Oleh pada 28 Sep 2017 kategori

teknologi hebat pada hari ini

Hampir segala benda di dunia ini adalah tidak mustahil. Dengan teknologi yang semakin berkembang seperti tiada sempadan, pelbagai perkara boleh dihasilkan. Satu ketika dahulu kita tak pernah terfikir akan melayari internet menggunakan telefon pintar. 

Namun, di kala teknologi dan sains kian berkembang, masih terdapat perkara yang tidak dapat dijelaskan oleh kedua-duanya. iluminasi.com ingin berkongi 5 perkara yang masih belum dapat dijelaskan oleh sains dan teknologi.

BESARKAN TEKS     A-  A+

5. Adakah kita satu-satunya hidupan di alam semesta?

aliens

Persoalan yang penuh dengan teori konspirasi. Ada yang mengatakan wujudnya alien, malah ada teori mengatakan alien disimpan di tempat-tempat seperti Pangkalan Dulce. Namun masih tiada bukti kukuh. 

Ahli astronomi berhempas pulas mencari jawapan kepada persoalan ini dengan meneroka alam semesta apabila terdapat kesan air di planet-planet lain. Antara planet yang diteroka termasuklah Europa, Mars dan beberapa planet yang terletak dengan jarak beberapa tahun cahaya. Walaupun dengan teknologi yang sangat canggih dimiliki oleh NASA, namun tiada jawapan bagi persoalan ini. 

Ataupun mungkin ada, tetapi dirahsiakan? Wallahualam.

4. Mengapa kita bermimpi?

mengapa kita bermimpi

Jika anda tidur 8 jam sehari, anda tidur 1/3 daripada hidup anda, dan 1/4 daripada hidup anda jika anda tidur 6 jam sehari. Namun sehingga kini saintis masih tidak dapat bukti yang kukuh, malah masih mencari penjelasan mengapa kita tidur dan bermimpi. 

Kajian lanjutan terhadap haiwan dengan melakukan pengimejan pada otak mencadangkan bahawa terdapat pemahaman yang sangat kompleks mengenai mimpi yang dikatakan mempunyai peranan penting dalam ingatan, pembelajaran dan emosi.

Tetapi mengapa kita bermimpi masih belum terjawab.

3. Ke mana perginya semua karbon?

ke manakah perginya karbon

Atmosfera di bumi ini telah dicemari dan dipenuhi oleh karbon dioksida akibat pembakaran bahan api fosil selama beratus-ratus tahun lamanya. Dan jika ia berterusan, tanpa kita "menempatkan" kembali karbon dioksida ini di tempat yang sepatutnya, kita akan berisiko mengalami iklim yang sangat panas. Namun, sehingga kini tiada siapa yang tahu bagaimana untuk melakukannya.

2. Apa yang ada di dasar lautan?

james cameron turun ke dasar laut 592

Kira-kira 71% daripada kawasan di bumi ini dipenuhi dengan air, iaitu lautan. Namun, 95% daripada keluasan lautan dan segala isinya masih belum diterokai. Pada tahun 1960, Don Walsh dan Jacques Piccard turun ke dalam lautan sedalam 11.27 kilometer. Ia merupakan jarak yang paling dalam pernah diterokai manusia. Perkara yang sama dilakukan oleh James Cameron pada tahun 2012, di Jurang Mariana.

Namun pengembaraan itu hanyalah permulaan kepada usaha manusia menerokai lautan yang luas, serta memberikan gambaran yang terlalu sedikit mengenai apa sebenarnya yang ada di dasar lautan. Untuk menuruni ke dasar lautan adala sesuatu yang sangat rumit dan berbahaya membuatkan peneroka terpaksa menggunakan kenderaan tanpa pemandu berkamera.

1. Black hole

black hole

Black hole. Mungkin ramai yang pernah dengar berkenaan dengan Black Hole. Namun sehingga kini teknologi dan sains masih belum dapat menghasilkan alatan atau kaedah untuk mencari jawapan mengenainya. Albert Einstein pernah menyatakan satu teori berkenaan hal ini, dengan mengatakan bahawa black hole dihasilkan oleh bintang yang "nazak" yang semakin mengecut sehingga menghasilkan titik yang tersangat kecil.

Titik itu dikatakan sebagai kawasan di dalam ruang masa (space time) yang mempunyai kuasa graviti pasang yang tersangat kuat. Namun teori itu hanyalah gambaran kecil daripada cerita sebenar yang hanya masa dapat tentukan kebenarannya.


Artikel ini hanyalah menjelaskan perkara yang tidak dapat diterangkan oleh sains SAHAJA, dan bukan oleh perkara lain.

Rujukan :

1. Cracked

2. NASA

3. Alltop

4. Scientific American




Hakcipta iluminasi.com (2017)