lelaki gay haram kajian saintifik

Salah seorang aktivis golongan LGBT yang paling lantang bersuara adalah seorang peguam dan penulis kelahiran India warga Amerika Syarikat, bernama Urvashi Vaid - salah seorang individu wanita yang dinamakan majalah TIME, sebagai antara pemimpin muda paling berpengaruh pada tahun 1994.

Dalam sebuah ucapan beliau pada tahun 1997, Vaid mengakui bahawa matlamat perjuangan golongan seperti mereka adalah untuk membangunkan sebuah masyarakat yang dapat menerima homoseksualiti sebagai sesuatu yang sihat, natural dan normal - dengan matlamat itu dijadikan agenda utama beliau sendiri.

Tahun ke tahun, individu seperti Vaid yang membawa agenda serupa semakin lama semakin lantang mempengaruhi masyarakat dunia walaupun secara saintifiknya, aktiviti LGBT khasnya hubungan lelaki dengan lelaki telah terbukti menimbulkan banyak keburukan. Ramai tahu apakah hukum bersemburit dan larangannya dari perspektif agama. Tetapi apa sebenarnya keburukan menjalinkan hubungan sesama jantina?

1. Penyebaran wabak HIV dan penyakit AIDS

virus bacteria hiv cancer

Kami sudah mendedahkan bagaimana penyakit AIDS satu masa dulu pernah digelarkan sebagai penyakit yang hanya menjangkiti golongan lelaki homoseksual, sehingga digelarkan penyakit khas orang gay. Apa yang menakutkan, mereka seakan tidak gentar dengan ancaman yang ada.

Oleh kerana hubungan perlu dilakukan secara semburit, virus HIV mampu merebak dengan lebih mudah berbanding hubungan normal. Kebarangkaliannya jauh berbeza - 1 dalam 125 untuk hubungan semburit dan 1 dalam 2000 untuk hubungan seks biasa. Ini menandakan hubungan bersemburit 5 kali lebih bahaya secara minima pada pelakunya, apabila kita berbicara tentang risiko jangkitan HIV.

2. Penyebaran virus HPV

hpv virus vaccine

HPV atau 'Human Papillomavirus' adalah kumpulan lebih 70 virus yang menyebabkan jangkitan-jangkitan pada bahagian kulit, mampu menjangkiti pelbagai jenis bahagian badan. Daripada 70++ jenis, 20 daripadanya merupakan virus penyebar penyakit kelamin menjangkiti alat kelamin yang tidak boleh dirawat.

Apa yang anda perlu ketahui sebelum 'memilih' untuk menjadi seorang gay - anda mempunyai kadar kemungkinan dijangkiti virus HPV yang sangat tinggi kerana virus HPV dianggap sebagai sesuatu yang universal di kalangan golongan semburit. Disebabkan daripada risiko itu jugalah, golongan gay menjadi golongan tertinggi mendapat penyakit kanser dubur.

Kajian yang dijalankan mendapati virus HPV boleh dijumpai di kalangan 90% lelaki gay HIV positif dan 65% bukan pembawa virus HIV yang gemar hubungan sesama jenis.

3. Jangkitan wabak HAV, HBV dan HCV

lelaki gay suntikan

Wujud tiga jenis virus yang sehingga kini masih gagal dikawal dan didapati kerap kali merebak dikalangan individu gemar bersemburit yang dinamakan sebagai Hepatitis A Virus (HAV), Hepatitis B Virus (HBV) dan Hepatitis C Virus (HCV).

Ketiga-tiga virus menyerang organ-organ penting yang sama iaitu hati, menyebabkan jangkitan yang akan meninggalkan parut pada organ, kanser hati, kegagalan untuk hati berfungsi yang seterusnya akan menyebabkan kematian.

Bagi mereka yang dijangkiti HCV yang lebih rendah kadar jangkitannya pula, kesan virus itu hanya akan dirasai selepas 30 tahun kerana virus itu akan kekal dorman dalam tubuh seseorang terlebih dahulu.

4. Gonorrhea

penyakit gay gonorrhea

Gonorrhea merupakan jangkitan yang berlaku pada bahagian saluran kencing seorang lelaki tetapi akibat daripada aktiviti bersemburit dan gemar melakukan aktiviti oral seks menggunakan mulut, jangkitan ini juga sudah didapati berlaku di bahagian dubur dan juga tekak individu dijangkiti.

Golongan homoseksual dilaporkan mempunyai kemungkinan 3.7 kali lebih tinggi untuk mendapat jangkitan gonorrhea, hasil daripada aktiviti songsang mereka berbanding pasangan lain yang melakukan hubungan seksual dalam tabii.

5. Gay Bowel Syndrome

gay bowel syndrome

Dinamakan sedemikian rupa kerana hanya ditemui di kalangan lelaki-lelaki gay, Gay Bowel Syndrome atau GBS mempunyai tiga jenis jangkitan iaitu proctitis, proctocolitis dan enteretitis - apa yang membezakannya adalah di mana jangkitan berlaku.

Penyebab utama GBS adalah sisa-sisa najis yang melekat pada bahagian dubur seseorang lelaki yang ditusuk ke dalam bahagian usus menyebabkan usus dipenuhi dengan bakteria serta patogen-patogen tidak sepatutnya. Ada juga kes GBS berlaku disebabkan oleh perpindahan najis tadi melalui mulut akibat daripada aktiviti menghisap kemaluan pasangan yang kotor.

6. Masalah mental pelaku semburit

lelaki afrika lgbt

Kajian-kajian yang telah dijalankan selama ini menunjukkan satu kecenderungan yang serupa antara individu gemar bersemburit dengan kejadian bunuh diri. Golongan gay dilaporkan mempunyai kecenderungan 3 kali lebih tinggi untuk mengambil tindakan drastik membunuh diri, disebabkan oleh tekanan yang mereka hadapi dengan usia 25 tahun menjadi usia purata cubaan pertama berlaku.

Dalam kajian jangka panjang melibatkan pemantauan 1,007 orang individu sejak lahir - mereka yang telah dewasa dan menjadi seorang gay atau biseksual dilaporkan mempunyai kadar kemurungan lebih tinggi, perlu bergantung dengan bahan terlarang serta memang lebih mudah membunuh diri.

7. Hidup lebih singkat usia

mangsa letusan vesuvius

Adakah anda tahu, secara purata seorang lelaki homoseksual mempunyai jangka hayat purata yang lebih rendah berbanding lelaki normal? Angkanya pula bukan kecil, tetapi anggarannya besar - dengan beza di antara 8 ke 20 tahun dilaporkan.

PIhak-pihak pro LGBT menyifatkan perkara itu berlaku adalah kerana disebabkan golongan gay yang gemar aktiviti bersemburit terpaksa hidup dalam tekanan masyarakat, menyebabkan mereka sepanjang hayat berdepan prejudis yang memendekkan hayat mereka.

Walaupun begitu, kajian yang dijalankan di beberapa buah bandar yang mengamalkan pendekatan liberal di Amerika Syarikat dan Kanada, yang lebih terbuka untuk menerima perbezaan seksualiti golongan ini - keputusan yang hampir sama diperolehi dengan majoriti lelaki gay berusia 20-an ketika kajian, diramalkan tidak akan mampu mencapai usia 65 tahun.

Rujukan

Gay People In Homophobic Regions Die Younger Than Those In Accepting Communities

Is Homosexuality a Health Risk? (PDF)



Hakcipta iluminasi.com (2017)