mitos yang masih ramai percaya

Manusia telah sampai ke bulan dan suatu hari nanti ke planet Marikh, tetapi sesetengah orang masih meragui apa yang mampu dicapai oleh sains.

Walaupun sains telah terbukti dalam pelbagai peringkat, sesetengah orang masih percaya pada teori konspirasi dan legenda yang telah terbukti tidak tepat, seperti kepercayaan bahawa bumi itu rata.

Ini disebabkan oleh mereka masih dalam bayangan ataupun tidak mempercayai sains itu wujud. iluminasi.com kongsikan 6 perkara yang ramai masih percaya walaupun dibuktikan sains.

1. Bumi adalah rata

ramai masih percaya bumi itu rata

Ia mungkin kedengaran agak melampau dan tak masuk akal, tetapi sesetengah orang masih percaya bahawa Bumi adalah sebuah planet yang rata walaupun NASA menggunakan segala-galanya dari GPS dan satelit hinggalah ke imej dari angkasa untuk mengubah fikiran mereka.

Teori utamanya adalah berdasarkan peta lama yang menunjukkan Bumi dalam bentuk persegi dan pegun.

Mereka percaya bahawa Bumi adalah sebuah cakera, pusatnya ialah Bulatan Artik dan Antartika, serta segala yang lain yang dikatakan bertentangan dengannya dianggap sebagai teori konspirasi.

Kebenarannya adalah, NASA telah mengambil berpuluh-puluh gambar yang jelas membuktikan planet kita adalah sfera.

Bagaimanapun, ada cara lain untuk membuktikan ini adalah benar. Cara paling mudah ialah memeriksa kaki langit atau cuba memanjat pokok.

Semakin tinggi anda panjak pokok itu, semakin jauh anda akan dapat melihat.

Ini adalah berlaku disebabkan oleh lengkukan Bumi. Jika Bumi adalah rata, ketinggian tidak akan mengubah sejauh mana kita dapat melihat.

2. Bulan purnama mempengaruhi tingkah laku manusia dan membuatkan manusia gila  

mitos bulan purnama buatkan manusia jahat

Ini adalah mitos lama yang masih percayai ramai, dengan mendakwa bahawa jenayah yang paling ganas berlaku semasa bulan purnama kerana bulan ini membuatkan orang menjadi gila.

Malah, stesen-stesen polis di UK meminta sokongan tambahan semasa bulan purnama. Jelas sekali perkara ini tidak benar. 

Kebenarannya adalah Kajian menunjukkan bahawa tiada hubungan sebenar antara peningkatan jenayah semasa bulan purnama walaupun ia kelihatan benar-benar berlaku.

Hubungan ini boleh dijelaskan kerana selalunya, bulan penuh jatuh pada hari cuti atau hujung minggu, yang mana biasanya jenayah berlaku.

3. Vaksin adalah sesuatu yang tidak benar 

masih ramai percaya vaksin tak betul

Dalam kaji selidik baru-baru ini, 45% orang dewasa Amerika Syarikat yang ditanyakan tentang vaksin dan keberkesanannya menjawab secara negatif dengan meragui hasil dan keselamatan suntikan vaksin.

Oleh itu, semakin ramai orang telah berhenti memvaksin anak-anak mereka serta diri mereka sendiri.

Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia, keraguan vaksin disenaraikan sebagai salah satu daripada 10 ancaman teratas bagi kesihatan global pada tahun 2019.

Kebenarannya adalah vaksin telah menyelamatkan dan terus menyelamatkan nyawa.

Seorang doktor menjelaskan tentang tragedi penyakit seperti Pertussis, yang telah hilang selama hampir satu abad dan memberitahu bahawa kembali semula serta menyebabkan kematian kanak-kanak.

Doktor tersebut berkata bahawa terdapat vaksin yang selamat dan berkesan untuk mengelakkan jenis penyakit ini, tetapi semakin ramai ibu bapa masih memutuskan untuk tidak memberi vaksin kepada anak-anak mereka.

4. Australia adalah palsu dan penduduknya adalah pelakon

ramai masih percaya australia adalah palsu

Walaupun kita sudah menghampiri tahun 2020, namun masih terdapat mereka yang percaya bahawa Australia tidak wujud.

Menurut Universiti Ohio, teori mereka mengatakan bahawa apabila Australia ditubuhkan sebagai jajahan British, British sebenarnya membunuh kesemua tahanan mereka dan tiada kewujudan pulau yang dikatakan sebagai Australia.

Kepercayaan aneh ini telah dimasukkan ke dalam beberapa majalah popular.

Kebenarannya adalah, tiada apa yang perlu dibuktikan lagi kerana sudah berjuta-juta orang sampai ke negara kangaroo ini. Dan sudah tentu, bukti yang paling pasti selain daripada menjejakkan kaki ke negara pulau ini adalah pandangan dari satelit NASA.

5. Raksasa Loch Ness benar-benar wujud

raksasa loch ness

Masih ada orang yang percaya dengan cerita rakyat tentang Raksasa Loch Ness. Makhluk gergasi itu dikatakan tinggal di tasik di Loch Ness di Scotland.

Segala-galanya bermula dengan gambar yang diambil oleh seorang doktor yang melawat kawasan itu, dan sejak itu ramai yang mendakwa telah melihatnya.

Kebenarannya adalah Raksasa Loch Ness tidak wujud. Ketika gambar tersebut diambil, amat sukar untuk melihat sama ada ia adalah palsu atau tidak.

Walau bagaimanapun, menurut kajian yang dilakukan kemudian, gambar tersebut kelihatan seperti dihasilkan dan bukannya diambil.

Beberapa ahli sains biologi juga telah meninjau kawasan untuk mengumpul DNA dan mendapati bahawa apa yang dilihat oleh mereka yang mendakwa melihat raksasa tersebut kemungkinan besar adalah belut gergasi atau anjing laut.

6. Pemanasan global tidak wujud

pemanasan global wujud

Amat mengejutkan untuk kita ketahui bahawa sesetengah orang masih menafikan bahawa pemanasan global adalah nyata dan alam semula jadi tidak dipengaruhi oleh perubahan dahsyat yang dilakukan manusia.

Mereka ini yang menggelarkan diri mereka sebagai "Skeptis Perubahan Iklim", memerangi sains bersama dengan syarikat minyak dan industri yang berada di senarai teratas. 

Kebenarannya adalah, terdapat banyak kajian yang membuktikan bahawa perubahan iklim adalah nyata dan disebabkan oleh aktiviti manusia.

Pelepasan gas rumah hijau adalah penyebab utama pemanasan yang berlaku di Bumi.

Persetujuan umum mengenai perubahan iklim wujud dengan lebih daripada 11,600 artikel dan hasil penyelidikan yang membuktikan pemanasan global adalah sangat jelas dan mempengaruhi kita semua.

Rujukan:

1. NASA

2. Loch Ness Monster

3. Flat Earth Society



Hakcipta iluminasi.com (2017)