Adalah menjadi sifat dan lumrah semulajadi manusia untuk menyukai muzik. Muzik dan irama melodi dapat memberikan ketengangan kepada minda.
Biasanya pemilihan gaya atau genre muzik dipilih oleh seseorang berdasarkan sifat peribadi dan minat individu tersebut. Malah, mood juga memainkan peranan penting dalam pemilihan gaya muzik.
Terdapat pelbagai jenis genre muzik pada hari ini termasuklah pop, balada, rock, blues, hip-hop, jazz, irama Malaysia, country dan banyak lagi.
BESARKAN TEKS A- A+
Namun, ada beberapa lagi genre muzik yang dilihatkan sebagai tersangat pelik dan aneh. iluminasi.com kongsikan 5 genre muzik yang paling pelik dan dahsyat di dunia.
5. Nintendocore
Nintendocore adalah apa yang anda dapat apabila anda menggabungkan muzik latar belakang dalam permainan video Nintendo dengan punk hardcore.
Muzik dalam permainan Nintendo selalunya tidak berbahaya dengan melodi menyenangkan, sementara punk hardcore pula adalah sangat agresif dengan banyak menjerit.
Muzik Nintendocore biasanya berkenaan dengan permainan video Nintendo.
Band akan sering mengambil kesempatan terhadap kejayaan sesuatu permainan Nintendo dan juga menamakan tajuk permainan video tersebut sebagai tajuk lagu mereka.
(Horse the Band)
Oleh itu, anda akan terjumpa lagu-lagu yang berjudul seperti "Contra" dan "Double Dragon". Terdapat satu lagi lagu yang dihasilkan berkenaan Super Mario dan sebuah album penuh dihasilkan berkisarkan tentang Pokemon.
Nintendocore diasaskan oleh band "Horse the Band" dan kini ia terbahagi kepada dua bentuk.
Yang pertama adalah melibatkan kumpulan yang lebih suka untuk tidak mengubah muzik asal yang digunakan dalam permainan video Nintendo.
Yang kedua pula melibatkan band yang gemar mengubahsuai dan menambah muzik instrumental mereka ke dalam muzik asal.
4. Unblack Metal
Biasanya ramai yang mengenali genre Black Metal, tetapi kali ini agak berbeza.
Unblack metal atau dikenali sebagai Black Metal Kristian, adalah bertentangan dengan Black Metal. Walaupun Black Metal dikenali dengan liriknya yang kontroversial, syaitan, dan lucah, tetapi Unblack Metal terkenal dengan lirik agama.
Ia digunakan untuk menyampaikan mesej pro-Kristian menggunakan rentak dan gaya muzik yang sinonim dengan Black Metal. Cuba anda bayangkan muzik Injil Kristian dinyanyikan menggunakan cara dan alunan muzik Black Metal.
Secara lazimnya, adalah mustahil untuk Black Metal Kristian ini untuk wujud kerana salah satu daripada ciri-ciri Black Metal adalah sifat anti-agama terutamanya terhadap Kristian.
Sesetengah daripada band-band Unblack Metal menyedari perkara ini, membuatkan mereka menggelarkan genre ini sebagai "Unblack Metal". Walaubagaimanpun, genre ini tidaklah begitu aktif dan popular, dengan hanya beberapa band sahaja yang wujud.
3. Hokum Blues
Blues Hokum pada dasarnya adalah muzik blues dengan nada seksual. Genre ini popular di Amerika Syarikat pada tahun 1920-an dan 30-an, terutamanya semasa era "Prohibition" atau Larangan.
Prohibiton adalah larangan perlembagaan di seluruh negara terhadap pengeluaran, pengimportan, pengangkutan, dan penjualan minuman beralkohol di Amerika Syarikat.
Ketika itu, terdapat kepercayaan umum bahawa hanya orang yang terlibat dalam seks, perjudian, atau aktiviti lain akan kekal berjaga pada waktu malam.
Pemuzik dan band-band hokum blues sering menyanyikan lagu mengenai seks, pelacuran dan homoseksual menggunakan metafora dan perkataan.
(Lucille Bogan)
Ini membolehkan mereka secara terbuka menyanyikan lagu kotor dan lucah yang hanya difahami oleh orang yang memberi perhatian.
Antara lagu-lagu popular termasuklah "He Likes it Slow," "I Want a Hot-Dog in my Roll" “Banana in Your Fruit Basket,” “Warm My Wiener,” “Tight Like That,” “Lonesome Daddy,” “Bull Dyke Blues,” and “Shave ‘Em Dry.”
Salah satu lagu yang paling menjadi kontroversi dalam genre ini ialah “My Sweet Petunia” oleh Lucille Bogan (aka Bessie Jackson).
"Petunia" adalah nama bunga yang berwarna-warni tetapi ia berfungsi sebagai slanga untuk labia (lipatan dalaman dan luaran vulva, di kedua-dua sisi faraj).
Lucille juga jelas dalam liriknya, memilih ayat-ayat seperti “I got nipples on my titties, big as my thumb, got something ‘tween my legs’ll make a dead man come.”
Beberapa lagu oleh Lucille telah menimbulkan panik moral pada tahun 1980-an dan ia biasanya dilabelkan dengan label PG pada hari ini.
2. Narcocorrido
Narcocorrido adalah genre muzik Mexico yang mengangkat dan memuliakan raja dadah dan jenayah yang berkaitan. Genre ini sangat kontroversi dan telah diharamkan oleh kerajaan Mexico.
Lirik dalam genre ini biasanya mengenai sejarah raja dadah serta penangkapan mereka, operasi, kematian, pertempuran, dan juga masa-masa di mana mereka telah dikhianati.
Narkocorrido pertama kali muncul pada tahun 1970-an sebelum memasuki arus perdana (mainstream) pada tahun 1990-an. Pemuzik sering memberi tumpuan kepada kartel yang paling banyak mendapat mendapat liputan.
Jadi semakin banyak jenayah oleh kartel yang diliputi media, semakin banyak pemuzik menghormati dan memasukkan kisah penjenayah-penjenayah ini dalam ke dalam lagu-lagu mereka.
(Rolando Arellano Sánchez, ahli band Contacto yang memainkan genre Narcocorrido dibunuh pada tahun 2017)
Walau bagaimanapun, para pemuzik narcocorrido biasanya mengelakkan pemuliaan yang berlebihan terhadap mana-mana raja dadah dan kartel kerana raja dadah lain mungkin akan tersinggung atau berasa hati.
Para pemuzik juga mengelakkan menyebut nama-nama raja dadah yang mereka muliakan kerana individu tersebut mungkin akan marah dan boleh membawa kepada kematian.
Antara tahun 2006 dan 2008, lebih daripada 12 pemuzik narcocorrido dibunuh dalam keadaan yang snagt misteri.
Dipercayai bahawa mereka terbunuh selepas kartel tertentu mengambil tindakan terhadap lirik mereka atau menyebut organisasi jenayah lain dalam lagu mereka.
1. Sayur-sayuran
Para pemuzik masih belum bersetuju dengan nama genre ini, jadi iluminasi akan menggelarkannya sebagai "sayur-sayuran".
Gaya muzik ini diasaskan oleh Vegetable Orchestra, sebuah kumpulan yang telah menyempurnakan seni menggunakan sayuran sebagai alat muzik.
Vegetable Orchestra mencipta genre ini pada tahun 1998 selepas membincangkan tentang peralatan sukar yang mana yang boleh digunakan untuk menghasilkan muzik.
Ketika itu, mereka sedang memasak sup, jadi agak masuk akal jika mereka terfikir untuk menggunakan sayur-sayuran untuk bermain muzik. Gaya muzik mereka dipengaruhi oleh muzik eksperimental, elektronik, dan pop.
Sebelum setiap pertunjukan, Vegetable Orchestra akan dengan teliti mengukir instrumen mereka daripada kira-kira 32 kilogram sayur-sayuran.
Kadang-kala, mereka menggunakan sayur seperti labu, yang menghasilkan bunyi muzik apabila dipukul dan tidak memerlukan ukiran.
Selepas setiap pertunjukan, kumpulan itu memasak sup menggunakan sayur-sayuran tersebut yang mana mereka akan makan bersama-sama dengan penonton mereka.
Jika mereka tak mahu memasak sup, sayur-sayuran mentah tersebut akan diberikan kepada para penonton. Macam best je kan dapat sayur percuma lepas konsert?