin ini juga dilengkapi dengan vitamin A, D, E, B1, B2, B6, B12, Folic Acid dan Niacin. Banyak kan vitamin yang terkandung dalam Planta? Juadah pun bukan setakat sedap, malah juga berkhasiat.
Tak hairanlah Planta menjadi pilihan sejak zaman berzaman oleh ibu-ibu dan juga chef terkemuka di kafe dan restoran.
Kami bagi pihak Planta ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN. Meriahkan Syawal dengan hidangan berasaskan Planta di meja makan, semoga momen indah ini dapat dinikmati bersama.