pemandu grab

Di Malaysia, kita mempunyai beberapa syarikat yang menawarkan perkhidmatan e-hailing atau pandu-seru. Antara yang popular adalah GRAB, MyCar dan banyak lagi. Tidak dinafikan kewujudan perkhidmatan seperti ini sudah sepertinya mengancam kedudukan pemandu teksi dalam perkhidmatan seumpama ini.

Bagi memastikan kualiti perkhidmatan yang ditawarkan, pihak syarikat e-hailing sudah beberapa kali membuat perubahan kepada polisi perkhidmatan mereka. Contohnya, jika dahulu para pemandu GRAB boleh memilih untuk menolak tempahan yang dirasakan tidak berbaloi, kini semua tempahan adalah "auto approve" dimana pemandu wajib mengambilnya.

Pihak GRAB turut mementingkan rating para pemandunya. Sekiranya ada penumpang yang memberikan rating rendah pada seseorang pemandu tersebut, pihak GRAB mempunyai kuasa veto untuk mengambil tindakan yang sesuai contohnya seperti menggantung perkhidmatan pemandu tersebut dalam tempoh tertentu atau lebih kejam lagi, membatalkan terus lesen pemandu tersebut bersama pihak GRAB.

Walaupun penggunaan rating ini secara keseluruhannya bagus untuk reputasi GRAB atau syarikat e-hailing lain, namun bagi pemandu mereka mendakwa adakalanya rating rendah yang yang diberikan oleh pengguna adalah adalah disebabkan oleh alasan-alasan yang cuba direka oleh pengguna itu sendiri.

Berikut merupakan 5 jenis penumpang yang paling dibenci oleh pemandu e-hailing. Kami harap anda bukanlah salah satu daripadanya.

1. Beri rating mengikut jenis kenderaan

sistem rating grab 15

Sekiranya anda pernah menggunakan perkhidmatan e-hailing, anda sudah tahu bahawa kenderaan yang akan datang menjemput dan menghantar anda ke sesuatu destinasi adalah dipilih secara rawak. Malangnya, ada pengguna yang sesuka hati memberikan rating rendah sekiranya kereta yang dinaiki adalah kereta jenama tempatan dan bukanlah kereta import.

Ya, penumpang sebegini sememangnya wujud! Sebenarnya, sekiranya anda benar-benar mahukan kereta yang lebih selesa, misalnya untuk GRAB anda boleh memilih pilihan GrabCar Plus yang menawarkan kereta yang lebih ekslusif. Tapi, sudah tentulah harganya lebih premium.

2. Makan dan minum dalam kereta

makan dalam kereta 729

Sekiranya anda hendak makan atau minum dalam kenderaan anda sendiri, terpulanglah kepada anda kerana hanya anda sahaja yang menggunakan kenderaan tersebut. Namun, sekiranya anda menggunakan perkhidmatan pandu seru, tidak kira sebagaimana sibuk pun anda elakkanlah makan di dalam kenderaan.

Makanan dan minuman yang dinikmati mungkin tumpah atau berbau, menyebabkan pemandu terpaksa menghabiskan masa untuk mengemasknya kemudian. Sudah tentulah mereka tidak mempunyai masa untuk melakukannya kerana terpaksa berkejaran untuk mengambil penumpang berikutnya setelah menghantar anda ke destinasi. 

3. Buat tempahan palsu

perkidmatan e hailing

Kredit: Vulcan Post

Sekiranya anda merancang untuk menggunakan perkihdmatan pandu seru bersama rakan-rakan, sila buat tempahan menggunakan satu telefon pintar sahaja. Malangnya, ada segelintir penumpang yang gemar membuat banyak tempahan pada masa yang sama.

Mereka ini biasanya akan membuat tempahan pada masa yang sama dan akan hanya menaiki kenderaan yang paling awal sampai sahaja! Bagaimana pula dengan pemandu lain yang tiba lebih lewat? Hentikanlah perbuatan seperti ini yang sudah semestinya menganiaya pemandu dan menyebabkan kerugian masa dan minyak pada mereka.

4. Cerewet keterlaluan

penumpang cerewet

Seorang pemandu e-hailing bukan sahaja tertakluk pada undang-undang jalan raya, tapi perlu menghormati undang-undang sesuatu kediaman. Misalnya,  terdapat sesetengah kolej kediaman pelajar atau apartmen yang mengehadkan perkhidmatan e-hailing sehingga ke pintu pagar pengawal keselamatan sahaja.

Maka, pemandu hanya boleh menurunkan dan mengambil penumpang di situ sahaja. Malangnya, ada segelintir penumpang yang besar kepala berkeras meminta pemandu menghantar atau mengambil mereka di kawasan yang tidak dibenarkan masuk. Apakah yang akan jadi sekiranya permintaan penumpang yang cerewet ini tidak dipatuhi? Kebiasaannya rating yang rendah akan dberikan kepada pemandu. 

5. Laporan palsu

laporan grab

Juga berkaitan dengan pengguna cerewet, ada juga penumpang yang didapati membuat laporan palsu ke atas pemandu e-hailing atas apa juga alasan yang direka, misalnya tidak berpuas hati dengan permintaan mereka menukar lagu di radio dan seumpamanya.

Permintaan-permintaan cerewet sebegini sememangnya kerap dibuat oleh pengguna yang merasakan diri mereka umpama bos dan pemandu e-hailing umpama pemandu peribadinya. Maka, apabila pemandu enggan menuruti arahannya, laporan palsu dibuat kepada pihak syarikat penyedia perkhidmatan e-hailing untuk "membalas dendam" kepada pemandu tersebut.

Kebiasaannya, apa yang terjadi adalah pihak syarikat e-hailing akan mengambil tindakan terus kepada pemandu tanpa diberi peluang kepada pemandu untuk mempertahankan diri mereka. Malah, ada juga pengguna yang membuat laporan palsu untuk untuk mendapatkan kupon percuma yang diberikan oleh pihak syarikat pandu seru ini sebagai tanda permohonan maaf. 



Hakcipta iluminasi.com (2017)