Walaupun kelab bola sepak lebih dominan dengan kedua-dua peminat dan pemain, mendapat panggilan antarabangsa masih merupakan puncak karier bagi pemain. Ramai pemain hebat memahat nama mereka dengan beraksi cemerlang untuk negara mereka.
Namun ada juga pemain yang hebat tetapi gagal untuk mendapatkan panggilan kebangsaan dalam kerjaya mereka. Dalam senarai ini, kita melihat beberapa pemain terbaik yang bermain di Liga Perdana tetapi tidak mewakili negara mereka.
5. Charlie Austin
BESARKAN TEKS A- A+
Beliau membuat kemunculan pertamanya di Liga Perdana dengan QPR. Austin menjaringkan 18 gol, menduduki tempat keempat dalam senarai penjaring terbanyak. Walaupun dia gagal mengekalkan QPR dalam liga, dia mendapat banyak pujian daripada pakar-pakar bola sepak.
Dia telah membuktikan dirinya sebagai pemain penyerang yang konsisten tetapi mendapati dirinya semakin ketinggalan selepas kecederaan memusnahkan panggilan antarabangsa pertamanya pada 2014-15.
Jamie Vardy tampil cemerlang ketika Austin bergelut di Liga Kejohanan dan bertarung melawan kecederaan ketika Harry Kane dan Marcus Rashford muncul lalu terus membatasi peluangnya. Dia dinamakan di bangku simpanan untuk perlawanan kelayakan Euro 2016 tetapi tidak membuat penampilan.
Apa yang menyedihkan Austin adalah fakta bahawa pemain seperti David Nugent dan Jay Bothroyd, yang kedua-duanya bukanlah pemain terbaik mempunyai kaps untuk England manakala dia tidak memilikinya.
4. Paolo Di Canio
Pemain sayap Itali ini menghabiskan masa tujuh tahun di England bermain untuk West Ham United, Sheffield Wednesday dan Charlton Athletic. Memulakan kerjayanya di Lazio,warga Itali yang penuh kontroversi ini kemudiannya mewakili Milan, Napoli dan Celtic sebelum bermain untuk Sheffield Wednesday pada tahun 1997.
Di Canio menandatangani kontrak untuk West Ham satu musim kemudian dan menjaringkan 12 gol, memainkan peranan besar ketika kelab timur London itu meraih tangga ke-5 dalam liga dan layak ke Piala UEFA.
Semasa kariernya di Itali, dia bermain untuk pasukan gergasi seperti Milan, Juventus dan Napoli dan berjaya dalam semua tugasnya di sana.
Di Canio dipuji sebagai wira West Ham oleh bekas bos Harry Redknapp dan Jermain Defoe yang mendakwa profesionalisma Di Canio mempengaruhi anggota skuad yang lebih muda. Sikapnya yang panas baran mungkin menjadi alasan mengapa beliau tidak dipanggil menganggotai pasukan kebangsaan selepas digugurkan dari permainan dalam skuad muda Itali selepas beberapa perselisihan.
3. Carlo Cudicini
Carlo Cudicini adalah pemain nombor 1 Chelsea sehinggalah ketibaan Petr Cech. Penjaga gawang Itali itu dikhabarkan akan mewakili England selepas persembahannya yang mengagumkan untuk Chelsea. Malah, bekas pengurus England, Sven Goran Eriksson mengaku telah berusaha sedaya upaya mencari jalan untuk memasukkan Cudicini ke dalam pasukan England kerana beliau jauh lebih bagus daripada semua penjaga gol pilihan England ketika itu.
Cudicini adalah pemain tetap untuk Itali U-18 dan bermain sekali untuk pasukan Itali U-21. Beliau dinamakan Penjaga Gol Terbaik pada 2002-2003. Walau bagaimanapun, beliau tidak mendapat panggilan untuk Piala Dunia 2002 meskipun berada di puncak prestasi. Ini adalah kerana Buffon, yang masih merupakan penjaga gol utama Itali dan Francesco Toldo di kedudukan kedua. Cudicini juga disenaraikan sebagai antara penjaga gol terbaik sepanjang masa di Liga Perdana .
Kecederaan menghalang kemajuannya dan Cudicini, walaupun tidak bermain dengan potensi penuhnya adalah penjaga gol yang sepatutnya mempunyai sekurang-kurangnya beberapa kaps antarabangsa.
2. Mikel Arteta
Mikel Arteta gagal menembusi 'tembok' tengah yang terdiri daripada Andres Iniesta, Xavi, Xabi Alonso dan Sergio Busquets dalam usahanya untuk mewakili Sepanyol. Arteta adalah pemain yang hebat, dianggap akan menjadi pemain terbaik di Everton.
Beliau tiba di Merseyside pada tahun 2005, menyertai Toffees sebagai pemain pinjaman. Prestasinya yang bagus menjadikannya pemain tetap dan kekal selama enam tahun di kelab tersebut. 162 penampilan, 27 gol dan dikenali sebagai pemimpin dalam bilik persalinan. Dia membuat perpindahan ke Arsenal pada tahun 2011, dan bersara di sana.
Arteta juga dikaitkan dengan panggilan ke skuad England di bawah peraturan kewarganegaraan lima tahun. Kecederaan sebelum Euro 2008 merosakkan peluang yang paling hampir untuknya membuat penampilan antarabangsa.
Arteta adalah antara beberapa bintang berbakat yang gagal mendapat panggilan skuad kebangsaan Sepanyol kerana fenomena Barcelona pada akhir 2000 dan awal dekad ini.
1. Steve Bruce
926 Kemunculan, 4 Piala Liga, 3 Piala FA, 1 Piala Pemenang Piala Eropah, 1 Piala Super Eropah, 3 Perisai Komuniti, 3 Liga Juara-Juara dan tiada aksi Antarabangsa. Steve Bruce dianggap sebagai pemain pertahanan tengah terbaik di era Liga Perdana Inggeris dan dianggap sebagai legenda Manchester United.
Beliau bersara pada 1997, menamatkan kerjayanya di Sheffield United. Bruce tidak mendapat sebarang panggilan antarabangsa sehinggalah umurnya hampir 35 tahun ketika England dijangka menentang Nigeria. Beliau menolak peluang itu kerana belaiu percaya bahawa panggilan itu dibuat atas alasan simpati. Steve Bruce dinamakan dalam Pasukan Liga Perdana Terbaik Dekad antara 1990-2000 oleh PFA.
Tanpa diketahui sebabnya, Bruce mungkin salah satu bintang Liga Perdana terbaik yang tidak pernah memenangi kaps antarabangsa.
Rujukan: m.sportskeeda.com