Memotong rambut adalah satu rutin biasa yang boleh dilakukan dengan cara yang mudah atau versatil.

Dan apabila ia melibatkan pengeluaran wang bagi tujuan ini, ramai orang mengaku bahawa mereka tak mahu membayar untuk mendapatkan potongan rambut di mana ia akan tumbuh kembali.

Kebiasaannya anda boleh dapatkan potongan rambut dengan bayaran serendah RM3 ke RM15 bagi kedai-kedai biasa.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Walaupun begitu, terdapat sesetengah di antara kita pula yang sanggup menghabiskan ratusan malah ribuan ringgit bagi mendapatkan penggayaan yang diingini.

iluminasi.com kongsikan 5 individu yang membayar sejumlah wang yang tak masuk akal untuk memotong rambut.

5. David Beckham

david beckham brylcreem 938

Bekas bintang bola sepak lagenda, David Beckham telah menggayakan semula rambutnya dan ia diperlembutkan sebagai keperluan dalam penajaan kontrak bersama Brylcreem.

Dan harga potongan rambut yang dilakukan adalah berharga RM25,000 iaitu kelima termahal di dunia.

Potongan itu bagi memberikan Brylcreem kelihatan moden, mempromosikannya bukan sahaja sebagai krim rambut lelaki untuk gaya rambut klasik tetapi juga untuk lelaki moden.

4. Beverley Lateo

beverley lateo

Berada di tempat keempat senarai potongan rambut paling mahal di dunia adalah bernilai RM66,600 yang dibayar oleh bilionaire Itali, Beverley Lateo.

Potongan rambut itu dilakukan oleh penggaya rambut terkenal Stuart Phillips di salonnya, Covent Garden Salon di London. Ia mula apabila Beverley tidak menemui penggaya rambut yang sesuai untuk melakukan pengubahsuaian kepada rambutnya, jadi tawaran diberikan kepada Stuart.

Ia mungkin bayaran yang berbaloi kerana pelanggan akan mendapat perkhidmatan perjalanan yang mewah termasuklah perkhidmatan limosin, makan tengah hari dihidangkan champagne serta urutan mewah. 

3. Sultan Hassanal Bolkiah

sultan hassanal bolkiah 475

Potongan rambut Sultan Hassanal Bolkiah dari Brunei berada di senarai ketiga termahal di dunia.

Beliau merupakan antara kerabat diraja yang terkaya di dunia dengan kekayaan RM83 bilion (2011), maka tak menghairankanlah jika Sultan Brunei membayar kira-kira RM100,116 kepada penggaya rambut kegemarannya, Ken Modestou dari salon Hotel Dorchester di London.

Untuk melakukan tugasnya, Ken Modestou terbang dengan penerbangan kelas pertama ke Brunei. Harga untuk satu potongan rambut ini mungkin tak masuk akal bagi orang kebanyakan kerana ia mampu membeli sebuah rumah namun bagi sultan ini, ia bak setitik air di lautan.

Ken Modestou telah bertanggungjawab terhadap penggayaan rambut Sultan Hassanal selama 16 tahun.

2. John Paul Dejoria

john paul dejoria

Pada Januari 2005, John Paul Dejoria, seorang pakar penjagaan rambut dan pengasas bersama syarikat penjagaan rambut, John Paul Mitchell Systems, telah memotong ekor rambutnya yang menjadi trademar untuk harga RM166,500!

Pemotongan yang tersangat mahal itu dilakukan oleh Liza Geebons, yang terkenal bukan sebagai penggaya rambut tetapi sebagai personaliti TV.

Walaupun kekayaan John Paul Dejoria bernilai RM10.8 bilion, keluarganya dan rakan-rakannya juga menyumbang kepada bayaran pemotongan rambutnya yang mana telah disumbangkan kepada Palang Merah Antarabangsa untuk manfaat mangsa tsunami di Asia.

1. Anne Hathaway

anne hathaway potongan rambut paling mahal di dunia

Haters Anne Hathaway boleh membenci selebriti ini sekuat mana sekalipun namun ia tak akan mengubah fakta bahawa Anne merupakan seorang pelakon yang tersangat jelita sama ada dengan gaya rambut sang puteri atau seperti dalam filem Les Miserable tahun 2012.

Dalam filem ini, direktor Tim Hooper mahukan potongan rambut yang sangat "ganas" menggunakan pisau untuk membuatkan Anne kelihatan "merana" dan benar-benar realisitik untuk membawa watak Fantine.

Pelakon Nicola Sloane telah diberikan tanggungjawab untuk menggodam rambut Anne, di dalam satu babak di mana Fantine menjual rambutnya.

Anne Hathaway dilaporkan telah menangis teresak-esak selepas penggambaran akibat daripada rambutnya dipotong yang mana telah disimpan selama 3 tahun.

Berbeza dengan yang lain dalam senarai ini, tindakan berani Anne itu telah memberikan pulangan lumayan di mana beliau dibayar sebanyak RM33.3 juta menjadikan ia sebagai potongan rambut paling mahal di dunia setakat ini.

Rujukan:

1. Daily Mail

2. Esquire

3. Fashionista

4. Luxuo




Hakcipta iluminasi.com (2017)