Kevin-Prince Boateng pernah mendakwa bahawa menjaringkan gol sama perasaannya seperti bercinta, walaupun dengan cara yang lebih kasar menunjukkan bahawa menjaringkan gol memang sesuatu yang sangat istimewa apabila menyaksikan bagaimana pemain cenderung meraikannya dengan sepenuh hati.
Setiap pemain mempunyai gaya sendiri untuk menikmati jaringan yang dilakukan. Ada yang membuat luncuran, ada yang memberi tabik hormat, ada yang seolah mencium cincin di jari atau tatu pada badan mereka dan sebagainya. Walau bagaimanapun, kadang-kadang, keseronokan itu boleh bertukar menjadi sesuatu yang menakutkan apabila mereka tercedera ketika meraikannya.
Di sini adalah 5 contoh kejadian seperti itu...
#5 Martin Palermo
Salah seorang pemain yang sangat digemari oleh Diego Maradona - dimana jaringannya yang hampir memastikan Argentina layak ke Piala Dunia 2010 - Martin Palermo telah terlepas aksi pada Piala Dunia 2002 selepas cedera ketika bermain untuk kelabnya, Villarreal.
Pemain Argentina yang sudah bersara ini menjaringkan gol dalam masa tambahan pada perlawanan Copa del Rey menentang Levante dan berlari untuk meraikannya dengan para peminat. Namun semuanya terbantut apabila dinding konkrit kecil jatuh ke atasnya dan memecahkan tibia dan fibula - yang menyaksikannya tidak dapat beraksi selama 6 bulan.
Beliau kembali beraksi pada musim berikutnya, tetapi sudah terlepas Piala Dunia dan tidak dapat benar-benar mengembalikan prestasi yang menjadikannya antara penyerang yang paling berbahaya di Argentina.
#4 Lua Lua
Ketika itu, Harry Redknapp adalah pengurus Portsmouth dan pasukannya sedang menghadapi Arsenal dalam perlawanan Liga Perdana. Tentunya, anak-anak didik Wenger ingin mengukuhkan kedudukan mereka sebagai pasukan keempat terbaik di England - dan Portsmouth pula sedang berusaha mengelakkan penyingkiran.
Dan mereka berjaya mengatasi kemaraan Arsenal, tetapi ia terpaksa dibayar dengan harga yang mahal. Pemain yang menjaringkan gol untuk Pompey adalah Lomana Lua Lua. Walaupun bukan antara penyerang yang mempunyai kelebihan ketinggian, beliau berjaya melompat lebih tinggi dari pertahanan Arsenal dan menanduk bola menewaskan penjaga gawang.
Namun, apa yang berlaku selepas itu adalah komedi yang agak tragis. Lua Lua melakukan aksi akrobatik, walaupun sebelum itu bersumpah untuk tidak melakukannya sehingga pasukannya selamat dari zon penyingkiran(mereka tetap tersingkir), dan mencederakan pergelangan kakinya ketika aksi tersebut.
#3 Nicolai Muller
Ini adalah kes terbaru dalam semua kejadian di dalam senarai ini.
Selepas menjaringkan gol pembukaan - dan juga satu-satunya gol selepas tamat perlawanan, Nicolai Muller, bermain untuk Hamburg, berlari menuju ke tiang di sudut padang di sebelah kirinya lalu melakukan beberapa pusingan yang seolah-olah tidak dirancang, seperti yang lakukan ketika bermain dengan anak. Namun, perkara yang mengejutkan ialah ketika beliau melompat sambil berputar dan mendarat lalu menyebabkan lututnya terkilas.
Hasilnya? Satu kecederaan ACL yang menyebabkan beliau tidak dapat beraksi selama 7 bulan yang akan datang dan juga berpotensi menamatkan kerjayanya sebagai pemain bola sepak.
#2 Celestine Babayaro
Beberapa perkara dalam kehidupan ini kadang-kala tidak masuk akal. Sebagai contoh, sumbangan nyamuk dalam rantaian makanan, bagaimana Donald Trump berjaya menjadi presiden Amerika Syarikat, meraikan gol dalam perlawanan persahabatan pra-musim dan merayakan gol dengan aksi akrobatik yang sangat 'berani'.
Tetapi apabila dua perkara terakhir di atas digabungkan menjadi satu, ia menjadi satu saat yang sangat menakutkan. Itulah yang terjadi kepada Celestine Babayaro yang sangat berbakat bagu peminat Chelsea ketika beliau meraikan gol dengan melakukan aksi meraikan gol 'trade-mark' beliau ketika perlawanan persahabatan pra-musim untuk Chelsea.
Beliau baru sahaja menyertai Blues dan bermain dalam pra-musim pertamanya untuk pasukan London tersebut, tetapi mencederakan kakinya sendiri(kakinya patah) ketika meraikan golnya.
#1 Paolo Diogo
Biasanya, anda tidak akan melompat melepasi pagar untuk meraikan gol dengan peminat selepas menonton aksi ini (jika insiden Martin Palermo tidak mencukupi untuk anda). Selepas hanya membuat bantuan gol (assist), Paulo Diogo, bermain untuk Servette FC, melompat dan berpaut di puncak pagar logam yang memisahkan para peminat dari padang.
Perkahwinan sering dilabelkan sebagai perpisahan dari kebebasan, tetapi dalam kes ini, ia menjadi 'perpisahan' di jarinya apabila cincin perkahwinan Diogo terlekat di pagar- tanpa diketahuinya. Ketika beliau melompat turun dari pagar tersebut, sebahagian jarinya 'terpisah'. Petugas medik kemudian merawatnya, tetapi doktor tidak dapat menyambungnya semula. Dan, untuk menambah garam pada luka, pengadil memberinya kad kuning kerana membuang masa dengan sambutan yang berlebihan.
Rujukan: m.sportskeeda.com