Apabila Alfred Davis dan adik iparnya, Hans Wildorf mula mengimport kaliber jam tangan dari Switzerland ke UK pada tahun 1905, mereka langsung tidak menyangkakan bahawa ia menandakan permulaan salah satu jenama yang paling ikonik di dunia.
Ia sama seperti kita tidak dapat membayangkan sebuah dunia tanpa jam tangan Rolex.
BESARKAN TEKS A- A+
Sudah tentu, Rolex tidak mendapat peluang ini secara kebetulan tetapi semuanya adalah hasil daripada usaha mereka sendiri.
iluminasi.com kongsikan 5 perkara yang anda perlu tahui mengenai jam tangan Rolex.
1. Bukan sekadar nama
Dari mana asalnya nama Rolex yang sebenarnya tidak pernah disahkan secara rasmi. Ia pertama kali didaftarkan pada tahun 1905 sebagai Rolex SA di England.
Salah satu kisah tidak rasmi memberitahu bahawa nama itu berasal dari ungkapan Perancis 'horlogerie exquise', yang bermaksud kerja jam yang indah.
Hans Wilsdorf, pengasas Rolex, mahu nama jenamanya mudah dibaca di seluruh dunia. Ada juga yang mencadangkan bahawa Rolex menyerupai bunyi yang anda dengar apabila jam tangan sedang dipusing gearnya dan nama ini cukup pendek untuk dipaparkan pada muka jam.
2. Rekaan dengan tujuan dan fungsi tertentu
Untuk bertahun lamanya, Rolex menghasilkan banyak model istimewa. Antara yang paling telah dihasilkan dengan untuk tujuan penggunaan tertentu, terutamanya untuk mereka yang sukakan sesuatu yang mencabar.
Itulah bagaimana model untuk memanjat gunung, penerbangan dan menyelam laut dalam dicipta. Model Explorer contohnya, direka khusus untuk pendaki gunung manakala model Daytona sesuai untuk pemandu kereta lumba.
GMT Master seperti gambar di bawah direka untuk krew kapal terbang dalam penerbangan yang panjang. Ia dapat memaparkan Time Mean Greenwich, dalam masa yang sama menunjukkan masa semasa.
3. Inovasi dalam penciptaan
Ini mungkin cara pemikiran Rolex kerana jenama ini mempunyai rekod prestasi yang mengagumkan mengenai jam tangan yang inovatif.
Mungkin anda pernah membaca tentang mdeol GMT Master yang boleh menunjukkan dua zon waktu sekaligus. Pada tahun 1925, Rolex adalah yang pertama yang menghasilkan jam tangan kalis air, iaitu Oyster.
Hampir 20 tahun kemudian, Rolex mencipta jam tangan pertama dengan tarikh perubahan secara automatik pada dail. Ya, semua perkara ini diambil mudah oleh kita pada hari ini, namun Rolex adalah yang pertama menghasilkannya.
4. Dipakai oleh selebriti dan VIP
Memakai Rolex bermakna lebih daripada memakai jam tangan di pergelangan tangan anda. Ini bermakna anda membuatkan diri anda berada dalam kalangan mereka yang berstandard tinggi.
Ramai pelakon terkenal, pemain bola sepak antarabangsa dan CEO yang berpengaruh memakai Rolex mereka dengan bangga. Malah, watak fiksyen kegemaran ramai juga memakai jam tangan Rolex, iaitu James Bond.
Ketika filem agen rahsia yang ikonik ini pertama kali dimainkan oleh Sean Connery, beliau memakai jam tangan Rolex Submariner. Namun bagi filem James Bond yang terbaru, hak penjenamaan jam tangan dibeli oleh Omega.
Di Malaysia, hanya individu yang benar-benar berada atau VIP sahaja yang mampu memiliki jam Rolex. Antaranya termasuklah jutawan kosmetik, Dato Seri Aliff Syukri yang memiliki beberapa utas jam tangan mewah ini.
5. Pelaburan yang menguntungkan
Seutas jam tangan Rolex vintaj yang berada dalam keadaan baik bernilai lebih daripada harga asalnya. Dan jika jam vintaj itu pernah dipakai oleh selebriti, maka harganya akan berlipat kali ganda.
Pada 26 Oktober 2017, seutas jam Rolex Daytona yang dimiliki dan dipakai oleh pelakon terkenal Paul Newman telah dijual dalam satu acara lelongan dengan harga lebih daripada RM72 juta.
Rujukan:
1. True Facet
2. Luxe Watches