hh

Sejak zaman dahulu, perarakan yang membabitkan orang ramai berhimpun dan berarak meraikan sesuatu, telah menjadi budaya penting manusia.

Perarakan biasanya menjadi simbolik yang menyatukan sesebuah masyarakat, dengan melambangkan kepercayaan agama, perayaan budaya dan mungkin juga memperingati peristiwa penting di kalangan pewaris masyarakat tersebut.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Diseluruh dunia, memang ada banyak tradisi perarakan yang telah berusia berabad-abad masih diadakan hingga hari ini. Dalam artikel ini, mari kita teroka lima tradisi perarakan tertua di dunia yang masih diamalkan.

1. Perayaan Ratha Yatra (India)

perarakan raikan dewa jagannath india

Dianggarkan disambut lebih dari 1,000 tahun, Ratha Yatra adalah perarakan berkait agama tertua di dunia diadakan di Puri, Odisha, India.

Perarakan ini masih dianjurkan setiap tahun sebagai simbol bagi menghormati dewa Jagannath, yang dipercayai adalah jelmaan semula Dewa Vishnu. Dalam perarakan ini, patung dewa Jagannath bersama duasaudaranya, Balabhadra dan Subhadra diarak di atas gerabak besar yang dinamakan sebagai ratha laluan sekitar Puri.

Tujuan utama perarakan ini adalah simbol bagi memperingati perjalanan Dewa Jagannath pulang ke rumah ibunya, yang diharap dapat memperkuatkan kepercayaan penganutnya, membolehkan mereka menerima berkat.

Bergelar sebagai tradisi lama, perayaan ini mampu menarik jutaan penganut dari seluruh India dan juga dunia, selain menjadi tarikan pelancong yang hadir untuk merasai suasananya.

2. Perayaan Gion Matsuri (Jepun)

jepun rai tradisi perarakan

Sudah berlangsung lebih 1,100 tahun, Gion Matsuri adalah festival perarakan tertua paling terkenal di Jepun, yang diadakan di Kyoto setiap bulan Julai sejak abad ke-9.

Festival ini diamalkan sebagai upacara untuk menenangkan roh-roh yang dipercayai menyebabkan wabak dan bencana. Dengan menenangkan roh, masyarakat di sana percaya mereka dapat terhindar daripada penyakit.

Sepanjang perayaan gerabak besar yang dipanggil yamaboko akan diarak melalui jalan-jalan sekitar Kyoto, dihiasi dengan hiasan tradisional Jepun yang cantik. Festival ini bukan sahaja menjadi acara kebudayaan penting masyarakat Jepun, tetapi juga menarik pelancong dari seluruh dunia untuk menyaksikan keindahan dan tradisi Jepun.

3. Perarakan Semana Santa (Sepanyol)

la estrella perarakan tertua dunia

Semana Santa atau Minggu Kesucian adalah perarakan keagamaan yang diadakan di pelbagai bandar sekitar Sepanyol sejak abad ke-16, dengan Seville menjadi salah satu lokasi paling terkenal dengan perarakan terbesar.

Perarakan ini berlangsung dengan persediaan panjang, melibatkan penganut Kristian mempersiapkan binaan patung-patung yang mewakili tokoh pemimpin agama tersebut yang telah meninggal dunia.

Mereka akan berarak dan membawa patung-patung suci dan ikon keagamaan masyarakat setempat melalui jalan-jalan bandar sekitar Sepanyol, memperingati sumbangan tokoh tersebut serta kepercayaan utama mereka menghargai penderitaan dan kematian Jesus Christ.

Semana Santa diadakan dalam suasana yang sarat dengan elemen kerohanian, mengekalkan tradisi Katolik yang mendalam di Sepanyol dan menyatukan komuniti mereka dalam satu pegangan keagamaan yang kuat.

4. Perayaan Carnival of Venice (Itali)

perarakan air venice

Carnival of Venice atau Karnival Venice adalah salah satu perayaan tertua di dunia, yang dipercayai bermula pada abad ke-12.

Perayaan ini terkenal dengan penghasilan pelbagai jenis topeng dan kostum yang rumit untuk dipakai dan dijual sepanjang festival serta perarakan di sepanjang terusan dan jalan-jalan di Venice.

Walaupun perayaan ini telah mengalami perubahan sepanjang zaman dan pernah diharamkan pada abad ke-18, tradisi ini berjaya dihidupkan semula pada tahun 1979 dan kekal sebagai tradisi penting di sana sehingga hari ini.

Tujuan Carnival of Venice dianjurkan adalah untuk meraikan kemenangan Venice terhadap musuh-musuh mereka. Selain itu mereka juga melihat karnival ini sebagai pengalaman unik di mana semua kelas sosial dapat bergaul bebas di sebalik topeng yang mereka kenakan. 

5. Perayaan Trooping the Colour (United Kingdom)

trooping colour united kingdom perarakan parade

Trooping the Colour adalah perarakan tentera yang diadakan di London, United Kingdom sejak abad ke-17, kini disambut untuk meraikan ulang tahun rasmi bermulanya sistem monarki British.

Perarakan ini dibuat secara besar-besaran, melibatkan ribuan askar serta kuda, dan pancaragam tentera yang akan berarak di hadapan Istana Buckingham. Pada era permulaan berlangsungnya acara ini, Trooping the Colour bermula sebagai perarakan tentera sebagai simbolik kekuatan dan disiplin tentera British.

Selaras peredaran zaman, acara ini berkembang menjadi acara kebangsaan yang mengukuhkan hubungan antara monarki dan rakyat.

Ekoran perubahan tujuan, kini acara ini dibuat sebagai sebuah perarakan yang mewakili beberapa elemen penting pentadbiran United Kingdom, seraya untuk menghormati monarki dan memupuk semangat kebangsaan, yang diharap dapat mewujudkan ikatan antara generasi berbeza.

Selain mengingatkan rakyat mereka tentang sejarah dan warisan negara mereka; yang terkenal sebagai penjajah dan telah merompak banyak harta masyarakat luar yang telah dijajah mereka. Yang ni penulis tambah sendiri. Geram bila difikirkan.




Hakcipta iluminasi.com (2017)