Konsert adalah sebuah persembahan secara langsung di hadapan penonton. Walaupun kita boleh mendengar lagu atau muzik daripada radio, televisyen ataupun telefon pintar, pengalaman mendengar sendiri secara langsung artis kegemaran kita menyanyikan lagu sentiasa mengujakan.

Tidak hairanlah ada peminat yang sanggup menghabiskan duit ratusan ringgit untuk membeli tiket bagi menghadiri sesuatu konsert. Bagi mereka, dapat menyaksikan artis kegemaran mereka melakukan persembahan di hadapan mereka secara langsung merupakan pengalaman yang tidak boleh dilupakan seumur hidup.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Bergantung pada tempat konsert tersebut dianjurkan, biasanya tiket yang dijual adalah terhad bagi memastikan tempat tersebut dapat menampung jumlah peminat yang hadir. Namun, pernahkah anda terfikir apakah konsert terbesar yang pernah dianjurkan dalam sejarah?

Kali ini, pihak Iluminasi ingin berkongsi senarai 5 konsert terbesar yang pernah dianjurkan dalam sejarah. Senarai ini disusun berdasarkan statistik kedatangan penonton ke konsert-konsert ini. Menariknya, kesemua konsert dalam senarai ini adalah konsert yang dianjurkan secara percuma

1. Konsert Rod Stewart di Pantai Copacabana - 3.5 Juta

konsert rod stewart

Konsert ini telah dianjurkan pada 31 Disember 1994 oleh lagenda penyanyi rock daripada British, Rod Stewart. Konsert ini diadakan pada malam ambang tahun baru di Pantai Copacabana yang terletak di bandar Rio de Janeiro. Ianya dihoskan oleh syarikat MTV.

Mengikut statistik yang direkodkan, dianggarkan 3.5 juta manusia telah menghadiri konsert ini dimana 2 juta daripadanya adalah wanita. Menariknya, konsert ini telah dianjurkan sebagai hadiah kepada golongan miskin yang tidak mampu membayar tiket yang mahal untuk menghadiri konsert berbayar.

2. Konsert “Oxygene in Moscow” di Moscow - 3.5 Juta

jean michael jarre moscow

Pada tahun 1997, pihak bandar Moscow telah menganjurkan satu konsert besar sempena menyambut ulang tahun ke 85. Pihak penganjur telah memilih Moscow State University sebagai lokasi memandangkan ia sangat ideal untuk menampung jumlah penonton yang sangat ramai. Dianggarkan 3.5 juta penonton menghadiri konsert ini.

Konsert ini diberi nama “Oxygene in Moscow” dan artis utama yang membuat persembahan pada waktu itu adalah artis popular dari Perancis, Jean-Michael Jarre. Konsert tersebut turut disertai dengan persembahan bunga air, laser dan upacara memperingati kematian Puteri Diana yang baru mati akibat kemalangan.

3. Konsert "Paris La Defense" di Paris - 2.5 Juta

konset jean michael jarre la defence

Paris La Defense merupakan satu konsert yang diadakan di ibu negara Perancis pada tahun 1990 sempena cuti Hari Kebangsaan Perancis. Konsert ini dibiayai oleh Kementerian Kebudayaan Perancis dan beberapa usahawan ternama.

Antara tarikan utama konsert ini adalah penyanyi bintang Perancis sendiri, Jean-Michael Jarre. Konsert ini dikatakan telah menarik kira-kira 2.5 juta penonton, menjadikannya sebagai konsert ke 3 terbesar dunia menurut Guinness Book of Records.

4. Konsert "Monsters of Rock" di Moscow - 1.6 Juta

monsters of rock

Monsters of Rock adalah acara atau karnival muzik tahunan yang bermula di England sebelum ianya dianjurkan di negara-negara lain seperti Belanda, Sepanyol, Itali, Jerman, Perancis dan banyak lagi. Dari nama konsert ini sahaja, anda sudah tahu bahawa ianya adalah untuk peminat muzik rock.

Namun, pada tahun 1991 penganjurannya telah mencatatkan rekod kedatangan penonton sekitar 1.6 juta, menjadikannya konsert ke 4 terbesar dalam sejarah. Antara artis yang membuat persembahan pada tahun tersebut adalah kumpulan-kumpulan rock terkenal seperti AC/DC, Pantera, Metallica, The Black Crowes dan. E.S.T.

5. Konsert The Rolling Stones di Rio de Janeiro - 1.5 Juta

the rolling stones di rio de janeiro

konsert terbesar di dunia 327

Antara tahun 2005 dan 2007, kumpulan muzik The Rolling Stones telah mengadakan siri jelajah konsert "A Bigger Bang" di beberapa tempat seluruh dunia. Siri jelajah ini adalah bagi mempromosikan album mereka "A Bigger Bang" yang juga merupakan album terlaris mereka sepanjang zaman.

Menariknya, salah satu konsert mereka yang diadakan di Pantai Copacabana, Rio de Janeiro telah berjaya mencatatkan jumlah 1.5 juta penonton. Ini menjadikannya konsert ke 5 terbesar yang pernah dianjurkan dalam sejarah.

Kredit:

  1. New York Times
  2. World Atlas



Hakcipta iluminasi.com (2017)