Perasan atau tidak, sebahagian besar daripada kita mempunyai tabiat buruk suka menyimpan barang yang tidak digunakan lagi di rumah sehingga menyebabkan rumah kita semak dan makin sempit akibat penuh dengan barang-barang.
Daripada kerusi, meja, beg, pakaian dan pelbagai lagi barangan yang kita tidak gunakan lagi tetaip tetap disimpan kerana alasan barangan tersebut masih elok dan terlalu sayang untuk dibuang.
BESARKAN TEKS A- A+
Kebiasaannya, barang-barang yang tidak guna ini hanya mengumpul habuk dan akhirnya reput dimamah usia. Kali ini, mari lihat 7 kesan buruk tabiat suka menyimpan barang yang tidak digunakan lagi hinggakan anda yang mengatakan "hoarding" ini merupakan sejeniss penyakit mental.
1. Masalah kebersihan
Dari luaran, mungkin kita tidak perasan. Namun, dalam banyak kes, rumah yang penuh dengan barang tidak digunakan ini sebenarnya tidak selamat untuk didiami. Ini mungkin disebabkan oleh kekurangan kebersihan, barangan yang rosak dan seumpamanya.
Kebiasaannya apabila rumah terlalu banyak barangan, ia akan menyukarkan proses membersihkan rumah. Terlalu banyak masa diperlukan untuk mengemas dan membersihkan sesuatu sudut rumah, menyebabkan ramai yang tidak melakukan proses pembersihan rumah dengan sempurna.
Selain itu, timbunan barangan yang tidak digunakan ini boleh menjadi tempat pembiakan haiwan perosak seperti lipas dan tikus.
2. Masalah obesiti
Apakah perkaitan antara tabiat menyimpan barang tidak digunakan dengan obesiti? Individu yang gemar menyimpan barangan ini gemar begitu banyak barang di rumah mereka, menjadikan rumah mereka "mengecil" saiznya, bermakna ruang yang boleh digunakan menjadi lebih kecil dan lebih kecil.
Di rumah yang kurang ruang untuk bergerak, kita biasanya lebih cenderung menghabiskan masa duduk atau kurang bergerak. Hal ini akan mewujudkan gaya hidup kurang aktif yang menjadi penyumbang kepada obesiti.
Sebab kedua obesiti sering dikaitkan dengan tabiat ini adalah dari aspek psikologi. Gangguan Obsesif Kompulsif (OCD) selalu dikaitkan dengan tabiat ini. Individu-individu ini mungkin berasa "terpaksa" secara psikologi untuk menyimpan perkara yang mungkin dibuang oleh orang lain.
3. Persekitaran tidak selamat untuk kanak-kanak
Timbunan barangan lama yang terlalu banyak di tempat tinggal boleh mendatangkan kesan buruk kepada kanak-kanak (dan mana-mana penyewa lain yang tinggal di rumah tersebut). Timbunan barangan tersebut mungkin mengandungi barangan yang tajam, kotor, berhabuk dan seumpanya yang berbahaya pada kanak-kanak tersebut.
Di luar negara, dalam senario yang melampau, kanak-kanak yang berada dalam persekitaran tidak selamat sebegini mungkin dipindahkan keluar dari rumah tersebut oleh jabatan kebajikan masyarakat sekiranya terbukti persekitaran tersebut tidak selamat untuk mereka.
Akhir sekali. kanak-kanak yang dibesarkan dalam persekitaran ini lebih cenderung untuk mengulangi tingkah laku ini pada masa hadapan. Dengan kata lain, kanak-kanak ini cenderung untuk mengambil tabiat buruk ini daripada ibu bapa mereka dan turut melakukan perkara sama apabila dewasa kelak kerana menganggapnya satu perkara yang normal.
4. Risiko kebakaran lebih tinggi
Timbunan barangan yang terlalu banyak akan mengambil begitu banyak ruang di rumah dan membataskan pergerakan kita. Perkara lebih buruk mungkin terjadi apabila berlakunya kebakaran kecil di rumah kerana api akan mudah merebak kerana lebih banyak barangan yang mudah terbakar.
Timbunan kotak, kertas, kain dan bahan-bahan mudah terbakar di rumah sememangnya memudahkan api merebak dengan begitu pantas. Ditambah lagi dengan ruang pergerakan yang sempit, anda akan menghadapi kesulitan untuk menyelamatkan diri apabila kebakaran besar terjadi dalam rumah anda.
5. Cenderung menghadapi tekanan dan kemurungan
Bagi kebanyakan orang, melepaskan sesuatu boleh menjadi sesuatu yang menyedihkan. Walau bagaimanapun, ianya adalah bertentangan dengan hoarder. Individu sebegini sering percaya bahawa menyimpan segalanya (memori/ barangan/perkara) boleh membawa kebahagiaan kepada mereka.
Semua perkara ini sebenarnya boleh membawa kepada tambahan tekanan. Individu yang suka menyimpan timbunan barangan ini juga lebih gemar bersendirian. Dalam kes yang melampau, mereka mungkin tidak mahu meninggalkan rumah mereka.
Pengasingan dan peningkatan tahap tekanan boleh menyebabkan individu dengan tabiat menyimpan barangan tidak berguna ini mengalami kemurungan.
Orang yang mengalami masalah suka menyimpan barangan secara berlebihan ini mungkin tidak melihatnya sebagai masalah, menjadikan rawatan terhadap tabiat buruk ini mencabar. Tetapi rawatan intensif boleh membantu mereka memahami bagaimana kepercayaan dan tingkah laku mereka boleh diubah supaya mereka boleh menjalani kehidupan yang lebih selamat dan menyeronokkan.
Kredit: