Di dunia serba moden ini, terdapat kad kredit tertentu yang secara automatik memberitahu orang lain bahawa anda seorang yang penting.
Syarikat kad kredit Amerika Syarikat pertama yang menggunakan istilah eksklusif untuk menarik pelanggan adalah American Express, bermula pada tahun 1999.
BESARKAN TEKS A- A+
Ia merupakan detik di mana syarikat ini melancarkan salah satu kad kredit paling eksklusif, The Centurion Card. Digelar "kad hitam," ia telah menjadi sinonim dengan idea mereka yang berbelanja besar terhadap semua barangan mewah.
Sejak hari pertama, ia merupakan kad kredit jemputan sahaja. iluminasi.com kongsikan 5 kad kredit paling mahal dan eksklusif di dunia.
1. JP Morgan Reserve Card
Adakah anda mempunyai RM42 juta atau lebih untuk melabur dengan JP Morgan?
Sebagai antara salah satu kad kredit paling eksklusif di dunia, JP Morgan Chase Reserve Card (yang menggantikan Kad JP Morgan Palladium) disasarkan kepada pelanggan dengan kekayaan bersih yang sangat tinggi.
Seperti pendahulunya, Reserve Card diperbuat daripada logam dengan penyaduran palladium dan beratnya kira-kira 5 kali ganda berbanding kad kredit plastik biasa.
Dan ia hanya ditawarkan kepada pelanggan Pengurusan Kekayaan Global JP Morgan yang mempunyai aset yang boleh dilaburkan (bukan hartanah) sebanyak RM42 juta atau lebih.
Pemegang kad membayar yuran tahunan sebanyak RM1,900 dan menerima 100,000 mata ganjaran selepas membelanjakan RM17,000 dalam tempoh 3 bulan pertama.
Mata ganjaran tersebut boleh ditebus untuk penerbangan dan hotel percuma, yang pastinya berguna untuk mereka yang berada dalam Kelab 10 Millionaire.
Faedah Infinite Visa juga tersedia yang termasuk keistimewaan hotel dan sewa kereta yang mana tak akan boleh dinikmati oleh pemegang kad kredit biasa.
2. The Coutts World/Silk Card
Dikenali sebagai World Card sebelum ini, Silk Card oleh Coutts Bank di UK datang dengan banyak faedah premium, menjadikannya antara kad kredit paling eksklusif di dunia.
Pemegang kad yang memenuhi perbelanjaan kasar tahunan sebanyak RM322,000 tidak perlu membayar yuran tahunan.
Mereka juga mendapat akses ke Coutts Concierge, perkhidmatan concierge yang memenangi anugerah yang menyediakan pemegang kad dengan akses kepada tiket eksklusif, perjalanan, dan pengalaman bersantap.
Coutts Bank menyesuaikan had pengeluaran setiap Silk Card, tetapi nilai kredit sebanyak RM125,000 dikhabarkan sebagai biasa.
Untuk mendapatkan Silk Card, anda mesti menjadi pelanggan Coutts Bank yang mana ia bukanlah sesuatu yang mudah. Keluarga Diraja Britain antara pelanggan bank ini, termasuk ramai rakyat terkaya dan paling terkenal di Britain.
Tiada siapa yang tahu apa syarat ketat yang membolehkan anda diterima. Jika anda mahu Silk Card berada dalam poket anda, anda mungkin harus terbang ke Great Britain dan membuka akaun terlebih dahulu.
3. Mastercard Gold Card
Mereka yang mencari ganjaran dan faedah yang terkemuka tanpa menunggu jemputan harus menjadi ahli MasterCard Gold Card.
Bagi yuran tahunan yang agak rendah iaitu sekitar RM4,200, pemegang kad boleh menerima perkhidmatan melalui Concierge Kad Mewah, RM835 kredit ke atas pembelian penerbangan yang berkelayakan, langganan Majalah Luxury (hanya untuk ahli) dan hadiah mewah yang tidak ditentukan.
Malah, kad ini dihasilkan daripada emas 24 karat.
Seperti kebanyakan kad kredit eksklusif yang lain, anda mesti mempunyai pendapatan yang tinggi dan kredit yang sangat baik untuk diluluskan untuk Gold Card ini.
Dan, sama seperti kad dalam senarai ini, banyak manfaat utama sebagai pemegang kad adalah berkaitan perjalanan.
Pemegang kad menerima mata ganda pada tiket penerbangan dan diskaun bagi penerbangan, hotel, dan pakej perjalanan.
4. Dubai First Royale Mastercard
Dubai First mendakwa bahawa Royale MasterCard mereka adalah kad kredit paling eksklusif di dunia.
Seperti Centurion Card oleh American Express, Royale oleh Dubai First adalah kad kredit undangan sahaja tanpa batasan pengeluaran yang ditetapkan.
Kad itu sendiri dihiasi di kedua-dua bahagian dengan emas dan mempunyai berlian .235-karat terletak di bahagian depan. Kebanyakan pemegang kad ini tinggal di Emiriah Arab Bersatu, tetapi kad ini masih boleh ditemui di seluruh dunia.
Proses yang digunakan oleh Dubai First untuk memilih jemputan mereka adalah rahsia, tetapi adalah tidak rahsia bahawa anda mesti mempunyai kekayaan yang tinggi untuk menyertai kelab ini.
Pemegang kad akan menerima pengurus perhubungan khusus dari Dubai First. Mereka juga mendapat pengurus gaya hidup yang bertindak sebagai pengemudi eksklusif untuk mendapatkan hampir apa sahaja yang dikehendaki.
Tiket untuk menonton Anugerah Grammy habis dijual dan tak sempat untuk menempah? Semuanya boleh diselesaikan oleh pengurus gaya hidup yang disediakan.
5. American Express Centurion Credit Card (Black Card)
Nama sebenar bagi kad ini adalah Centurian Card dan sebahagian daripada tarikan kad ini adalah misteri di sebaliknya. Kad ini tidak dibuka kepada orang awam dan American Express harus menghubungi anda terlebih dahulu.
Menurut sumber, hanya mereka yang membelanjakan dan membayar sekurang-kurangnya RM1 juta hingga RM1.4 juta setahun di semua akaun American Express mereka sahaja yang akan dijemput untuk menjadi pemegang kad ini.
Jika anda dijemput, bersiaplah untuk membayar premium yang tinggi untuk menyertai kelab eksklusif ini. Yuran permulaan sahaja dikabarkan sebanyak RM31,000 dengan yuran tahunan sekitar RM10,500.
Pemegang kad mendapatkan pelbagai manfaat seperti bilik hotel automatik dan naik taraf penerbangan, termasuk diskaun untuk pelayaran dan penyewaan kereta mewah.
Sesetengah lapangan terbang juga mempunyai lounge mewah yang percuma untuk pengguna Centurion. Masih terdapat beberapa faedah yang masih menjadi misteri sehingga kini.