Oleh pada 12 May 2021 kategori

Pergerakan terbatas, tak boleh keluar rumah tak semestinya aktiviti kita terhad. Banyak je yang boleh kita buat dengan rakan atau keluarga untuk tidak membazir masa. Jom kami kongsikan beberapa cadangan aktiviti.

Cuba resepi baru

samsung ilu 1

Bermacam resepi dikongsikan di laman sosial sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 1.0, dari kopi dalgona, aneka kek, murtabak Maggi sampailah brownies cookies, banyak yang boleh dicuba. Selain boleh cungkil bakat terpendam, masa berkualiti dapat diluangkan dengan keluarga atau rakan-rakan.

Work out online

Puasa dan PKP tak semestinya aktiviti senaman pun berhenti. Tak boleh ke gym? Buka saja video Youtube, pilih senaman yang diingini, kesukaran biasa atau advance terpulanglah. Asalkan badan sentiasa cergas dan sihat.

Ambil kursus online

Jangan asyik layan movie atau drama bersiri online je, apa kata sertai kursus percuma di Youtube. Pilih bidang berkaitan dengan kerjaya sekarang atau jika mahukan upgrade, boleh cabar diri belajar benda baru. Duduk rumah pun boleh belajar free!

Baca buku yang telah lama dibeli

samsung ilu 2

Jujurlah, berapa banyak buku dibeli di Big Bad Wold akhirnya tersadai celah rak tanpa dibaca? Mulakan belek buku-buku dibeli beberapa tahun lepas tu. Mesti banyak yang boleh korang belajar.

Sertai cabaran TikTok

samsung bn 8

Cabaran TikTok bukan sekadar cabaran sebabnya ianya cabaran #AwesomeDollaRaya dikuasakan oleh Samsung Galaxy Siri A. Mesti semua dah dengar lagu raya Dolla, Raya Raya Raya kan? Tiba masa korang buat TikTok menggunakan lagu itu.

Ikut je langkah-langkah seperti di bawah. Untung-untung, korang dapat menang salah satu dari 9 unit Samsung Galaxy A32 tau! Kalau nak tahu A32 LTE dijual di pasaran dengan harga RM1,099 manakala A32 5G berharga RM1,199.

samsung dolla 7

Kalau korang ke Jalan Tun HS Lee untuk lihat sendiri mural Dolla di sana, jangan lupa ikut SOP okay? Kita kena jaga kita sentiasa. Setiap minggu, tema berbeza ditampilkan. Untuk minggu kedua (6-10 Mei), tema Paparan 6.4” ditampilkan manakala bagi tempoh 11 hingga 15 Mei, bertemakan Kadar Segar Semula 90Hz. Macam mana korang nak masukkan tema dalam TikTok masing-masing, terpulanglah kepada kreativiti.

samsung bn 7

Cabaran TikTok #AwesomeDollaRaya ni sedang berlangsung sekarang sehingga 15 Mei 2021. Sempat lagi kalau korang nak cabar dengan kawan-kawan korang, perah idea kreatif dan join. Walau apa pun yang berlaku, dengan teknologi segalanya boleh kita lakukan tanpa masalah.

20210504 130044xxxx

Seperti Dolla yang mengekspresikan diri mereka dengan muzik dan seni, Samsung juga mahu korang serlah diri masing-masing dengan cabaran TikTok ini. Tiba masa untuk korang tonjolkan bakat sebenar yang mungkin selama ni tersimpan! Jom sertai sekarang di SINI.

rexkl orkibal 040521 02x

Selain mural Dolla, inisiatif ‘Dikuasakan oleh Samsung Galaxy Siri A’ juga boleh dilihat di REXKL yang diberi nafas baru dengan mural karya Orkibal. Watak kartun aneka warna menjadi simbol untuk Malaysia yang pelbagai budaya.

Bangunan Seni Zhongshan juga akan mendapat sentuhan pelukis mural terkemuka Bono Stellar dan dijadualkan siap pada penghujung Mei ini.

samsung raya fon

Semua ini dibawakan oleh Samsung Galaxy A32 | A52 | A72, keluaran telefon pintar terhangat daripada Samsung. Yang penting Galaxy Siri A ini mempunyai skrin Awesome, kamera Awesome, ketahanan bateri Awesome dan juga berupaya rintangan air yang Awesome! Kalau nak tahu A32 LTE dijual di pasaran dengan harga RM1,099 manakala A32 5G berharga RM1,199.

Nak tahu lebih lanjut mengenai Samsung Galaxy A32 | A52 | A72, layari laman web Samsung atau follow di Facebook dan Instagram untuk update terkini.




Hakcipta iluminasi.com (2017)