helikopter penyerang paling power di dunia

Selain daripada pesawat penyerang, helikopter juga digunakan untuk tujuan yang sama dalam peperangan. Malah, helikopter adalah lebih serba boleh berbanding pesawat.

Helikopter penyerang adalah helikopter bersenjata dengan peranan utama sebagai pesawat serangan, dengan keupayaan menyerang sasaran di darat, seperti tentera musuh dan kereta kebal.

Bukan itu sahaja, ia juga mampu menyerang pihak musuh di udara dan dilengkapi dengan peluru berpandu. iluminasi.com kongsikan 5 helikopter penyerang yang paling hebat dan canggih pernah dihasilkan setakat ini.

5. Eurocopter Tiger - Perancis / Jerman

eurocopter tiger

Salah satu helikopter serangan paling canggih, Eurocopter Tiger kini berkhidmat dengan Tentera Udara Jerman, Perancis, Australia dan Sepanyol.

Penghasilan Eurocopter Tiger bermula semasa Perang Dingin, dan pada mulanya ia bertujuan sebagai helikopter anti kereta kebal yang digunakan untuk menentang pencerobohan darat Soviet di Eropah Barat.

Ia mempunyai meriam 30 mm dan membawa lapan peluru berpandu anti kereta kebal HOT 2, HOT 3 atau Trigat 2. Eurocopter Tiger memuatkan empat peluru berpandu Stinger 2 atau peluru berpandu udara ke udara jarak dekat, Mistral.

Ia juga mempunyai roket 68x68-mm dan senapang 12.7mm. Menjelang Oktober 2017, sebanyak 135 unit dihasilkan dengan kos seunit di antara RM129 juta hingga RM170 juta, yang termahal dalam senarai ini.

4. Mil Mi-28 Havoc - Rusia

mil mi 28 havoc

Helikopter Rusia yang mampu mengharungi semua jenis cuaca, siang atau malam dengan dua tempat duduk anti-perisai ni adalah salah satu helikopter serangan berperisai paling maju dan canggih di dunia.

Ia adalah helikopter serangan yang berdedikasi tanpa tujuan keupayaan pengangkutan. Ia berkhidmat dengan tentera Rusia sejak tahun 2006.

Dengan kelajuan maksimum 320 km/j, Mil Mi-28 Havoc mempunyai meriam 30 mm dan membawa 9 M114 Shturm-C, 9 M120/9 M121F Vikhr atau 9 A-2200 peluru berpandu anti kereta kebal.

Sebanyak 128 unit dihasilkan sejak tahun 1982 hingga kini, dengan kos seunit di antara RM62 hingga RM66 juta. Ia juga digunakan oleh Tentera Udara Algeria dan Tentera Udara Iraq.

3. Kamov Ka-52 Hokum-B - Rusia

kamov ka 52 hokum b

Versi terbaru Ka-50 yang baru dan lebih baik yang dilengkapi dengan dua tempat duduk, adalah salah satu helikopter serangan terpantas dan paling canggih di dunia.

Kamov Ka-52 Hokum-B adalah helikopter serangan yang mempunyai pelbagai peranan dan tersangat kuat tak mengira apa jenis cuaca.

Ia juga merupakan salah satu helikopter serangan yang paling mudah dikendalikan, berupaya beroperasi pada siang hari dan pada waktu malam.

Ka-52 menggunakan peluru berpandu anti-kereta kebal 12 Vikhr (AT-9 Spiral) atau empat peluru berpandu udara Igla-V 30-mm, dan boleh membawa beberapa roket tidak berpandu serta peluru berpandu Igla (udara ke udara).

Ia mula dihasilkan pada tahun 1990 dan pertama kali diperkenalkan pada tahun 1995, dengan penghasilan melebihi daripada 100 unit. Harga kos untuk setiap unit adalah RM66 juta, yang mana agak murah berbanding dengan helikopter canggih lain. 

2. Bell AH-1Z Viper - Amerika Syarikat

bell ah 1z viper

Helikopter serangan ke-2 paling canggih di dunia, Bell AH-1Z adalah versi moden AH-1 Cobra. Bell AH-1Z terbang dengan senjata pesawat paling maju dan peralatan paling kukuh di dunia.

Ia adalah satu-satunya helikopter serangan yang mempunyai kemampuan melepaskan peluru berpandu udara ke udara yang terintegrasi sepenuhnya.

Bell AH-1Z Viper mempunyai meriam tiga laras berukuran 20 mm (dengan 750 tembakan) dan membawa peluru berpandu AGM-114A / B / C, peluru berpandu anti-kapal AGM-114F, peluru berpandu AIM-9 (udara ke udara), pod roket 70-mm.

Ia diperkenalkan pada 30 September 2010 dan setakat ini hanya 52 unit dibina, dengan kos setiap satunya mencecah RM127 juta.

1. AH-64E Apache Guardian - Amerika Syarikat

ah 64e apache guardian 2

Dan bagi helikopter penyerang terhebat dan tercanggih pernah dibina, menjadi milik tak lain tak bukan helikopter buatan Amerika Syarikat iaitu Boeing AH-64E Apachge Guardian.

Ia merupakan helikopter dengan 4 bilah kipas, syaf dwi-turbo dengan susunan gear pendarat jenis tailwheel dan kokpit tandem memuatkan 2 krew.

Antara senjata yang dimuatkan pada AH-64E Apache Guardian yang mampu mencapai kelajuan maksimum 300 km/j termasuklah:

ah 64e apache guardian

  1. Meriam 30-mm
  2. 16 unit peluru berpandu AGM-114L Hellfire (udara ke darat)
  3. 2 unit peluru berpandu anti-kereta kebal
  4. 4 unit peluru berpandu AIM-92 Stinger atau 2 unit AIM-9 Sidewinder (udara ke udara)
  5. 2 unit peluru berpandu AGM-122 Sidearm anti-radiasi
  6. roket pod Hydra 70 dengan 19 tembakan

Helikopter ini bersaiz 17.7 meter panjang dan 5 meter tinggi, dan kos bagi seunit adalah RM145 juta.


tags : , , , , , , , , , , ,



Hakcipta iluminasi.com (2017)