iluminasi ganja epilepsi sawan4

Ganja merupakan satu isu yang akan sentiasa diperdebatkan kebaikan dan keburukannya. Ditambah pula dengan pelbagai teori-teori konspirasi yang wujud sama ada menyokong atau bersifat negatif terhadap tanaman ganja, ganja merupakan sejenis tanaman yang membuatkan kita berbeza pendapat.

Namun begitu, menurut satu kajian berkaitan dengan tanaman ganja, molekul yang terkandung dalam pokok ganja yang dinamakan cannabidol atau CBD, mampu membantu pesakit sawan dalam mengurangkan kejadian epilepsi sehingga 39% secara purata.

Yang lebih baik, 3 daripada peserta kajian tidak langsung mengalami sawan selepas menerima rawatan yang mengandungi dos CBD.

iluminasi ganja epilepsi sawan

Dalam satu laporan kajian yang diterbitkan dalam New England Journal of Medicine melalui kajian yang didanai oleh syarikat farmasi sebagai ujikaji ubat percubaan, ubat yang mengandungi CBD yang diberi kepada pesakit- pesakit Dravet syndrome, sejenis epilepsi yang berbahaya.

Dravet Syndrome ini berlaku akibat kerosakan pada bahagian otak sejak usia bayi setahun yang akan mengalami sawan tahap kronik sepanjang hidup mereka. Dravet syndrome setakat ini tidak mampu dirawat sehinggalah penemuan terbaru ini.

Apa yang membezakan penggunaan CBD ini berbanding penggunaan ganja yang selalu kita dengar, adalah CBD tidak membuatkan penerimanya berasa khayal. CBD tidak mengandungi bahan psikoaktif yang membuatkan seseorang itu hilang kawalan minda, jadi prospek CBD untuk digunakan sebagai ubat kepada epilepsi ini nampak cerah.

iluminasi ganja epilepsi sawan2

Dalam kajian yang dilakukan melibatkan 120 orang kanak-kanak dan remaja yang mengalami Dravet syndrome yang dibahagikan kepada dua kumpulan, satu kumpulan diberi rawatan CBD sementara satu lagi kumpulan hanya diberi rawatan berbentuk placebo atau palsu, sebagai kumpulan kawalan.

Keputusannya, secara purata kumpulan yang dirawat mengalami penurunan ketara 6 kali serangan sawan daripada purata awal 12 kali sebulan berbanding kumpulan kawalan yang mengalami 14 kali serangan sawan, sebulan.

Walaupun begitu, terdapat beberapa kesan sampingan yang wujud kerana penggunaan CBD ini pada peserta kajian. 93% peserta mengalami rasa mual, cirit birit, mudah mengantuk dan sakit ginjal. Selain itu, penyelidik tidak dapat memastikan kesan CBD ini dalam jangka masa panjang kerana kajian hanya dilakukan dalam tempoh 14 minggu.

iluminasi ganja epilepsi sawan3

Terdapat beberapa persoalan yang belum mampu dijawab oleh penyelidik seperti adakah dengan pengenalan dos CBD yang lebih tinggi akan menurunkan kadar serangan sawan dan adakah pengurangan dos akan membantu mengawal kesan sampingan ubat tersebut.

Kajian lebih mendalam akan dilakukan dalam memastikan ubat yang mengandungi CBD ini mampu merawat pesakit epilepsi dengan lebih berkesan.

Bagi pesakit yang menghidap dravet syndrome ini, pasti ini adalah satu berita gembira buat mereka. Kita pula, marilah kita sama-sama terus berbincang tentang pro dan kontra tanaman ganja ini bersama-sama.

Dalam setiap keburukan, pasti ada kebaikan. Begitulah juga sebaliknya.

RujukanNew England Journal of Medicine


tags : , , , , , , , , , ,




Hakcipta iluminasi.com (2017)