Apabila kita terfikirkan kerabat diraja yang kaya raya, biasanya nama Ratu Elizabeth II akan berada di minda. Namun, hakikatnya beliau tidak berada dalam Top 10 kerabat diraja paling kaya di dunia.

Menurut Fortune, kekayaan Ratu Elizabeth II dianggarkan sebanyak RM1.8 bilion iaitu di kedudukan ke-13 kerabat diraja terkaya di dunia. Kekayaan beliau datang dari sumber hartanah, barang kemas dan aset-aset lain.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Jadi, siapakah kerabat diraja paling kaya di atas muka bumi ketika ini? iluminasi.com ingin kongsikan 5 kerabat diraja paling kaya di dunia yang masih hidup ketika ini.

5. Khalifa bin Zayed Al Nahyan - Emiriah Arab Bersatu (UAE)

khalifa bin zayed al nahyan kerabat diraja paling kaya di dunia

Kekayaaan: RM59.8 bilion

Umur : 69 tahun

Di kedudukan ke-5 kerabat diraja paling kaya adalah Khalifa bin Zayed Al Nahyan dengan kekayaan bernilai RM59.8 bilion.

Beliau mengambil takhta bapanya, Zayed bin Sultan Al Nahyan sebagai Emir Abu Dhabi pada November 2004 dan menjadi Presiden Emiriah Arab Bersatu keesokan harinya. Sebagai Putera Mahkota, beliau bertindak sebagai presiden sejak akhir 1990an ketika bapanya mengalami masalah kesihatan.

Khalifa juga merupakan Presiden Abu Dhabi Investment Authority, dana kekayaan berdaulat yang diwujudkan pada tahun 1976 dan dimiliki oleh Emirat Abu Dhabi. Ia menguruskan rizab minyak berlebihan negara ini yang dianggarkan bernilai RM5.18 trilion.

Presiden UAE ini dikenali dengan sifat kedermawanannya dan telah menyumbang kepada kemudahan perubatan dan organisasi bantuan. Secara kolektif, kekayaan keluarga Al Nahyar dipercayai bernilai RM597.8 bilion.

4. Salman bin Abdulaziz Al Saud - Arab Saudi

salman bin abdulaziz al saud kerabat diraja paling kaya di dunia

Kekayaaan: RM67.8 bilion

Umur: 81 tahun

Dengan kekayaan mencecah RM67.8 bilion, Raja Arab Saudi, Raja Salman bin Abdulaziz Al Saud adalah kerabat diraja ke-5 paling kaya di dunia. Beliau juga memegang jawatan sebagai Perdana Menteri Arab Saudi dan Penjaga Dua Masjid Suci serta ketua House of Saud.

Selepas kematian abangnya, Nayef bin Abdulaziz Al Saud, Salman menjadi Putera Mahkota pada tahun 2012. Beliau kemudiannya menaiki takhta sebagai Raja Arab Saudi yang baru pada 23 Januari 2015 berikutan kematian seorang lagi abangnya, Raja Abdullah.

Sumber kekayaan Raja Salman adalah melalui perniagaan keluarga yang memiliki kumpulan media, termasuk Asharq Al-Awsat dan Al Eqtisadiah.

3. Sultan Hassanal Bolkiah - Brunei

sultan hassanal bolkiah kerabat diraja paling kaya di dunia

Kekayaan: RM79.7 bilion

Umur: 71

Dengan nilai kekayaan sebanyak RM79.7 bilion, Sultan Brunei Hassanal Bolkiah adalah kerabat diraja ke-3 terkaya di dunia. Beliau adalah salah seorang daripada beberapa monarki mutlak yang masih berkuasa. Beliau juga merupakan Perdana Menteri Brunei yang pertama dan masih memegang jawatan itu.

Sultan Hassanal terkenal dengan perbelanjaannya yang mewah, dan dilaporkan mempunyai lebih daripada 600 buah kereta Rolls-Roce. Kediamannya yang dikenali sebagai Istana Nurul Iman adalah istana kediaman terbesar di dunia, dengan kos melebihi RM1.4 bilion.

Sumber kekayaan adalah hasil daripada industri minyak dan gas. Berikutan kematian Raja Bhumibol Adulyadej Thailand pada tahun 2016, Sultan Hassanal menjadi raja paling kaya di dunia

2. Raja Maha Vajiralongkorn - Thailand

maha vajiralongkorn kerabat diraja paling kaya di dunia

Kekayaan: RM119.5 bilion

Umur: 65 tahun

Maha Vajiralongkorn, raja baru Thailand memiliki kekayaan bersih sekitar RM119.5 bilion. Beliau merupakan satu-satunya anak kepada Raja Bhumibol Adulyadej, pemerintah Thailand dari tahun 1946 sehingga kematiannya pada tahun 2016.

Kekayaan yang dimiliki Raja Bhumibol diwariskan kepada anaknya yang menaiki takhta pada Disember 2016 ketika berusia 64 tahun yang juga raja Thailand tertua yang menaiki takhta.

Kekayaan Raja Maha dan keluarganya diperoleh daripada agensi kerajaan kuasi, iaitu dengan menguruskan harta mahkota Kerajaan Thailand, Biro Hartanah Mahkota. Biro ini dikendalikan oleh lembaga pentadbiran yang mempunyai 7 ahli.

1. Ahmed bin Saeed Al Maktoum - Emiriah Arab Bersatu (UAE)

ahmed bin saeed al maktoum kerabat diraja paling kaya di dunia

Kekayaan: RM126.5 bilion

Umur: 58

Kekayaan Ahmed bin Saeed Al Maktoum dilaporkan bernilai RM126.5 bilion, menjadikannya kerabat diraja terkaya di dunia. Sumber kekayaan beliau datang daripada memegang jawatan CEO dan pengerusi Kumpulan Emirates, pengerusi Dubai World dan pengerusi syarikat insurans Noor Takaful.

Beliau adalah pengerusi Jawatankuasa Tertinggi Fiskal Dubai, dan pengerusi kedua wakil Majlis Eksekutif Dubai

Ahmed juga memegang gelaran Sheikh Dubai dan pengerusi Jawatankuasa Tertinggi Fiskal Dubai, Presiden Jabatan Penerbangan Awam Dubai dan naib pengerusi Majlis Ekskutif Dubai.

Ahmed berkahwin dengan sosialit Mesir, Nivin El-Gamal pada tahun 2007 dan dikurniakan seorang anak, Sheikh Saeed bin Ahmed. Beliau kemudiannya berkahwin dengan sepupunya pada tahun 2008.




Hakcipta iluminasi.com (2017)