Setiap tahun, berpuluh-puluh juta Ringgit dibelanjakan di acara lelongan untuk membeli segala-galanya bermula dari kereta hinggalah kepada senjata.
Dalam banyak kes, berjuta-juta Ringgi dibelanjakan hanya untuk satu item.
Pedang adalah senjata yang tidak banyak digunakan dalam zaman kontemporari, kecuali dalam dunia seni mempertahankan diri dan sebagai simbolik untuk cabang-cabang ketenteraan tertentu di seluruh dunia.
BESARKAN TEKS A- A+
Walaupun sudah ditelan zaman, namun nilai pedang-pedang ini tidak hilang di mata pengumpul seni dan barangan antik. iluminasi.com kongsikan 5 pedang paling mahal pernah dijual dalam sejarah.
5. The Gem of The Orient Knife – RM8.8 juta
Jika kita mengira pedang mana paling mahal di dunia berdasarkan saiz dan berat, pedang atau lebih tepat pisau ini sudah pasti menjadi pemenangnya.
Walaupun harga jualannya iaitu RM8.8 juta jauh lebih rendah daripada pedang termahal di dunia di kedudukan pertama senarai ini, namun ia lebih bernilai bagi setiap gram berbanding yang lain.
Apa yang menarik tentang pisau ini adalah hakikat bahawa usianya yang tidak terlalu tua. Pisau ini dibuat pada tahun 1966 oleh salah seorang pembuat pisau paling hebat dalam sejarah, Buster Warenski.
4. Pisau Shah Jahan - RM13.8 juta
Ia tidak selalunya mengenai betapa besarnya saiz sesuatu produk. Ketukangan dan keseimbangan pedang ini adalah sangat luar biasa.
Pedang milik Shah Jahan, salah seorang daripada maharaja terbesar dalam sejarah kerajaan Mughal, yang mencapai puncaknya antara tahun 1627 dan 1657.
Reka bentuk elegen pedang ini mencirikan bilah perak dan dihiasi dengan emas. Sejak ia ditemui, pedang ini telah dijual sebanyak 5 kali, dengan penjualan terakhir mencapai nilai RM13.8 juta.
Pedang ini mempunyai sejarah yang kaya dan anda perlu menjadi kaya untuk memilikinya. Tiada apa yang murah apabila ia melibatkan artifak kuno.
3. "Ear Dagger" zaman Nasrid abad ke-15 – RM25 juta
Apabila melibatkan sejarah ke Nasrid, pedang "Ear Dagger" ini mungkin merupakan sumbangan paling eksklusif yang pernah dibuat.
Pedang ketiga termahal di dunia ini berasal dari Afrika Utara. Walaupun kesederhanaan pedang ini agak jelas, namun usia dan keunikan pedang ini menambah nilainya yang tinggi.
Pemegangnya diperbuat daripada cakera yang diratakan yang bertentangan antara satu sama lain yang menyerupai sepasang telinga, memberikan nama pedang ini.
Menurut sejarah, orang Sepanyol menggunakan senjata ini pada abad ke-15 dan ke-16. Pedang ini dijual dalam satu lelongan pada tahun 2010 dengan harga RM25 juta.
2. Pedang Napoleon Bonaparte – RM27.2 juta
Rujukan kepada nama Napoleon Bonaparte sahaja sudah menambahkan nilai kepada karya seni yang indah ini. Apa yang menakjubkan adalah jumlah artisan yang ramai yang menyumbang kepada penghasilan pedang ini satu ketika dahulu.
Pedang yang dikatakan milik maharaja Perancis ini adalah pedang kedua paling mahal di dunia, yang dijual dalam acara lelongan dengan harga RM27.2 juta.
Pedang ini berusia lebih daripada 200 tahun dan reka bentuknya agak mewah. Kedua-dua bahagian pedang dan sarungnya direka dengan rumit dan dibuat dengan tangan dengan butiran terperinci yang menakjubkan.
Pemegang pedang ini bertatahkan emas. Satu lagi perkara menarik adalah dakwaan bahawa Napoleon benar-benar menggunakan pedang ini semasa pertempuran.
1. Pedang Boateng abad ke-18 - RM32 juta
Sehingga kini, pedang abad ke-18 ini diiktiraf sebagai pedang paling mahal di dunia. Ia pada asalnya dijual dengan harga RM23 juta dan dua tahun pada tahun 2008, ia dijual dengan harga RM32 juta.
Pedang ini dihasilkan ketika zaman pemerintahan Qianlong antara tahun 1736 hingga 1795. Reka bentuk hitam berbentuk "S" dilengkapi dengan pemegang diperbuat daripada jed dan bilah yang dihiasi dengan emas, tembaga dan perak bertatahkan.
Seperti yang anda boleh bayangkan, banyak kerja pemeliharaan yang dilakukan terhadap pedang tersebut untuk memastikan ia kekal bertahan.
Bukan sahaja harga yang tersangat mahal ini disumbang oleh pedang ini yang jarang ditemui, kualiti dan pertukangannya yang dipaparkan serta logam berharga juga memainkan peranan penting dalam memperkuat nilai pedang termahal di dunia ini.
Rujukan:
2. Alux