Jika ditanyakan, kebanyakan daripada kita sudah tentu tidak mengenali jenis tulisan yang ada, apatah lagi untuk mengetahui nama-namanya. Namun, sejarah telah membuktikan bahawa jenis tulisan adalah sangat penting daripada apa yang kita jangkakan.
Ini kerana jenis tulisan atau fon kadang-kala menjadi simbol kemajuan dan kesetiaan politik.
Ia juga boleh digunakan untuk mendedahkan penipuan atau menangguhkan penghakiman mahkamah. Tak cukup dengan itu, jenis tulisan telah menyebabkan pertikaian berabad-abad lamanya, menjatuhkan kerajaan dan mencetuskan protes serta kemarahan orang ramai.
BESARKAN TEKS A- A+
iluminasi.com kongsikan 6 masalah dahsyat yang dicetuskan oleh jenis tulisan.
6. Perbalahan 200 tahun berakhir selepas campur tangan Adolf Hitler
Dari tahun 1800-an hingga Perang Dunia II, Jerman terjerat dengan kontroversi yang sangat pelik berkenaan dengan penggunaan dua jenis tulisan iaitu Fraktur dan Antiqua.
Fraktur adalah tulisan utama yang digunakan di Jerman sehinggalah kemunculan Antiqua pada abad ke-16. Antiqua telah digunapakai di bahagian Eropah lain termasuk Perancis dan Itali, dan tidak di Jerman.
Walau bagaimanapun, pencetak Jerman menggunakan Antiqua untuk mencetak perkataan bukan Jerman dan mengekalkan Fraktur untuk mencetak perkataan Jerman.
Antiqua mula mendapat perhatian di Jerman pada tahun 1800-an. Terdapat rakyat Jerman yang menentangnya kerana ia adalah tulisan pilihan untuk beberapa peristiwa politik, termasuk Revolusi Renaissance dan Revolusi Perancis.
Tentangan Jerman terhadap Antiqua menjadi lebih panas setelah Napoleon dikalahkan di Waterloo.
Golongan konservatif Jerman menganggap Antiqua sebagai simbol dari Perancis dan dianggap penggunaannya adalah tidak patriotik di Jerman.
Jerman radikal menyokong penggunaan Antiqua kerana mereka menganggapnya sebagai sesuatu yang progresif. Tidak lama kemudian, pencetak Jerman dibahagikan kepada dua tulisan ini.
Pencetak yang menggunakan Antiqua dipanggil Altschrift manakala yang menggunakan Fraktur dinamakan Frakturbund.
Frakturbund lebih mendapat sambutan berbanding Altschrift.
Pada tahun 1911, Jerman melarang Antiqua di sekolah-sekolah dan memperkenalkan tulisan Sutterlin sebagai ganti.
Nazi mendapati diri mereka berada di tengah-tengah persengketaan Fraktur-Antiqua yang hangat ketika mereka berkuasa.
Mereka menyokong Fraktur sehingga Januari 1941 apabila Adolf Hitler mengisytiharkannya sebagai skrip Yahudi. Dengan ini, mereka mengabaikan Fraktur dan beralih menggunakan Antiqua.
5. CEO syarikat kehilangan rumah kerana gunakan tulisan yang salah
Pada Disember 2017, ketua pegawai eksekutif Look Communications bernama Gerald McGoey difailkan untuk muflis.
Dia telah diperintahkan untuk menjual harta tanahnya untuk membayar hutangnya sebanyak RM22 juta.
Pihak pemiutang melantik beberapa pemegang amanah untuk mengaudit harta Gerald untuk melihat apa yang mereka dapatkan dan menemui dua buah rumah miliknya.
Walau bagaimanapun, Gerald mendakwa rumah itu milik 3 anaknya dan menyediakan kertas kerja sebagai bukti. Tidak lama, penipuannya terbongkar disebabkan satu kesilapan bodoh yang dilakukannya.
Dokumen-dokumen tersebut dicetak menggunakan jenis tulisan yang tidak wujud ketika dokumen itu ditandatangani. Satu dokumen bertarikh tahun 1995 dicetak menggunakan tulisan Cambria, yang mana direka pada tahun 2002.
Dokumen lain bertarikh tahun 2004 namun ia dicetak dengan Calibri, yang wujud bermula tahun 2007.
Peguam Gerald kemudiannya mendakwa bahawa pasangan itu telah membuat kesilapan berkenaan tarikh tetapi menegaskan tuntutan mereka adalah benar. Mahkamah tidak menerima alasan itu dan memutuskan sebaliknya.
4. Kemarahan pelanggan selepas IKEA ubah tulisan
Pada Ogos 2009, IKEA secara senyap-senyap berhenti menggunakan Futura yang digunakan pada papan tanda dan katalog, lalu beralih menggunakan Verdana.
Malangnya, para pelanggan menyedari hal ini dan memulakan satu tindakbalas yang deknali sebagai "Verdanagate".
IKEA bersetuju untuk menukar tulisan ini beberapa bulan sebelumnya apabila para eksekutif memutuskan untuk menyeragamkan tulisan yang mereka gunakan dalam talian dan luar talian.
Sebelum itu, IKEA menggunakan Verdana di laman sesawang mereka dan Futura pada papan tanda serta katalog. Ini kerana pada ketika itu, Futura tidak tersedia secara dalam talian jadi para eksekutif menggunakan Verdana.
Malangnya, Verdana telah dicipta untuk kegunaan dalam talian dan mendapat reputasi teruk apabila digunakan di luar talian.
Ia kelihatan pelik apabila saiz tulisan dibesarkan atau dicetak dalam resolusi tinggi, seperti yang dilakukan oleh IKEA.
Inilah sebabnya mengapa ia boleh disedari dengan pantas dan menimbulkan publisiti yang negatif sehinggakan IKEA terpaksa kembali menggunakan Futura.
3. Tulisan Garamond boleh jimatkan wang kerajaan Amerika Syarikat sebanyak RM2 bilion?
Pada tahun 2014, seorang pelajar berusia 14 tahun Suvir Mirchandani mendedahkan bahawa kerajaan persekutuan dan negeri Amerika Syarikat boleh jimat RM1.9 bilion setahun jika menukarkan tulisan yang digunakan dalam dokumen rasmi kepada Garamond.
Suvir mendakwa hal itu selepas membandingkan Garamond dengan Century Gothic, Comic Sans dan Times New Roman. Dia mendapati bahawa Garamond adalah lebih nipis dan menggunakan 25% kurang dakwat berbanding tulisan lain.
Eksperimen oleh Mirchandani ini kemudiannya dikatakan tidak tepat kerana Garamond adalah 15% lebih kecil daripada tulisan lain pada saiz yang sama.
Ini bermakna bahawa Garamond akan menggunakan jumlah dakwat yang sama seperti tulisan lain jika saiznya meningkat untuk dipadankan dengan tulisan lain.
Begitu juga, tulisan lain akan menjimatkan kos yang sama jika saiz dikurangkan agar sesuai dengan saiz Garamond yang lebih kecil.
Di samping itu, kerajaan Amerika Syarikat melakukan kebanyakan percetakan dengan mesin cetak dan bukan dengan pencetak pejabat.
Eksperimen Mirchandani telah dilakukan dengan pencetak inkjet, walaupun kerajaan juga menggunakan pencetak laser yang memerlukan toner.
Toner adalah lebih murah daripada dakwat inkjet, yang akan menjejaskan sebarang penjimatan kos.
Akhir sekali, kerajaan AS sebenarnya tidak membeli dakwat. Sebaliknya, ia berurusan dengan perniagaan lain untuk menyediakan perkhidmatan percetakan pejabat.
Perniagaan ini mengenakan caj bayaran berdasarkan halaman yang dicetak dan bukannya jumlah dakwat yang digunakan.
Oleh itu, kerajaan AS membelanjakan jumlah wang yang sama, sama ada untuk mencetak foto berwarna ataupun satu huruf sahaja.
2. Saiz tulisan digunakan untuk tangguh penghakiman
Pada tahun 2011, gabenor Michigan, Rick Snuder menandatangani satu undang-undang kontroversi yang membenarkan dirinya untuk melantik pengurus kecemasan untuk mengambilalih hal ehwal bandaraya ketika berlakunya sebarang krisis.
Undang-undang ini menjadi popular dengan begitu cepat dan mencetuskan protes serta kes undang-undang.
Di sebelah pihak adalah "Michigan Citizens for Fiscal Responsibility" yang menentang undang-undang tersebut, berhadapan dengan "Stand Up for Democracy" yang menyokongnya.
Kerajaan bersetuju untuk membuat referendum pada November 2012 untuk memutuskan sama ada mereka mahukan undang-undang itu kekal atau tidak.
Michigan Citizens for Fiscal Responsibility menyaman dan meminta Mahkamah Agung Michigan membatalkan referendum itu kerana gerakan Stand Up for Democracy menggunakan tulisan bersaiz kecil dalam dokumen yang dikemukakan untuk meminta referendum dilakukan.
Mereka mendakwa bahawa tulisan kecil membuatkan petisyen itu menyalahi undang-undang.
Dakwaan ini tidak dilayan oleh mahkamah yang kemudiannya memutuskan bahawa kerajaan boleh melantik pengurus kecemasan.
1. Permohonan geran penyelidikan ditolak kerana salah tulisan
Beberapa tahun lalu, seorang ahli paleontologi dari Imperial College London, Susannah Maidment memuat naik satu tweet bahawa permohonan geran penyelidikannya kepada Majlis Penyelidikan Alam Sekitar Semula Jadi (NERC) di United Kingdom telah ditolak kerana dia menggunakan Calibri dalam permohonan itu.
Rupa-rupanya, NERC mempunyai garis panduan yang ketat dan memerlukan permohonan dihantar menggunakan "Arial 11 atau huruf sans serif lain yang sama dengan ukuran Arial 11."
Susannah menggunakan tulisan yang tidak sesuai dengan garis panduan yang dikeluarkan.
NERC kemudian menjelaskan bahawa ia menolak 4% daripada permohonan pembiayaan ke atas penggunaan tulisan yang salah.
Organisasi itu menyatakan bahawa mereka berbuat demikian untuk memastikan pemohon mempunyai ruang yang sama banyak kerana tulisan yang lebih kecil mengambil ruang yang lebih sedikit dan membolehkan pemohon memberikan butiran yang lebih lanjut.
Hal ini dilihatkan sebagai tidak adil oleh NERC.
Rujukan:
1. Nature
3. Fast Company