Sesetengah orang meramalkan bahawa kereta elektrik bakal menjadi satu kebiasaan pada masa hadapan. Walau bagaimanapun, pada masa kini harganya boleh dikatakan agak mahal kerana teknologi pencipta kereta elektrik masih diperingkat awal.

Mungkin pada masa hadapan kita akan menyaksikan kos menghasilkan kereta elektrik menjadi lebih murah, seterusnya membolehkan kereta elektrik dibeli oleh orang kebanyakan. 

BESARKAN TEKS     A-  A+

Kali ini, mari kami kongsikan pula senarai 5 kereta elektrik paling mahal di dunia. Senarai ini mungkin berubah pada masa hadapan apabila kereta yang lebih canggih da mahal dihasilkan.

5. Drako GTE - $1.25 juta

drako gte

Drako GTE telah dibuat oleh Dean Drako, ahli perniagaan Silicon Valley dan Ketua Pegawai Eksekutif Barracuda Networks. Drako bekerjasama dengan Shiv Sikand untuk membangunkan kereta super elektriknya.

Mereka telah mengusahakan Drako GTE selama sedekad, dan apabila mereka melancarkan kereta itu, mereka mendakwa kereta ini mempunyai spesifikasi yang sesuai untuk perlumbaan walaupun terus keluar dari kilang. Kenderaan berkuasa ini menawarkan 1,200 kuasa kuda dan keupayaan pengecasan pantas.

Kenderaan itu mempunyai kelajuan tertinggi lebih daripada 322 km/j dan mempunyai gabungan tork roda 8,800 Nm. Drako merancang untuk membuat hanya 25 contoh kereta elektrik berkuasa ini dan  setiap kereta super ini bakal dijual dengan harga $1.25 juta.

4. Nio EP9 -  $1.48 juta

nio ep9

Nio pada asalnya hanya membuat enam contoh kereta elektrik EP9, tetapi permintaan popular menyebabkan syarikat itu membuat 10 buah lagi. Kenderaan ini pada asalnya berharga hampir satu setengah juta dolar, tetapi harga itu mungkin akan naik lebih tinggi dari semasa ke semasa kerana kereta ini sangat jarang dittemui.

EP9 asal Nio telah dijual kepada pelabur awal. Syarikat itu mengumumkan pengeluaran keduanya pada pameran kereta Shanghai 2017, tetapi tidak jelas siapa yang dibenarkan membelinya.

Supercar elektrik ini mampu mencecah 97 km/j dalam masa kurang daripada tiga saat dan menawarkan lebih daripada 1,300 kuasa kuda. Apabila bercakap mengenai saingan langsung, satu-satunya persaingan sebenar untuk EP9 ialah Rimac Concept_One dan Artega Scalo Superelletra, yang kedua-duanya juga berharga lebih satu juta dolar.

3. Hispano Suiza Carmen Boulogne -  $1.9 juta

hispano suiza

Berada di tempat ketiga adalah hypercaryang dibuat oleh Hispano Suiza. Kenderaan ini adalah yang pertama Suiza untuk pelanggan di Amerika Syarikat dan reka bentuk dibuat mengikut pesanan sepenuhnya.

Seorang pembeli meminta pintu jenis gullwing, sistem elektronik penuh dan lebih daripada 1,000 kuasa kuda. Pembeli ini juga meminta cat ungu khas yang sepadan dengan warna bunga kegemarannya.

Secara keseluruhan, kereta yang hanya wujud sebuah ini bernilai hampir $2 juta. Hispano Suiza hanya akan membuat 24 buah kenderaan khas seperti ini dan setiap satu akan direkabentuk mengikut citarasa pembeli.

2. Lotus Evija - $2.4 juta

lotus evija 822

Di nombor dua ialah kereta Lotus terpantas pernah dibuat: Lotus Evija. Kereta ini mempunyai hampir 2,000 kuasa kuda, mencapai kelajuan tertinggi lebih daripada 322 km/j dan melepasi 97 km/j dalam masa kurang daripada tiga saat.

Kenderaan yang sangat berkuasa ini bernilai lebih daripada dua juta dolar dan laporan mengatakan hanya 130 kereta sangat menakjubkan ini akan dihasilkan. Kereta ini mempunyai empat motor elektrik yang sangat berkuasa.

Rahsia kkeehebatan kenderaan ini ialah rangkaian kuasa elektrik Evija yang dikuasakan oleh sepasukan empat motor elektrik yang menjana tork 1254 lb-ft."

1. Rimac Nevera - $2.4 juta

rimac nevera

Kereta ini bukan sekadar paling mahal di dunia, tetapi juga sangat berkuasa. Dengan empat motor elektrik, kenderaan ini mampu memecut ke 97km/j dalam masa kurang daripada dua saat dan mencapai 415 km/j dengan mudah.

Koleksi empat motor kereta ini menjana hampir 2,000 kuasa kuda, dan elemen pembinaan karbon mendorong prestasi ke tahap yang menakjubkan. Seperti kereta mahal lain, Rimac Nevera 2022 ialah model edisi terhad.

Hanya 150 unit akan dibina, dan setiap satu berharga hampir dua setengah juta dolar. Kereta ini sangat berkuasa dan ramai pengulas kereta agak kagum. Satu ulasan menyebut prestasi kereta ini "sanngat menakjubkan" dan menggambarkan kenderaan ini sebagai sangat berkuasa.

Kredit:

  1. Motor Authority
  2. Electrek
  3. Car Buzz
  4. Wikipedia



Hakcipta iluminasi.com (2017)