Bola sepak ialah sukan berpasukan yang dinikmati dan dimainkan oleh ramai orang di seluruh dunia tidak kira status, jantina atau umur. Ia juga antara hobi paling murah yang boleh anda nikmati tetapi sudah tentulah anda perlu melaburkan lebih banyak duit untuk mendapatkan kelengkapan lengkap permainan jika anda ingin menjadi pemain  profesional.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Dan walaupun peralatan berbeza corak, jenama dan warna untuk setiap kelab, negara atau liga, bola itu sendiri adalah satu-satunya benda penting yang diperlukan dalam permainan. Banyak syarikat yang mengeluarkan bola sepak mereka sendiri dengan kualiti dan harga yang berbeza.

Perbezaan utama antara bola ialah kualiti bahan, lapisan dan jahitan pada panel, serta bahagian belon dalam bola sepak itu. Nilai bola berbeza-beza bergantung pada perlawanan bola sepak, tempat pemain menggunakan bola, jika ia ditandatangani oleh seseorang yang terkenal, atau jika ia mempunyai warisan sejarah.

Kali ini, mari Iluminasi kongsikan pula senarai 5 bola sepak paling mahal di dunia. Sesetengah daripada bola ini sememangnya bola sebenar yang boleh digunakan dalam permainan bola sepak profesional sementara ada segelintir daripadanya mempunyai nilai tinggi kereta ciri unik padanya.

5. Bola Liga Juara-Juara Eropah yang ditanda tangani Lionel Messi - $1,900

bola champions league messi

Bola sepak yang ditandatangani ini telah meningkatkan nilai bola ini kerana Lionel Messi dan tandatangan tulisan tangannya di sisi. Bola sepak ini telah ditandatangani semasa Liga Juara-Juara UEFA 2021, di mana Lionel Messi bermain untuk Paris Saint-Germain.

Pasukan Messi tidak bermain di perlawanan akhir, tetapi memandangkan Messi digelar "Maradona baharu" kerana kejayaannya, tandatangannya itu dianggap lebih bernilai daripada pemain lain.

Musim 2021/2022 pasukannya dianggap mengecewakan kerana mereka tewas pada Pusingan ke-16 kejohanan Juara UEFA. Sehingga kini, pasukan PSG yang dibarisi ramai trio bintang terkenal Mbape, Neymar dan Messi masih gagal membawa PSG menjulang kejuaraaan pertama mereka dalam Liga Juara-Juara Eropah. 

4. Bola yang ditandatangani 12 pemain Barcelona - $2,300

bola nike barcelona

Satu lagi bola sepak yang ditandatangani ialah Bola Sepak Nike Barcelona 2021/2022 dengan pelbagai tandatangan. Bola sepak itu ditandatangani tangan oleh pemain FC Barcelona Adama Traore, Dani Alves, Ferran Torres, Jordi Alba Ramos, Nico Gonzales, Ronald Araujo, dan Xavi Hernandez, sekadar memberikan beberapa nama.

Bola tandatangan berbilang pemain Barcelona ini dijual di laman web Sports Memorabilia dengan harga $2,300 dalam keadaan sangat baik. Bola ini telah dilesenkan secara rasmi, dengan reka bentuk 12 panel yang licin dan belon getah di dalamnya untuk membantu tekanan udara apabila bola ditendang atau dibaling.

Bola keluaran Nike ini boleh digunakan untuk permainan sebenar. Walau bagaimanapun, kerana harganya yang begitu mahal ini, ia sememangnya barang koleksi untuk peminat Barcelona.

3. Bola Sepak Piala Dunia Louis Vuitton 1998 - $3,500-$5,500

bola sepak piala dunia louis vuitton

Salah satu bola sepak termahal ialah bola sepak keluara Louis Vuitton Edisi Terhad yang dibuat untuk Piala Dunia Perancis pada tahun 1998. Bola sepak itu diperbuat daripada kulit, dalam corak monogram Louis Vuitton "LV" yang dikenali, dan Louis Vuitton/Paris/Made in France dicap pada bahagian bawah bola.

Bola LV berwarna coklat sebagai warna utamanya ini mempunyau beberapa corak butiran persegi emas. Apabila jenama ini mengumumkan pengeluaran bola mahal ini, peminat terkejut dengan tanda harga.

Nampaknya seolah-olah anda membayar untuk nama jenama dengan populariti besar di dunia moden dan bukannya sebarang penggunaan bahan tertentu untuk pengeluaran bola. Tengok jenama LV sahaja pun kita boleh agak bola ini dijual kerana jenamanya dan untuk dijadikan sebagai koleksi semata-mata. 

2. Bola Sepak Berlian milik Benzema - $250,000

bola berlian karim benzema

Dengan harganya  yang tidak masuk akal dan bahan binaannya itu, kita tahu bahawa bola ini dibuat sebagai koleksi semata-mata dan bukannya dibuat untuk perlawanan sebenar.

Bola sepak kedua termahal dunia ialah bola sepak bertatahkan berlian, bola sepak bernilai suku juta dolar yang dibeli oleh pemain bola sepak Perancis Karim Benzema. Menurut tukang emas Dave Bling dan pasukannya, Benzema menghubungi mereka dengan permintaan untuk mencipta bola sepak 1,250 karat.

Seperti yang anda mungkin dapat simpulkan, bola ini bukan untuk kegunaan permainan tetapi lebih kepada hiasan rumah. Bola ini dibuat oleh tukang emas selebriti Dimitry Shimanov, juga dikenali sebagai Dave Bling, yang pernah bekerja dengan penyanyi rap Amerika 50 Cent, Offset, dan Drake.

1. Bola Sepak Berlian Shimansky  - $2,500,000

bola sepak berlian shimansky

Bola yang diperbuat dari berlian ini mempunyai kurang berlian daripada yang sebelumnya dalam senarai ini namun kerana berlian yang digunakan mencapai 3,500 karat, menjadikan ini bola bola sepak paling mahal di dunia.

Bola sepak bertatahkan berlian ini mempunyai 6,620 berlian putih dan 2,640 berlian hitam dipisahkan ke dalam tompok bola yang sesuai. Ia mengambil masa tiga bulan untuk menyiapkan bola unik ini.

Bola sepak ini direka untuk Piala Dunia FIFA 2010 yang berlangsung di Afrika Selatan. Pereka barang kemas Yair Shimansky mencipta bola untuk meraikan kejohanan itu. Replika bola ini yang diperbuat dari kristal pula telah dilelong di mana hasil lelongan didermakan ke adan kebajikan. 

Kredit:




Hakcipta iluminasi.com (2017)