Jika ditanyakan soalan batu apakah yang paling mahal di dunia, kebanyakan orang mungkin akan memberikan jawapan berlian putih.
Namun, percaya atau tidak, ia langsung tidak tersenarai dalam 5 batu paling mahal di dunia. Sudah tentu berlian putih tetap antara yang termahal.
Disebabkan logam dan batu permata berharga berada dalam kategori yang sama, sesetengah orang mungkin beranggapan bahawa emas adalah yang termahal dalam kategori ini. Sekali lagi, ia bukanlah yang termahal.
BESARKAN TEKS A- A+
iluminasi.com kongsikan 5 batu paling mahal di dunia.
5. Delima – RM4 juta per karat
Walaupun permata merah ini terdapat banyak di dunia, namun apa yang memberikan nilai yang tinggi kepadanya adalah kualiti setiap butirnya.
Batu delima yang paling tinggi nilainya adalah yang bersaiz besar, berwarna merah darah, mempunyai potongan tepat dan juga berkilauan-kilauan.
Warna merah terang batu delima ini berasal daripada kromium yang terdapat semasa proses pembentukannya. Delima dikelaskan sama dengan berlian, mengikut gred, kualiti, dan warna mereka.
Batu delima yang tidak mempunyai apa-apa cela boleh mencecah sehingga RM4 juta per karat, menjadikannya batu ke-5 termahal di dunia.
Apabila delima mahal ini disertai dengan permata berharga lain dalam gabungan yang sama, harganya mampu meningkat. Sebagai contoh, sebentuk batu delima Burma pernah dijual dengan harga RM120 juta.
4. Biduri delima biru – RM6 juta per karat
Garnet atau batu biduri delima sebenarnya terdapat dalam pelbagai warna. Batu permata ini boleh didapati dalam warna hijau, coklat, oren, merah jambu, ungu, merah, dan kuning.
Walau bagaimanapun, warna yang paling jarang ditemui dan paling mahal adalah warna biru.
Selepas batu biru pertama ditemui pada tahun 1990-an di Madagascar, batu berharga ini juga telah ditemui di Amerika Syarikat, Rusia, dan Turki.
Malah, garnet biru kini dilombong di ketiga-tiga negara ini. Ketika ini, batu mahal ini mampu mencecah harga RM6 juta per karat. Warnanya yang menawan disebabkan adanya vanadium semasa proses pembentukannya.
Dalam sesetengah kes, vanadium menghasilkan warna yang lebih cerah, jadi jumlah vanadium yang sempurna diperlukan untuk menghasilkan garnet biru terang yang menjadikan batu ini mahal.
3. Serendibite – RM8 juta
Batu ini adalah tersangat jarang ditemui malah kebanyakan daripada anda mungkin tidak pernah mendengar tentangnya sebelum ini.
Antara salah satu sebabnya adalah kerana mineral ini hanya terdapat di salah satu daripada dua tempat: Utara Burma dan Sri Lanka.
Serendibite menggunakan jumlah molekul yang sangat kecil dari mineral lain, seperti oksigen, silikon, magnesium, boron, kalsium, dan aluminium, yang terikat semasa proses pembentukan kompleks.
Sehingga hari ini, terdapat hanya tiga butir batu ini yang pernah ditemui. Ketiga-tiganya sekitar setengah karat, bernilai di antara RM7.2 juta hingga RM8 juta setiap satunya.
2. Berlian merah - RM10 juta per karat
Kebanyakan daripada anda pasti menjangkakan bahawa berlian akan tersenarai dalam senarai ini tetapi apa yang mengejutkan adalah ia bukanlah berlian putih yang anda biasa lihat, tetapi berlian merah.
Berlian merah sebenarnya merupakan salah satu berlian paling mahal di dunia kerana ia adalah jenis yang paling jarang ditemui. Hanya beberapa bentuk sahaja ditemui setiap tahun di Argyle Mine di Australia.
Setiap beberapa tahun, lombong itu akan membuat lelongan berlian yang menakjubkan ini. Berlian merah mampu mencecah nilai setinggi RM8 juta ke RM10 juta per karat.
1. Jadeite – RM12 juta per karat
Satu lagi mineral yang ramai mungkin tak pernah dengar, iaitu Jaedite. Namun, ia terdapat dalam batu permata lain yang popular lebih-lebih lagi di China iaitu Jed.
Jadeite adalah mineral atau batu yang paling mahal di dunia pada ketika ini. Harga per karat untuk permata mahal ini adalah RM12 juta per karat.
Seperti batu-batu lain dalam senarai ini, apa yang membuatkan Jadeite begitu mahal adalah kecantikannya dan sangat jarang ditemui.
Mineral berharga pernah ini digunakan untuk membuat kepala kapak dan perhiasan pada zaman purba. Malah, pada akhir tahun 1990-an, satu barang perhiasan Jadeite dijual dengan harga hampir RM40 juta.
P/S: Mengapa batu yang hanya ditemui di celahan tanah ini sangat mahal dan siapa yang menentukan harga serta nilainya?