Muzik dan melodi adalah satu seni yang sangat rumit dan sukar untuk diterangkan. Penghasilan kedua-dua ini memerlukan bakat dan kreativiti yang tinggi, untuk membolehkannya sampai ke tahap yang tinggi.

Terkadang penciptaan melodi dan muzik boleh dengan tidak sengaja menjadi serupa kerana variasi penggubahannya tidaklah seluas yang kita sangka. Namun, itu bukanlah satu alasan untuk mana-mana ahli seni sewenang-wenangnya meniru hasil karya penggiat seni yang lain.

iluminasi.com ingin berkongsi 5 lagu terkenal yang disaman atas tuduhan plagiarisma.

1. Ed Sheeran "Photograph" vs Matt Cardle "Amazing"

BESARKAN TEKS     A-  A+

Agak mengecewakan apabila nama penyanyi ini juga terpalit dengan kontroversi plagiarisme lagu miliknya. Ed Sheeran merupakan antara artis yang paling terkenal ketika ini, dan banyak lagunya yang menjadi siulan di seluruh dunia.

Antaranya adalah "Photograph" dikeluarkan pada tahun 2015, dengan tontonan mencecah 560 juta di Youtube. Namun, Ed telah didakwa menghasilkan lagu ini dengan meniru lagu yang dinyanyikan oleh pemenang X Factor UK 2012 iaitu Matt Cardle.

Dikatakan separuh daripada lagu Photograph diciplak dari lagu "Amazing" yang dihasilkan pada tahun 2012. Walaubagaimanapun pertikaian ini diselesaikan apabila Ed membayar wang gantirugi RM77.91 juta pada tahun 2017.

Cuba anda dengar korus kedua-dua lagi ini.

2. Coldplay "Viva la Vida" vs Joe Satriani "If I Could Fly"

coldplay membayar wang gantirugi akibat tindakan plagiarisma

Kontroversi plagiarisma juga tidak ketinggalan memberikan imej buruk kepada band terkemuka dunia, Coldplay. Antara lagu Coldplay yang paling terkenal adalah tak lain tak bukan "Viva la Vida".

Lagu ini membuatkan band yang berasal dari London, United Kingdom mencatatkan sejarah sendiri apabila berada di tangga pertama Billboard Hot 100 pada tahun 2008.

Ia secara tak langsung menarik perhatian dunia, termasuklah gitaris lagenda iaitu Joe Satriani. Joe mendakwa lagu tersebut telah meniru beberapa bahagian daripada lagunya yang dikeluarkan pada tahun 2004 iaitu "If I Could Fly".

Namun, Coldplay memberitahu bahawa ianya satu kebetulan, dan menyelesaikan permasalahan ini di luar mahkamah pada tahun 2009. Kebetulan atau sengaja, apa kata anda?

3. Robin Thicke "Blurred Lines" vs Marvin Gaye "Got to Give It Up"

robin thicke dan pharrel williams

Lagu "Blurred Lines" oleh Robin Thicke menampilkan Pharrell Williams, yang kini ditonton sebanyak 511 juta kali di laman youtube, dimuatnaik pada Mac 2013. Lagu ini menggungguli carta "Hot 100" untuk 12 minggu berturut-turut.

Ia kemudiannya disedari oleh keluarga mendiang Marvin Gaye, yang mana menuduh Robin dan Pharrell meniru lagu mendiang iaitu "Got to Give It Up" yang dikeluarkan pada tahun 1977. 

Setelah dibicarakan, pihak juri mengeluarkan keputusan pda Mac 2015, yang menyebelahi keluarga Marvin Gaye dengan jumlah pampasan bernilai RM28.81 juta.

ray park jr

Siapa anda nak panggil? Ghostbusters! Bagi mereka yang lahir pada tahun 1980 dan 1990-an pasti anda sangat familiar dengan lagu ini. Lagu ini merupakan OST filem Ghostbusters hasil nukilan Ray Parker Jr pada tahun 1983.

Namun lagu yang sangat catchy dan mendapat sambutan hangat telah didakwa oleh Huey Lewis kerana meniru melodi lagunya iaitu "I Want A New Drug". Kedua-dua artis ini walaubagaimanapun mencapai kata sepakat dan menyelesaikannya di luar mahkamah.

5. Sam Smith "Stay With Me" vs The Heartbreakers "I Won't Back Down"

sam smith plagiat lagu artis lain 838

Memang tak dapat dinafikan Sam Smith merupakan antara artis yang sangat berbakat. Namun, persamaan lagu yang diterbitkannya pada tahun 2014 iaitu Stay With Me dan lagu I Won't Back Down oleh Tom Petty (The Heartbreakers) pada tahun 1989 juga tak dapat dinafikan.

Walaupun tak diambil tindakan menyaman, namun pemenang anugerah British Grammy ini terpaksa memberikan kredit kepada Tom Petty sebagai penulis bersama lagu ini, kerana persamaan yang terlalu ketara.

Rujukan :

1. The Journal

2. NY Daily News

3. Yahoo

4. Consequence Of Sound




Hakcipta iluminasi.com (2017)