Oleh pada 17 May 2018 kategori

Sebelum dunia moden lahir, dunia diperintah oleh empayar yang dipimpin oleh individu atau negara yang paling berkuasa. Kerap kali peralihan kuasa berlaku menyebabkan negara-negara berbeza mengawal kebanyakan kawasan di dunia ketika itu.

Sesebuah empayar itu haruslah menguasai kawasan yang besar untuk dianggap sebagai kuasa besar dalam sejarah. Dan penaklukan kawasan yang besar biasanya membawa kepada kekayaan yang luar biasa. iluminasi.com ingin kongsikan 5 kerajaan atau empayar yang paling kaya di dunia berdasarkan ekonomi.

BESARKAN TEKS     A-  A+

5. Empayar Qing – RM957 bilion (pada tahun 1912)

empayar qing 5 empayar paling kaya di dunia

Juga dikenali sebagai Dinasti Manchu, Empayar Agung Qing terdiri daripada penguasa kerajaan terakhir di China. Empayar Cina ini bermula pada tahun 1644 dan berakhir pada tahun 1912 apabila Republik China terbentuk. Dinasti yang berbilang budaya ini kekal hampir 3 abad dan membentuk pangkalan wilayah China moden.

Ia ditubuhkan oleh keluarga Jurchen Aisin Gioro dari Timur Laut China yang sebelumnya dikenali sebagai Manchuria.

empayar qing 5 empayar paling kaya di dunia 2

Penguasa-penguasa yang lebih lama dari Empayar Qing mengikuti budaya Manchu manakala pemimpin-pemimpin terakhir memerintah menggunakan cara Confucian.

Penduduk empayar ini di antara 300 hingga 400 juta orang dan ketika inilah piawaian bagi pengukuran dan mata wang diperkenalkan. Sempadan Empayar Qing kemudian diperluaskan ke Mongolia, Tibet, Xinjiang dan Taiwan.

4. Empayar Rusia – RM1.022 trilion (pada tahun 1917)

empayar rusia 5 empayar paling kaya di dunia 2

Empayar Rusia moden ditubuhkan pada tahu 1721 dan berakhir 196 tahun kemudian pada tahun 1917 ketika Revolusi Rusia.

Terdapat perbalahan dalam kalangan ahli sejarah mengenai siapa yang menubuhkan empayar ini tetapi beberapa rekod menyatakan bahawa ia mungkin ditubuhkan oleh Tsar Peter I, Ivan III atau Ivan IV. Empayar ini adalah antara satu yang terluas dalam sejarah, di belakang Empayar British dan Mongolia.

empayar rusia 5 empayar paling kaya di dunia

Kawasan tanah yang dijajah dalah dari Eropah Timur ke Asian dan Amerika Utara. Kekayaan Empayar Rusia melintasi Lautan Artik, Laut Baltik, Laut Hitam dan Lautan Pasifik. Empayar ini juga sampai ke bahagian Timur Laut di Amerika.

Penyertaannya dalam Perang Dunia Pertama juga merupakan sebahagian daripada sebab kejatuhannya pada tahun 1917.

3. Empayar Jepun – RM1.034 trilion (pada tahun 1938)

empayar jepun 5 empayar paling kaya di dunia 262

Pada 3 Januari 1868, Empayar Jepun yang sangat berkuasa telah bermula semasa Pengembalian Meiji (maharaja Jepun) dan berakhir apabila Perlembagaan Jepun 1947 digubal. Empayar ini telah menakluk sebahagian besar Asia Pasifik dan menguasai kawasan seluas kira-kira 7.4 juga kilometer persegi menjelang tahun 1942. 

Permulaan kejatuhan Empayar Jepun mengakhiri Perang Dunia Kedua selepas pengemboman Hiroshima dan Nagasaki serta pengisytiharaan perang oleh Kesatuan Soviet.

empayar jepun 5 empayar paling kaya di dunia 2

Empayar ini mendapat perhatian disebabkan jenayah perang yang dilakukan selama pemerintahan di beberapa buah negara di Asia Pasifik. Beberapa negara yang dijajah oleh empayar ini termasuklah Korea, Taiwan, beberapa bahagian China, Timor, Burma, New Guinnea, Filipina, Guam, Brunei, Malaysia dan banyak lagi.

Malah, Hawaii dan California di Amerika Syarikat juga diserang namun tidak ditawan.

2. Empayar Nazi Jerman – RM1.49 trilion (pada tahun 1938)

empayar nazi jerman 5 empayar paling kaya di dunia

Empayar Nazi Jerman dimulakan apabila Adolf Hitler dilantik menjadi Canselor oleh Presiden Jerman, Paul von Hindenburg pada 1933. Dan dalam hanya masa 3 hari selepas dilantik, Adolf Hitler yang berasal dari Austria telah menetapkan hala tuju Parti Nazi dalam usaha memperluaskan ruang bangsa induk Jerman. 

Dalam tahun yang sama, Hitler telah mengharamkan semua parti politik yang lain, membentuk Polis Rahsia Gestapi dan mengambil alih tampuk kepimpinan kerajaan. Hitler kemudiannya mengiktiraf dirinya sebagai Fuhrer (pemimpin) untuk menggabungkan jawatan Canselor dan Presiden, selepas Paul von Hindenburg meninggal dunia.

empayar nazi jerman 5 empayar paling kaya di dunia 2

Pada tahun 1935, Hitler mengumumkan bahawa Tentera Darat Jerman akan dikembangkan dan mengharamkan hubungan antara Yahudi dan bangsa Aryan. Empayar Jerman Nazi menduduki Australia, Czechoslovakia, Poland, Belanda, Perancis, Luxembourg, Belgium, Denmark, Greece, Yugoslavia, Itali dan Norway.

Empayar ini menghapuskan dan menangkap semua orang Yahudi dalam negara-negara ini dan dalam masa yang sama mereka merampas kekayaan negara-negara ini. Empayar Nazi berakhir apabila Hitler membunuh diri pada 30 April 1945.

1. Empayar British – RM3.64 trilion (pada tahun 1938)

empayar british 5 empayar paling kaya di dunia

Empayar British terdiri daripada tanah jajahan, dominasi, mandat, protektoran dan wilayah yang dikuasai oleh United Kingdom. Ia bermula apabila jawatan perdagangan dan harta benda luar di luar negara telah ditubuhkan oleh England di antara abad ke-16 dan abad ke-18. 

Di bawah pemerintahan Ratu Victoria, Britain menjadi empayar terbesar di dunia. Pada tahun 1922, empayar ini menguasai 23% daripada permukaan bumi dan terdiri daripada 458 juta penduduk, bersamaan 20% daripada populasi bumi ketika itu.

empayar british 5 empayar paling kaya di dunia 2

Empayar British menduduki banyak negara di Eropah, Afrika, Amerika, Australasia, Antartika, Afrika dan Asia khususnya India. Namun, empayar ini berakhir dan ditandai oleh penyerahan Hong Kong kepada China pada tahun 1997.




Hakcipta iluminasi.com (2017)