Pada tahun 2014, Prayuth Chan-ocha telah diangkat sebagai Perdana Menteri baru Thailand setelah mengetuai satu pemberontakan menjatuhkan kerajaan yang ketika itu dipimpin oleh Perdana Menteri sebelum itu iaitu Yingluck Shinawatra.

Sejak mengambil alih tampuk pimpinan kerajaan, beliau dilihat sebagai seorang pemimpin yang sangat lantang dan beberapa tindakannya juga dikatakan telah mencetuskan pelbagai kontroversi.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Kali ini, pihak Iluminasi ingin berkongsi beberapa peristiwa atau tindakan  Prayuth Chan-ocha yang telah menimbulkan buah mulut orang ramai terutamanya pihak media. Secara umumnya, beliau bila dikatakan sebagai seorang pemimpin yang sangat bad ass!

1. Meminta wartawan bersoal-jawab dengan potongan kadbod dirinya

Pada Januari 2018, beliau menjadi tajuk utama akhbar akibat tindakannya yang meminta para wartawan untuk bersoal-jawab dengan potongan kadbod saiz sebenar dirinya sewaktu sesi sidang media bersama para wartawan. Tindakan tersebut dilakukan bagi mengelakkan para wartawan bertanyakan soalan-soalan kontroversi mengenai dirinya.

Pada mulanya, beliau kelihatan seperti mahu menjawab soalan sehinggalah pembantunya datang membawa potongan kadbod itu dan meletakkannya di sebelahnya. Beliau kemudiannya meminta para wartawan bertanyakan soalan kepada potongan kadbod tersebut sebelum beredar. 

Peristiwa ini dapat dilihat daripada video pendek daripada Youtube di atas.

2. Mengugut untuk membunuh wartawan

prayuth chan ocha

Pihak media seringkali mengkritik junta tentera yang dipimpin Prayuth Chan-ocha dan apabila mendapat peluang, beliau akan lantang membalas kritikan tersebut secara terbuka. Sewaktu sidang media pada Mac 2015, beliau telah melempar beberapa helai kertas ke arah wartawan kerana terlalu berang.

Sebelum kejadian tersebut, beliau menuduh wartawan dan media seringkali mengkritik kerajaan dan seharusnya lebih jujur walaupun mereka tidak menyukai kerajaan. Realitinya, "jujur" disini bermaksud mereka haruslah menulis perkara yang baik-baik sahaja mengenai kerajaan.

Ketika seorang wartawan bertanyakan beliau apa yang bakal dilakukannya sekiranya mereka tidak berlaku "jujur", tanpa berselindung beliau menjawab mereka harus dibunuh.

3. Membaling kulit pisang pada wartawan

Walaupun seringkali mengugut dan mengkritik wartawan secara terbuk, Prayuth Chan-ocha tidak pernah menggunakan kekerasan fizikal terhadap mereka. Namun, pada satu sidang media pada Disember 2014 beliau telah membaling kulit pisang yang dimakannya kepada seorang wartawan.

Kejadian tersebut berlaku kerana beliau berang terhadap seorang wartawan yang mendesaknya untuk memandang ke arah kamera bagi membolehkan gambarnya diambil. Video rakaman mengenai kejadian ini dapat dilihat daripada video Youtube diatas.

4. Sudah menulis beberapa buah lagu berentak pop

Walaupun dilihat sebagai seorang pemimpin berwatak bengis dan garang, beliau sebenarnya telah menulis beberapa buah lagu berentak pop. Lagu pertamanya boleh diterjemahkan kepada "Mengembalikan Keamanan Kepada Rakyat Thailand" telah ditulis sebaik sahaja kumpulannya melakukan rampasan kuasa daripada kerajaan lama Thailand.

Seterusnya, beliau menulis sebuah lagu yang tajuknya boleh diterjemahkan sebagai "Kerana Anda Seorang Thai" yang dihasilkan pada penghujung tahun 2015. Menurutnya, lagu tersebut ditulis sebagai hadiah kepada rakyatnya dan lirik lagu tersebut menggesa rakyat bersatu-pada dan berharap rakyat Thai membantu kerajaan mengembalikan keamanan di Thailand.

Sehingga kini, beliau sudahpun menulis 6 buah lagu. Rata-rata lagu yang dituliskan bertemakan semangat patriotik dan kecintaan kepada negara. Walau bagaimanapun, rakyat sangat membenci lagu-lagu ciptaannya dan mengetahui ianya adalah untuk tujuan propaganda semata-mata.

5. Mengugut akan kekal berkuasa selama-lamanya

pilihanraya thailand

Sewaktu pihak junta tentera melakukan rampasan kuasa daripada kerajaan pada tahun 2014, mereka telah berjanji akan mengembalikan kuasa kepada rakyat pada pilihan raya yang akan datang. Malangnya, kerajaan pimpinannya didapati ingkar akan janji tersebut.

Pada Mac 2015, beliau telah mengugut akan menjadi Perdana Menteri Thailand buat selamanya sekiranya rakyat dan pihak media berterusan mengkritiknya dan menuntut pilihan raya diadakanan. Kerajaan pimpinannya sering menyatakan akan menubuhkan perlembagaan baru sebelum memberikan kuasa kepada kerajaan pilihan rakyat melalui pilihan raya.

Malangnya, perlembagaan baru ini kelihatan berat sebelah apabila turut memberikan kuasa politik kepada pasukan tentera. Menurut perlembagaan baru ini, pihak tentera diberi kuasa melantik Senat yang kemudiannya akan melantik pula Perdana Menteri.

Kredit:

  1. The Straits Times
  2. Al-Jazeera
  3. BBC News



Hakcipta iluminasi.com (2017)