Orang Malaysia bangga dengan kedudukan negara kita, yang kerap kali dipuji sebagai negara model dalam memupuk perpaduan kaum dan semangat majmuk.

Berbeza dengan negara kita dan banyak negara lain, wujud sebenarnya negara yang mempunyai identiti dan sifat yang berlawanan dengan apa yang kita banggakan. Sekiranya negara kita adalah sebuah negara 'multi-etnik', wujud disatu sudut berbeza negara yang layak dikatakan sebagai negara 'mono-etnik.'

BESARKAN TEKS     A-  A+

Tidak ada satupun negara di dunia mempunyai jumlah populasi yang menyamai 100% penduduk datang dari satu kaum sahaja - tetapi banyak negara yang hampir dengan angka tersebut. Berikut adalah lima negara paling tidak majmuk, di seluruh dunia yang didominasi hanya oleh satu bentuk etnik sahaja.

5. Mongolia (96% Mongol)

orang mongolia majmuk satu kaum

Mongolia mempunyai sejarah yang panjang, pernah menjadi salah satu tamadun antara yang terbesar di dunia sebelum tumbang selepas pengaruh mereka mula berkurangan. Satu masa dahulu pernah menjajah dan menguasai negara China, orang Mongol melalui pelbagai jenis era berbeza, dengan penubuhan Empayar Mongol sekitar abad 13 dan 14 sebelum tiba ke era Dinasti Qing yang sangat luas taklukannya.

Agama majoriti masyarakat Mongol adalah agama Buddha sebanyak 53% dengan majoriti kedua iaitu 38.6% memilih untuk menjadi seorang tiada agama. Bahasa Mongolia menjadi bahasa rasmi mereka tak kira di mana-mana, dengan penggunaan sistem tulisan mereka sendiri yang menggunakan huruf-hufur Mongol.

4. Bangladesh (98% Bengali)

orang bangladesh bengali

Istilah 'Banggali' seringkali digunakan masyarakat kita sejak zaman dahulu lagi bagi merujuk kepada orang-orang dari kawasan Asia Selatan, meliputi negara seperti India dan Pakistan. Bagaimanapun, Bangladesh merupakan negara terbesar di mana orang Bengal atau 'Bengali' tinggal, dengan peratusan hampir 98% penduduk Bangladesh datang dari rumpun serupa.

Mempunyai populasi yang kelapan terbesar dunia iaitu sekitar 162 juta penduduk, 89% daripadanya adalah umat Islam dengan 9 peratus lagi menganut agama Hindu. Etnik Bengali mengamalkan penggunaan bahasa Bengali dengan sistem tulisan huruf Bengali, dengan kedua-duanya dipercayai sudah pun berusia hampir 1,300 tahun lamanya.

3. Armenia (98.1% Armenia)

orang armenia mono etnik

Sebuah negara kecil yang hanya mempunyai jumlah penduduk sekitar 2.9 juta orang, Armenia didominasi oleh etnik Armenia yang berjumlah 98.1% daripada jumlah populasi, selebihnya adalah kaum minoriti dari etnik Yazidi, Russia dan lain-lain.

Dalam sejarahnya, Armenia menjadi negara pertama di dunia yang mengisytiharkan negara mereka sebagai negara orang Kristian sekitar abad ke 3, jadi sehingga kini etnik Armenia masih lagi berpegang kepada ajaran tersebut.

Berikutan sifat dan populasi etnik yang bersifat hampir tunggal, orang Armenia mempunyai bahasa mereka sendiri iaitu bahasa Armenia dan sistem tulisan Armenia yang seakan-akan menyerupai huruf rumi, kerana dimodelkan daripada sistem tulisan orang Greek.

2. Jepun (98.1% Jepun)

jepun negara tidak berbilang kaum

Negara yang satu ketika dulu pernah bergelar penjajah negara kita, negara Jepun mempunyai etnik Jepun sebagai kaum dominan dalam sistem sosial masyarakat mereka. Jumlah populasi mereka juga agak besar, dengan 129 juta orang dilaporkan pada tahun 2019.

Masyarakat Jepun mempunyai sistem tulisan yang agak kompleks, mengamalkan penggunaan tulisan 'hiragana' dan 'katakana' serta pengambilan sistem tulisan Cina yang mereka namakan sebagai 'kanji', yang menggunakan simbol sebagai huruf.

Sehingga ke hari ini, masyarakat Jepun boleh dikatakan sangat berpegang teguh dengan bahasa dan tulisan mereka, kekal menggunakannya sebagai bahasa asal dalam pelbagai format - walaupun Jepun adalah antara pengeksport 'pop-culture' paling berpengaruh dunia.

1. Lesotho (99.7% Basotho)

orang lesotho tidak berbilang kaum dan etnik

Sebuah negara kecil yang sempadannya di kelilingi negara-negara lain, Lesotho hanya mempunyai 2.2 juta orang penduduk. Satu masa dulu dikenali dengan nama Basutholand sebelum menukar nama kepada Lesotho yang membawa makna 'masyarakat yang berbahasa Sesotho'.

Negara ini mempunyai peratusan tertinggi masyarakat mono-etnik dunia, dengan 99.7% populasi mereka adalah etnik Basotho dengan 45% daripadanya mengamalkan aliran Protestan dan 45% lagi Katolik.

Seperti makna nama negaranya, bahasa rasmi mereka adalah Sesotho tetapi berbeza dengan negara mono-etnik lain dalam senarai ini, Lesotho tidak mempunyai sistem tulisan mereka yang eksklusif, menggunakan huruf Latin sebagai sistem tulisan mereka dengan beberapa perbezaan dialek dan cara sebutan, membezakan cara pembacaannya.




Hakcipta iluminasi.com (2017)