Oleh pada 26 Aug 2018 kategori

Dalam kebanyakan perang yang berlaku di dunia ini, antara salah satu taktik yang paling licik dan berkesan untuk mendapatkan maklumat pihak musuh adalah melalui khidmat perisik.

Perisik adalah salah seorang anggota yang tersangat penting yang mana memberikan maklumat sulit pihak lawan. Namun, tak semua layak menjadi perisik.

Mereka ini biasanya mempunyai kemahiran-kemahiran tertentu seperti boleh berbahasa asing, pandai bergaul, pintar mengambil dan menggunakan peluan serta mudah menyesuaikan diri.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Namun, apa yang lebih licik adalah double agent, di mana seseorang perisik itu berkhidmat untuk dua pihak. Ini agak rumit kerana tiada siapa yang tahu perisik ini menyebelahi pihak yang mana satu.

iluminasi.com kongsikan antara 6 double agent paling hebat dalam sejarah.

6. Humam Khalil Abu-Mulal al-Balawi

humam khalil abu mulal al balawi 982

Humam al-Balawi sedang berada dalam pengajian perubatan di Istanbul, Turki, apabila sebuah agensi perisikan tempatan mendapati dia cenderung ke arah ekstrimis. Dia kemudiannya ditangkap dan CIA mengambil alih kesnya.

Mereka menawarkan kepadanya untuk menjadi double agent untuk mereka, dan dia bersetuju. Walau bagaimanapun, hanya menjadi ejen ganda tidak cukup untuknya, dia mahu menjadi triple agent. 

Humam al-Balawi kelihatan seperti calon yang sesuai untuk CIA kerana mempunyai pendidikan, seorang doktor perubatan. Humam kemudiannya dihantar ke Afghanistan dan ditugaskan untuk melaporkan aktiviti Al-Qaida.

Prestasi kerjanya cukup untuk memenangi 100% keyakinan CIA. Apabila dia mencapai tahap itu, dia memutuskan untuk melakukan apa yang diinginya.

humam khalil abu mulal al balawi 2

humam khalil sebelum kematiannya

Pada satu ketika, Humam memberitahu dia mempunyai maklumat penting mengenai orang nombor 1 Al-Qaeda iaitu Ayman al-Zawahiri.

Dia berkata hanya ingin sampaikan maklumat tersebut kepada pegawai atasan sahaja, jadi pada 30 Disember 2009 dia dpanggil ke pejabat arahan CIA di Afghanistan. 

Disebabkan oleh Humam yang terlambat pada hari tersebut, pegawai-pegawai atasan CIA sedang menunggunya dengan cemas, sehinggakan tak ada yang peduli bagi mengambil langkah keselamatan.

Humam dengan mudah memasuki pangkalan CIA tanpa diperiksa. Dan ketika berada di dalam pejabat yang disertai oleh 7 pegawai CIA dan dua kakitangan lain, Humam meletupkan bom yang dibawanya.

Bom tersebut membunuh kesemua 9 pegawai Amerika Syarikat itu termasuk dirinya.

Ia merupakan serangan terburuk terhadap CIA dalam tempoh 25 tahun dan tindakan tersebut dikatakan untuk membalas dendam.

5. James Rivington

james rivington

James Rivington seorang warga Amerika Syarikat yang lahir di United Kingdom. Dia merupakan seorang wartawan yang menulis artikel untuk akhbar kerajaan yang dikenali sebagai Gazette Rivington, semasa Perang Revolusi Amerika.

Dia dipercayai telah menjadi sebahagian daripada rangkaian perisikan Culper. Culper Ring adalah satu gabungan mata-mata yang dibentuk oleh Major Benjamin Tallmadge, di bawah perintah Perdana Menteri Amerika Syarikat pertama, George Washington sendiri.

Matlamat kumpulan itu adalah menghantar mesej rahsia kepada George. Walaupun dia bekerja untuk British, dia secara rahsia memberikan maklumat kepada George.

Mesej-mesejnya ditulis pada muka hadapan buku dan dihantar ke kem Amerika oleh mereka yang langsung tidak tahu buku-buku tersebut mengandungi mesej tersembunyi.

4. Agen SNOW

agent snow arthur owens

Nama sebenar agen SNOW adalah Arthur Owens, seorang double agent berwarganegara Wales yang membekalkan maklumat tentang Abwehr, agensi perisikan rahsia Jerman, kepada MI5, agensi perisikan British.

Arthur memiliki sebuah syarikat yang membekalkan bateri kepada kapal-kapal dan disebabkan kerjanya ini, dia berhubung dengan kedua-dua Tentera Laut Jerman dan Brisith.

Dia mula bekerja untuk Perkhidmatan Perisikan Rahsia (SIS) pada tahun 1936 dengan memberikan maklumat kepada mereka. Pada tahun 1938, dia dihubungi oleh pihak Jerman yang menawarkan sejumlah wang untuk mendapatkan maklumat.

Namun, bukan wang yang menjadi motif utama tetapi wanita-wanita cantik yang dibekalkan oleh Jerman kepadanya membuatkan Arthur bersetuju.

Akan tetapi, dia berasa menyesal bekerjasama dengan Jerman dan memberitahu SIS, kemudiannya kembali membekalkan maklumat kepada mereka.

Isteri Arthur, yang telah berpisah dengannya mendedahkan identitinya sebagai double agent bagi Jerman dan British.

Selepas kedua-dua negara ini berperang, dia pergi berjumpa dengan Cawangan Khas British untuk menawarkan khidmatnya, namun telah dihumbankan ke dalam penjara.  

Dia kemudiannya dibebaskan selepas pihak British berubah fikiran dan menggunakannya sebagai double agent sekali lagi untuk menghantar mesej palsu kepada Jerman.

Agen SNOW adalah double agent pertama dalam Perang Dunia Kedua dan telah membantu British menangkap lebih daripada 120 orang perisik Jerman yang bersembunyi di United Kingdom.

3. Aldrich Ames

aldrich ames 2

Aldrich Ames adalah seorang perisik Amerika yang berpaling tadah dari negarany dan menjadi double agent untuk Kesatuan Soviet.

Aldrich adalah perisik yang paling dahsyat dalam sejarah Amerika Syarikat dan telah menjejaskan aset CIA yang terbanyak berbanding mana-mana individu dalam sejarah.

Dia pada asalnya menghubungi Soviet untuk membayar hutangnya dan meminta kurang kepada hanya USD50,000.

Tetapi Aldrich terperangkap di atas perbuatannya sendiri dan tidak dapat menghentikan apa yang dimulakannya walaupun sudah tidak berhutang dengan Soviet.

aldrich ames

Maklumat pertama yang diberikan Aldrich kepada Soviet adalah maklumat yang dianggapnya sebagai tidak bernilai, namun semakin lama dia memberikan maklumat yang lebih penting dan membahayakan negaranya.

Dia mendedahkan kepada Soviet identiti agen-agen FBI dan CIA yang sedang mengintip. Dengan melakukan perkara ini, dia mendapat pulangan dalam bentuk wang yang sangat banyak dan melindungi dirinya daripada mereka yang berpotensi untuk menangkapnya.

2. Tun Abdul Razak

tun abdul razak 1 422

Perang Dunia Kedua berlaku ketika Tun Abdul Razak sedang belajar di Kolej Stamford Raffles di Singapura. Disebabkan pengajiannya terganggu, beliau dipanggil pulang ke Kuantan.

Ketika beliau tiba di Kuantan, berita tentang golongan beliau dikerah menjadi buruh paksa kepada Siam juga sampai.

Dalam Perkhidmatan Awam Malaya, Tun Abdul Razak bertemu dengan Yeop Mahidin Bin Mohamad Shariff. Yeop Mahidin adalah seorang penjawat awam, lebih tepat seorang hakim.

Dia ingin berkhidmat kepada negaranya, tetapi ketua pasukannya menafikan impiannya untuk menyertai Rejimen Melayu.

Dan apabila perang meletus, Yeoh Mahidin dengan pantas menubuhkan Askar Wataniah Pahang dan diperkenan oleh Allahyarham Sultan Abu Bakar.

Melihat kesungguhan Tun Abdul Razak untuk berkhidmat kepada negara, Yeop Mahidin mengambil beliau di bawah tunjuk ajarnya dan menyuruhnya menyertai Perkhidmatan Awam Malaya untuk menjadi pemberi maklumat kepada Askar Wataniah Pahang.

Beliau kemudiannya dihantar kembali ke Pahang oleh pentadbiran Jepun. Watak yang sempurna membuat mereka melantiknya sebagai pembantu di pejabat Pegawai Daerah.

tun abdul razak dalam askar wataniah pahang 839

(Askar Wataniah Pahang)

Ketika di hutan di Pahang, Yeop Mahidin secara diam-diam berjaya merekrut lebih daripada 200 orang Melayu dan identitinya sebagai pengasas Wataniah tidak diketahui.

Sebagai Pembantu Pegawai Daerah, Tun Abdul Razak perlu menyelaraskan banyak aktiviti dengan pasukan Imperial Jepun. Beliau berjaya membina rangkaian persahabatan ketika itu bersama Jepun.

Pada masa yang sama, pasukan Wataniah melihat Abdul Razak sebagai pengkhianat ketika dia bekerja dengan orang Jepun.

Wataniah akhirnya menjadi sebahagian daripada pasukan Force 136 apabila British mula mempercayai orang Melayu untuk melawan orang Jepun.

Ini mungkin kerana kenyataan British menyedari bahawa sama ada mereka suka atau tidak, lebih separuh daripada penduduk Malaya adalah Melayu.

Ketika aktiviti Wataniah mula memberikan kesan kepada tentera Jepun, mereka mula mengesyaki barisan Perkhidmatan Awam Malaya yang ditugaskan menangani pergerakan Angkatan Tentera Jepun.

tun abdul razak dalam pasukan force 136 334

(Force 136)

Dalam satu serangan, Wataniah dengan kekuatan 20 anggota mampu membuat serangan hendap dan membunuh 30 orang tentera Jepun.

Salah seorang daripada askar Jepun adalah rakan kepada Yeop Mahidin. Tidak mahu Yeop Mahidin tertangkap, dia memberi amaran supaya berhati-hati dengan Tun Abdul Razak.

Yeop Mahidin dengan cepat membuat satu pelan yang melibatkan "penculikan" Tun Abdul Razak, seolah-olah seperti beliau hendak dibunuh.

"Penculikan" tersebut berjaya, kerana askar Wataniah tidak tahu Tun Abdul Razak adalah agen mereka dan misi mereka sebenarnya adalah misi menyelamat.

Ia hanya apabila Abdul Razak keluar dari kem Komandan barulah mereka menyedari bahawa dia adalah salah seorang daripada mereka.

tun abdul razak sertai tentera jepun

(Tun Abdul Razak memasuki latihan tentera Jepun)

Ketika khabar angin mengatakan Jepun menyerah kalah, Wataniah mendapat tahu khabar angin lain bahawa Sultan Abu Bakar telah diculik.

Dan ketika Tun Abdul Razak dan pasukannya tiba untuk menjemput Sultan, anggotanya menemukan risalah yang ditinggalkan Jepun mendakwa bahawa orang Cina telah membunuh Sultan.

Dengan marahnya, Tun Abdul Razak mengarahkan anggotanya untuk mengutip dan menghapuskan risalah tersebut.

Tindakannya itu mungkin telah menyelamatkan orang Cina di Kuantan daripada diserang oleh orang Melayu yang berang kerana Sultan mereka dibunuh.

Akhirnya Sultan Abu Bakar ditemui selamat. Tun Abdul Razak bukan sahaja menjadi perisik kepada Askar Wataniah Pahang, tetapi juga menyelamatkan Sultan dan menghentikan orang Melayu daripada terpedaya dengan helah Jepun untuk memecah belahkan negara. 

1. Juan Pujol Garcia

juan pujol garcia

Juan Pujol Garcia yang dikenali sebagai Agen Garbo adalah warganegara Sepanyol.

Apabila Juan berjaya menipu Nazi dan mendapat kedua-dua anugerah tentera yang paling tinggi dari kedua-dua Nazi dan Inggeris, dia dianggap sebagai sebagai double agent terhebat dalam sejarah.

Juan menghubungi pihak Jerman dan mendakwa dia mahu menjadi seorang perisik. Setelah dapat meyakinkan Jerman, mereka mengarahkan Garcia ke London untuk mengintip dan membekalkan maklumat kepada Nazi.

Namun, apa yang dilakukan oleh Juan adalah bertentangan. Dia yang diarahkan ke London sebaliknya telah pergi ke Lisbon, Portugal.

Di sana, dia menghantar poskad yang mempunyai imej monumen di England sambil menulis maklumat palsu di bahagian belakang.

juan pujol garcia dikenali sebagai agen garbo

Pihak Jerman mempercayai setiap satu daripada ceritanya dan menganggap Juan sebagai salah satu daripada perisik mereka yang terhebat.

Dia kemudiannya pergi ke perkhidmatan rahsia Brisith untuk memaklumkan kepada mereka tentang penipuannya. British pula kemudiannya mengupahnya, membuatkan Juan terus menipu Jerman.

Maklumat palsu yang diberikan olehnya adalah sangat penting dalam mengalahkan Nazi Jerman dan Hitler serta menyelamatkan ribuan nyawa.

Rujukan:

1. Big Think

2. Malaysian Patriot

3. Telegraph

4. Britannica




Hakcipta iluminasi.com (2017)