Mesin pengimejan resonans magnetik (MRI) adalah satu keajaiban teknologi. Ia boleh mengesan tumor, membolehkan kita melihat tulang patah yang mana terlalu kecil untuk dilihat melalui X-ray dan memeriksa aktiviti elektrik di dalam otak.
Anda boleh melakukan pengimejan dalam keadaan berdiri, duduk atau berbaring. Ia benar-benar selamat, kecuali anda membawa senjata.
BESARKAN TEKS A- A+
Maka, tidak hairanlah MRI telah digunakan untuk semua jenis eksperimen sains yang aneh. iluminasi.com kongsikan 5 perkara paling pelik pernah dilakukan ketika imbasan MRI.
1. Bertindak balas terhadap penderaan robot-dinasour
Untuk menguji sama ada manusia boleh berasa empati atau memahami perasaan terhadap robot untuk kajian pada tahun 2013, penyelidik memasukkan peserta ke dalam mesin fMRI dan membuatkan mereka menonton video manusia dan dinosaur robot.
Video itu termasuk rakaman manusia atau robot yang dibelai atau digeletek, atau subjek yang dipukul dan dicekik.
Imbasan otak menunjukkan aktiviti yang sama berlaku untuk orang yang menonton kedua-dua video, menunjukkan bahawa orang mungkin dapat berasa empati yang sama terhadap robot seperti mana terhadap orang.
2. Buang air besar
Melihat orang membuang air besar melalui pengimejan MRI adalah teknik perubatan biasa yang menghairankan yang dikenali sebagai "resonans magnetik defekografi".
Doktor menggunakannya untuk mendiagnosis masalah dengan fungsi rektum, menganalisis bagaimana otot pelvis berfungsi dan penyebab masalah usus.
Imbasan ini melibatkan jeli ultrasound dan tiub yang dimasukkan ke dalam dubur anda, memakai lampin dan merangkak di dalam pengimbas MRI.
Kemudian, anda diarahkan untuk "mengemut" otot pelvis anda dalam pelbagai cara seperti yang diperintahkan oleh doktor, yang akhirnya mengakibatkan pengeluaran jeli ultrasound melalui dubur dan apa sahaja yang ada dalam usus anda.
Pelik, kan?
3. Melakukan hubungan seks
Para saintis juga telah melakukan imbasan badan MRI pasangan yang melakukan hubungan seks.
Pada penghujung tahun 90an, penyelidik Belanda, Pek Van Andel dan rakan-rakannya di Hospital Universiti Groningen meminta 8 pasangan untuk datang ke makmal mereka dan melakukan hubungan seks dalam tiub pengimbas MRI untuk menganalisis bagaimana alat kelamin berpadanan antara satu sama lain semasa persetubuhan heteroseksual.
Walaupun dikelilingi oleh para saintis, para peserta nampaknya tidak mempunyai masalah untuk berasmara.
Kajian itu menyatakan bahawa "tahap subjektif rangsangan seksual peserta (lelaki dan wanita) semasa eksperimen dijelaskan sebagai sederhana".
Sementara itu, penyelidik lain cuba untuk mengambil gambar saintifik seks dalam cara yang berbeza, dengan cara yang lebih pelik.
Untuk buku tahun 2008 beliau yang bertajuk "Bonk: The Curious Coupling Of Sex And Science", penulis sains, Mary Roach dan suaminya melakukan hubungan seks di sebuah makmal di University College London sementara seorang penyelidik berdiri di samping mereka dan meletakkan tongkat ultrabunyi ke perutnya.
4. Mencapai ejakulasi
Tak banyak yang diketahui oleh para saintis tentang bagaimana orgasme atau ejakulasi berfungsi.
Jadi, pelbagai kajian telah meminta peserta untuk masuk ke makmal, berbaring di dalam pengimbas fMRI, dan merangsang diri mereka untuk ejakulasi.
Seorang wartawan di Inside Jersey mengambil bahagian dalam penyelidikan ejakulasi Rutgers University pada tahun 2010. Dia membawa mainan seks sendiri dan makmal tersebut menyediakan pelincir yang diperlukan.
Sepanjang kajian mereka, para penyelidik Rutgers University telah mendapati bahawa apabila orang melakukan aktiviti untuk mencapai ejakulasi dalam mesin fMRI, ia mengaktifkan lebih daripada 30 sistem otak, termasuk yang tidak anda jangka akan terlibat seperti korteks prefrontal, yang dikaitkan dengan penyelesaian masalah dan penghakiman.
5. Melahirkan anak
Melahirkan bayi di atas katil hospital sudah cukup sukar dan menyakitkan, apatah lagi melakukannya dalam pengimbas MRI semasa ia dihidupkan dan mengambil gambar 3D rahim anda ketika melahirkan bayi.
Itulah yang dilakukan oleh seorang wanita Jerman pada tahun 2010 dan tindakan itu direkodkan dengan perincian yang sangat jelas.
Doktor juga dapat melihat bentuk perubahan kepala bayi semasa proses melahirkan anak.
Rujukan:
1. Perkara pelik dilakukan dalam mesin MRI
2. The Atlantic
3. Mana