Menurut statistik, wanita di Amerika Syarikat menangis kira-kira 3.5 kali setiap bulan, manakala lelaki pula menangis 1.9 kali setiap bulan.
Walaubagaimanapun, masyarakat memandang tindakan menangis ini sebagai satu tanda kelemahan. Namun, jika anda berasa seperti hendak menangis, jangan tahan air mata anda dan biarkan ia berlaku.
Ini kerana menangis mempunyai banyak manfaat kesihatan yang kita tak tahu. iluminasi.com kongsikan 5 manfaat kesihatan melalui menangis.
BESARKAN TEKS A- A+
1. Tekanan
Satu kajian pada tahun 2014 mendapati bahawa menangis boleh membantu kita menjadi lebih relaks ketika tertekan.
Hasil daripada menangis bukanlah serta-merta dan ia mungkin mengambil masa beberapa minit sebelum tubuh badan anda menjadi tenang dan relaks.
Menurut para penyelidik, apabila kita menangis, sistem saraf parasympatetik (PNS) akan diaktifkan. Apabila ia diaktifkan, PNS mempunyai kesan yang sangat menenangkan pada otak.
2. Tekanan darah tinggi
Masalah tekanan darah tinggi adalah antara yang paling umum terutamanya bagi kalangan orang yang berusia.
Tekanan darah tinggi boleh membawa kepada beberapa masalah kesihatan yang serius seperti strok, serangan jantung, kegagalan jantung, demensia dan juga kegagalan buah pinggang.
Tetapi ada berita gembira di mana menurut beberapa kajian, menangis dapat merendahkan tekanan darah dan memastikan ia berada di paras normal.
Malah, jika anda menangis dengan kuat, ia boleh membuatkan nadi anda menjadi stabil.
3. Toksin terkumpul
Air mata yang mengalir dari mata anda ketika menangis boleh membersihkan serpihan-serpihan seperti asap dan debu dari mata.
Selain itu, apabila kita menangis, air mata akan mengalirkan toksin yang terkumpul di dalam badan akibat tekanan.
Penyingkiran toksin ini membantu mengurangkan tahap kortisol dalam badan yang mana menghasilkan mood yang lebih ringan.
Oleh itu, tidak hairanlah bahawa rasa beban akan hilang selepas sahaja kita menangis.
4. Perubahan mood
Jika anda tertanya-tanya mengapa tingkah laku anda berubah menjadi agresif dan anda terus berasa cemas serta marah, anda perlu tahu bahawa tiada jawapan yang pasti untuk persoalan ini.
Perubahan mood boleh berlaku kerana pelbagai sebab dan salah satu sebabnya adalah pengumpulan mangan dalam tubuh.
Apabila kita menangis, mangan yang berlebihan ini akan mengalir keluar dari badan bersama-sama dengan air mata.
Ini mengurangkan kepekatannya dalam tubuh dan hasilnya, ia membuatkan kita berasa lebih tenang dan fokus.
5. Kesakitan fizikal dan emosi
Perasankah anda bahawa ppabila kita mengalami kesakitan fizikal, beberapa titik air mata sering mengalir secara sukarela.
Ini adalah cara yang dilakukan oleh tubuh badan untuk mengurangkan sensasi rasa sakit.
Penyelidikan telah mendapati bahawa selain daripada menenangkan diri, mengalirkan air mata emosi akan mengeluarkan oxytocin dan endorfin.
Bahan kimia ini membuatkan orang berasa lebih baik dan juga boleh meredakan kesakitan fizikal serta emosi.
Rujukan:
1. NCBI (1)
2. NCBI (2)
3. Medline