bandingan megalosaurus dan manusia

(Perbandingan saiz Megalosaurus dan manusia)

Apabila tulang dinosaur pertama dihuraikan pada tahun 1676, ia disangkakan berasal dari gajah atau mungkin gergasi.

Lebih dari seabad kemudian, para saintis menyedari bahawa fosil tersebut berasal dari makhluk yang mereka namakan sebagai Megalosaurus yang digambarkan sebagai biawak gergasi.

Kemudian pada tahun 1842, ahli anatomi terkemuka Richard Owen mengenal pasti Megalosaurus sebagai sebahagian daripada kumpulan haiwan yang baru, yang dinamakan beliau sebagai Dinosauria atau "Biawak yang dahsyat".

ilustrasi tulang dinosaur pertama yang diterbitkan

(Ilustrasi tulang dinosaur pertama yang diterbitkan pada tahn 1677)

Sejak itu, sekitar 700 spesis dinosaur berlainan telah ditemui. Gambaran kita mengenai dinosaur juga telah berubah dengan begitu drastik.

iluminasi.com kongsikan 5 mitos tentang dinosaur yang ramai tak tahu.

1. Semua dinosaur bersaiz gergasi

argentinosaurus

(Argentinosaurus)

Apabila mendengar nama dinosaur, kita cenderung untuk memikirkan haiwan yang bersaiz besar dan sememangnya banyak daripadanya bersaiz sedemikian.

Tyrannosaurus rex bersaiz 12 meter panjang dan beratnya melebihi dari 5 tan, bersaiz seekor gajah dan berkemungkinan bukan karnivor yang terbesar.

Argentinosaurus yang sangat besar dianggarkan mempunyai panjang 30 meter dan berat 80 tan. Saiz ini adalah melebihi mana-mana haiwan darat.

Namun, tak semua dinosaur bersaiz gergasi. Dinosaur bertanduk iaitu Protoceratop mempunyai saiz sebesar kambing biri-biri.

hesperonychus yang dikatakan bersaiz seekor kucing

(Hesperonychus yang dikatakan bersaiz seekor kucing)

Velociraptor pula sebesar anjing golden retriever dan terpaksa dibesarkan untuk Jurassic Park untuk membuatkannya kelihatan lebih menakutkan.

Penemuan baru-baru ini mendedahkan banyak spesis dinosaur yang kecil, seperti Hesperonychus yang bersaiz seekor kucing, Tianyulong yang bersaiz seekor arnab dan Parvicursor bersaiz burung puyuh.

Malah, dinosaur bersaiz kecil lebih banyak berbanding bersaiz gergasi. Namun, dinosaur seperti T.Rex lebih cenderung untuk diawet dan lebih mudah dilihat kerana saiznya yang besar.

2. Semua dinosaur bersisik

sinosauropteryx dinosaur berbulu

(Sinosauropteryx dinosaur berbulu)

Apabila dinosaur mula-mula ditemui, ia jelas kelihatan bahawa kerana ia mempunyai kaitan dengan buaya dan biawak, dinosaur mesti bersisik.

Dan banyak dinosaur termasuklah duckbills, dinosaur bertanduk, sauropod, dan dinosaur berperisai, mempunyai kesan bersisik.

Tetapi pada tahun 1970-an, para ahli paleontologi mula tertanya-tanya sama ada sesetengah dinosaur mungkin berbulu, seperti burung.

Tanggapan ini dianggap sebagai satu spekulasi liar pada masa itu, tetapi pada tahun 1997 seekor dinosaur karnivor kecil bernama Sinosauropteryx ditemui tidak bersisik, tetapi berbulu lembut.

Sejak itu, bulu-bulu telah ditemui pada dinosaur pemakan tumbuhan seperti ornithopods, heterodontosaur bertaring dan banyak keluarga dinosaur karnivora termasuk Tyrannosauridae.

Ini bermakna T. rex mungkin mempunyai bulu dan bukannya bersisik. 

3. Semua dinosaur berwarna hijau dan coklat

warna dinosaur yang pelbagai

Lukisan-lukisan awal dinosaur dilihatkan mempunyai warna-warna suram seperti kelabu, hijau dan coklat.

Tetapi pada hakikatnya, warna-warna dinosaur dikatakan lebih terang dan cerah. 

Kajian ke atas sisik dan bulu dinosaur telah menunjukkan kesan melanin, pigmen yang sama yang memberikan warna kepada sisik biawak, bulu burung dan rambut kita.

Analisis menunjukkan bahawa dinosaur mempunyai pelbagai warna termasuk hitam, putih, dan warna halia. Beberapa dinosaur juga mempunyai pada bahagian bulu. 

4. Dinosaur tidak menjaga anak

oviraptop

Kebanyakan reptilia menanamkan telur-telurnya dan berlalu pergi, meninggalkan anak-anak untuk menjaga diri mereka sebaik mungkin.

Cara ini adalah sangat berisiko. Sebagai contoh, penyu terpaksa bertelur beribu-ribu sepanjang hayatnya dan hanya beberapa ekor sahaja yang berjaya membesar.

Satu ketika dahulu, dinosaur juga dipercayai menggunakan cara yang sama, tetapi kini kita tahu bahawa ia adalah tidak benar.

Saudara dinosaur yang masih hidup iaitu burung dan buaya, menjaga telur-telur dan anak-anak. Jadi, adalah munasabah untuk kita membuat andaian bahawa dinosaur juga bertindak sedemikian.

Dan kini, terdapat bukti untuk perkara ini. Apabila ekspedisi ke Gurun Gobi menemui seekor dinosaur berada di atas telur-telur, para pakar beranggapan bahawa dinosaur tersebut mati ketika sedang "merompak" sarang telur tersebut.

Ia dinamakan Oviraptor, atau "pencuri telur". Namun, semakin banyak rangka-rangka ditemui di atas telur-telur tersebut seperti burung sedang mengeram telur.

Rupa-rupanya, Oviraptor tersebut bukan cuba untuk memakan telur-telur itu tetapi melindunginya.

5. Semua dinosaur telah pupus

burung adalah dinosaur

Dikatakan bahawa asteroid telah melenyapkan dinosaur, termasuklah T.rex, Triceratops dan yang lain-lain. Namun sekumpulan dinosaur kecil yang berbulu, kemungkinan kurang daripada sedozen spesis terselamat.

Spesis-spesis tersebut adalah burung, saudara T.rex dan Velociraptor yang boleh terbang serta merupakan keturunan langsung dinosaur.

Malah, spesis ini bukan sahaja terselamat tetapi juga berkembang kepada berpuluh-puluh ribu spesis burung yang ada pada hari ini.

Rujukan:

1. Mitos Tentang Dinosaur

2. Mengapa Kita Percaya Semua Dinosaur Bersisik

3. Penemuan Fosil Dedahkan Warna Dinosaur



Hakcipta iluminasi.com (2017)