Oleh pada 16 May 2017 kategori

Jika anda hendak menyediakan makanan pastikan bahan yang anda sediakan itu selamat. Bagaimana nak menjaga tahap keselamatan makanan? Jangan ambil mudah perkara ini. Mari kita  ikuti tips yang sangat berguna yang dikongsikan untuk anda.

keselamatan makanan 742

Jaga Kebersihan

Perkara paling asas sekali dalam penyediaan makanan adalah dengan menjaga kebersihan. Jika anda tidak menjaga kebersihan, tak mustahil makanan ada menjadi tidak selamat

basuh tangan

Basuh tangan anda sebelum dan selepas menyediakan makanan. Jika anda masuk ke tandas, pastikan basuh tangan anda dengan sabun selepas keluar dari tandas.

Cuci peralatan yang digunakan untuk menyediakan makanan dengan bersih dan anda perlu melindungi kawasan dapur dan makanan daripada dicemari oleh serangga, tikus dan lain-lain.

Asingkan Makanan Mentah Daripada Makanan Yang Sudah Dimasak

asingkan papan pemotong

Asingkan makanan mentah seperti ayam, daging dan makanan laut daripada makanan yang telah dimasak atau makanan yang dimakan terus seperti ulam dan buah-buahan yang telah dipotong.Guna perkakas dapur yang berasingan seperti pisau dan papan pemotong untuk menyediakan makanan yang mentah.

Anda perlu menyimpan makanan dalam bekas bertutup untuk mengelakkan makanan mentah bersentuhan dengan makanan yang telah dimasak. Kenapa anda perlu lakukan sedemikian?

Makanan mentah seperti daging, hasil ayam dan makanan laut serta air lelehannya mengandungi kuman berbahaya yang boleh mencemarkan makanan lain semasa penyediaan dan penyimpanan makanan.

Masak Dengan Cara Yang Betul

semak suhu daging yang dimasak

Masak makanan dengan sempurna sepenuhnya terutama daging, hasil ayam, telur dan makanan laut. Masak makanan berkuah dan sup sehingga mendidih. Bagi daging dan hasil ayam, pastikan air rebusannya kelihatan jernih dan bukan berwarna merah jambu.

Masak makanan yang hendak dipanaskan semula dengan sempurna.Masak makanan seperti burger, daging kisar, ayam panggang dan bahagian tertentu daging sepenuhnya sebelum dimakan.

Anda perlu bertindak, mengapa? Memasak makanan dengan sempurna dapat membunuh semua bakteria berbahaya.

Simpan Makanan Pada Suhu Yang Selamat

simpan makanan pada suhu yang selamat

Simpan makanan yang telah dimasak dan cepat rosak di dalam peti sejuk (pada suhu di bawah 5°C). Kekalkan suhu makanan yang telah dimasak lebih daripada 60°C sebelum dihidangkan. Anda juga tidak harus membiarkan makanan lebih daripada 2 jam pada suhu bilik.

Elakkan menyimpan makanan yang telah dimasak atau lebihan makanan dalam peti sejuk melebihi 3 hari dan tidak menyimpan makanan sejukbeku yang telah dicairkan pada suhu bilik.

Mengapa? Pada suhu bilik, kuman boleh membiak dengan cepat. Pertumbuhan kuman akan berkurangan atau terhenti pada suhu di bawah 5°C atau atas 60°C. Namun begitu, terdapat beberapa jenis bakteria yang masih boleh hidup di bawah suhu 5°C.

Gunakan Air dan Bahan Mentah yang Selamat

wash fruits

Pastikan anda menggunakan air yang bersih atau yang telah dirawat. Anda juga perlu memilih bahan makanan mentah yang segar dan selamat dimakan.

Harus diingatkan supaya membasuh sayur-sayuran terlebih dahulu, terutamanya jika dimakan mentah. Jika anda ingin memakan buah, pastikan anda membasuh dan kupas kulit buah-buahan bagi mengurangkan pencemaran makanan.

Elakkan makanan yang telah tamat tarikh luputnya. Mengapa anda perlu bertindak sedemikian?

Bahan mentah termasuk air dan ais boleh tercemar oleh kuman dan bahan-bahan kimia berbahaya. Bahan toksik boleh terhasil pada makanan yang berkulat dan rosak.

Rujukan :

Lima Panduan Makanan Yang Selamat, Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, Kementerian Kesihatan Malaysia, 2011.

Five keys to safer foods. 2006. Department of food safety, zoonoses and foodborne diseases. World Health Organization.

J. Schlundt(1), H. Toyofuku (2), J. Jansen (2) & S.A. Herbst(3) Emerging food borne zoonoses. Journal of Revision Science and Technology of Epidemiology. 2004. 513-533.

Ana Marušić. Food safety and security: what were favourite topics for research in the last decade?. Journal of Global Health. 2011.72-78.


tags : , , , ,



Hakcipta iluminasi.com (2017)