Perubahan teknologi yang tersangat pantas ke fasa maju dalam beberapa dekad ini telah melihatkan dunia berada pada tahap yang agak rumit. Platform internet adalah antara salah satu yang menarik di antaranya. 

Aktiviti godaman di seluruh dunia sering menjadi topik hangat kerana ia melibatkan kepakaran sesuatu kumpulan yang boleh mencetuskan kerosakan yang amat dahsyat.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Dan disebabkan dunia sekarang berlegar pada paksi internet, godaman boleh menjadi mimpi ngeri mana-mana organisasi besar di seluruh dunia.

Jika kita sering mendengar kes-kes godaman dan kumpulan penggodam dari luar negara, jangan lupa bahawa di Malaysia juga terdapat kes menarik yang dilakukan oleh penggodam tempatan yang hebat.

iluminasi.com kongsikan antara 5 kes menggodam yang menarik pernah berlaku di Malaysia.

1. Jasakom digodam oleh Tbd.my

jasakom digodam oleh tbd my

Pada Oktober 2009, Jasakom.com, laman sesawang yang terkenal di mana penggodam-penggodam Indonesia berkumpul telah digodam oleh komuniti penggodam Malaysia.

Para penggodam laman sesawang Jasakom merupakan sekumpulan penggodam hebat dan ternama yang bergabung di sebuah forum Malaysia dikenali sebagai TDB Security 'The Hollow Within'.

Penggodam-penggodam tersebut menggelarkan diri mereka XShimeX, suhz, Th3-Banjarian, TBD.MY, Dark Malaysia, HMSecurity dan d3ck4.

Laman sesawang Jasakom yang ditubuhkan pada Ogos 2000 itu telah diubah penampilannya dengan mesej yang ditujukan kepada penggodam Indonesia. 

Semua penggodam Indonesia pasti tahu kewujudan laman ini kerana laman ini telah melahirkan ramai penggodam hebat dan berkualiti.

Godaman ini menandakan perang siber di antara penggodam Indonesia dan Malaysia. Mesej yang dipaparkan pada laman sesawang Jasakom.com oleh penggodam Malaysia adalah seperti berikut:

"Sepandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga.

I came here for a revenge for what you have done to our early tbd.

How does it feel now? Your website has been hacked! Do you even have backup?

Do whatever you want, who cares, good luck with your backup.

If it's not because of Indonesian stupidity, we (Malaysian) don't even how to hate Indonesia.

Why we hack you? Because of Indonesian egos and stupidity.

We dont hate Indonesian, but YOU (Indonesian) make us hate you.

All database has been droped like you did to tbdsecurity.com database :)

JASAKOM, IF YOU THINK YOU ARE SECURE ? YOURE NOT!!

Youre nothing just piece of crap. We wont attack you, If you stay away from .my sites

Greetz: XShimeX, suhz, Th3-Banjarian, TBD.MY, Dark Malaysia, HMSecurity, d3ck4"

2. Google Malaysia digodam / DNS Poisoning

google malaysia digodam

Pada 14 April 2015, laman sesawang Google Malaysia telah digodam oleh penggodam yang menggelarkan diri sebagai TiGER-M@TE.

Apa yang berlaku adalah akses untuk laman utama enjin pencarian Google tidak dapat dicapai, dan terdapat paparan yang berlatarbelakangkan warna hitam dengan terteranya perkataan "Hacked".

TiGER-M@TE juga memaparkan satu hashtag yang tertulis #Bangladeshi HackeR.

Walaubagaimanapun, Zeffri Yusof, jurucakap Google Malaysia, telah menafikan bahawa laman tersebut digodam sebaliknya mengatakan mereka berhadapan dengan masalah DNS dan ia sedang disiasat.

Berikutan masalah ini, Google Malaysia terpaksa mengeluarkan satu kenyataan rasmi yang berbunyi:

“Kami sedar bahawa sesetengah pengguna menghadapi masalah melayari google.com.my, atau telah diarahkan ke laman sesawang yang berbeza. Perkhidmatan Google untuk domain google.com.my tidak terjejas. Kami sedang berhubung dengan organisasi yang bertanggungjawab untuk menguruskan nama domain dan berharap untuk menyelesaikan isu ini." 

Kejadian ini bukan kali pertama yang berlaku di Malaysia di mana pada tahun 2013, cubaan untuk menggodam seperti ini pernah berlaku kepada laman Google Malaysia.

3. Gaysec dedah identiti Makcik Hajjah Sitt Al Wuzara

makcik hajjah sitt al wuzara 2

Ingat lagikah anda dengan Makcik Hajjah Sitt Al Wuzara, akaun palsu yang telah menghina Islam dengan begitu teruk di Facebook?

Hasil daripada usaha para penggodam amatur yang menamakan diri mereka sebagay Gaysec, identiti sebenar pemilik akaun palsu tersebut telah berjaya dibongkar.

Sebelum itu, Gaysec berhadapan dengan kegagalan apabila mereka tersalah orang, namun tetap meneruskan usaha pembongkaran.

Pembongkaran ini tidak dilakukan bersendirian tetapi dibantu oleh kumpulan yang menggelarkan diri sebagai Kid-CSI Team.

makcik hajjah sitt al wuzara

Identiti sebenar Makcik Hajjah Sitt Al Wuzara adalah Adlin Binti Abdul Jalil, yang telah menhina dan mengganggu ramai pengguna internet di pelbagai platform media sosial.

Terkenal di Malaysia, Adlin kini semakin berisiko untuk diekstradisi dari Eropah ke Malaysia disebabkan kandungan atas taliannya yang terus menyinggung perasaan warga Malaysia.

Antara perkara buruk yang dilakukan oleh akaun ini adalah penghinaan, fitnah watak, menyiarkan maklumat pasport peribadi secara haram, menghina agama, menghina orang Sweden, menghina pelarian, menghina orang Eropah Antarabangsa dan banyak lagi. 

4. Gengblogger digodam

gengblogger digodam

Gengblogger.com, laman sesawang ping terkenal di Malaysia telah digodam Jun 2011 oleh seorang penggodam yang menggelarkan dirinya sebagai Adam Oscar Dimarco.

Apa yang berlaku adalah beberapa penggodam mendakwa hanya melakukan perubahan penampilan visual pada halaman https://gengblogger.com/index.php dan ia tidak melibatkan keseluruhan laman.

Paparan pada halaman tersebut diubah kepada satu imej dengan mesej yang berbunyi:

"dont focus on popular blogger only. promote them too :) listblog

Im not anonymous. Im adam oscar dimarco

I’ve been here before. Remember Me?"

Pada masa yang sama, #OpMalaysia, iaitu satu misi balas dendam oleh Anonymous Indonesia telah berlaku.

Namun, penggodam yang menggodam laman gengblogger telah menafikan bahawa mereka tidak ada sebarang kaitan dengan Anonymous.

Penggodam tersebut juga mendakwa pernah menggodam laman gengblogger sebelum ini dan cara godaman tidak diketahui.

5. Gaysec godam 5 laman sesawang besar di Malaysia

gaysec godam nuffnang

Sekali lagi nama penggodam Gaysec muncul dalam senarai ini. Kali ini, ia melibatkan penggodaman 5 laman sesawang milik kumpulan ternama di Malaysia.

Laman sesawang Nuffnang telah digodam pada 22 Julai 2011 dengan maklumat 34,531 pengguna telah didedahkan. 

Kesemua 34,531 maklumat pengguna yang didedahkan oleh Gaysec termasuk Kaedah Hash SHA1 (one way encryption) yang merupakan salah satu langkah keselamatan diambil Nuffnang.

Selain daripada emel-emel yang didedahkan, dikatakan para blogger yang mendaftar dengan Nuffnang tiada apa yang perlu dibimbangkan.

Sebelum penggodaman ini, Gaysec juga telah berjaya menggodam pangkalan data Streamyx namun tiada maklumat peribadi pengguna dilaporkan telah didedahkan.

gaysec godam nuffnang 2

Turut menjadi mangsa adalah pangkalan maklumat TV3 dan CIMB.

Menurut Gaysec, mereka langsung tiada niat jahat dan tujuan mereka menggodam laman-laman ini adalah untuk meningkatkan tahap keselamatan laman sesawang yang dianggap agak terkenal.

Lebih menarik, laman eccouncilacademy.org, di mana laman ini merupakan tempat melatih pelajar untuk menjadi penggodam yang beretika turut menjadi mangsa godaman Gaysec.

Hebat juga ya.

Rujukan:

1. Babamz

2. Joshua Ongys

3. Affan Ruslan

4. Amanz




Hakcipta iluminasi.com (2017)