Setiap kumpulan penjenayah di dunia mempunyai pelbagai teknik dan modus operandi mereka sendiri untuk melaksanakan kegiatan jenayah mereka. Tidak kira apapun kegiatan haram yang dilakukan seperti menjual dadah, merompak, penyeludupan manusia dan sebagainya, hampir kesemuanya motif yang sama - membuat duit.

Pernahkah anda tertanya organisasi penjenayah manakah yang paling kaya di dunia?

BESARKAN TEKS     A-  A+

1. Solntsevskaya Bratva - RM 35 bilion

solntsevskaya bratva

Kumpulan yang mempunyai kira-kira 9000 orang anggota ini berasal dari Rusia. Pendapatan organisasi ini dianggarkan sebanyak RM 35 bilion setahun. Menariknya, kumpulan ini terbahagi kepada 10 kumpulan berasingan di mana setiap satunya menjalankan aktiviti secara bersendirian tanpa bergantung kepada pecahan kumpulan yang lain.

Pendapatan utama kumpulan ini adalah penyeludupan manusia dan penjualan dadah (terutamanya heroin). Faktor penagih heroin yang tinggi di Rusia (sebanyak 12% daripada jumlah keseluruhan penagih heroin di seluruh dunia) semestinya menyumbang kepada pendapatan tinggi mereka.

2. Yamaguchi Gumi - RM27 bilion

yamaguchi gumi

Jika di negara lain organisasi penjenayah ini dikenali sebagai mafia, di Jepun pula mereka dikenali sebagai Yakuza. Dalam banyak-banyak Yakuza di Jepun, Yamaguchi Gumi adalah Yakuza paling kaya dengan pendapatan dianggarkan sebanyak RM27 bilion.

Menurut bekas ketua polis Jepun, kumpulan ini memperoleh wang kebanyakannya daripada aktiviti penyeludupan manusia, penjualan dadah dan perjudian. Dalam buku "An Economic History of Organized Crime" tulisan Dennis McCarthy, Yakuza digambarkan sebagai sebuah organisasi berpusat yang sangat mementingkan disiplin dan adat dalam kalangan ahli. Maka tidak hairanlah walaupun telah diperangi oleh polis sejak berpuluh tahun, mereka tetap teguh dan aktif melakukan jenayah. 

3. Camorra - RM20 bilion

camorra 357

Dalam banyak-banyak organisasi mafia di Itali, Camorra adalah yang paling berjaya dan kaya. Mengikut laporan, mereka dianggarkan memperolehi kira-kira RM20 bilion setahun. Antara kegiatan jenayah utama mereka termasuklan eksploitasi seksual, pengedaran dadah, perjudian dan penyeludupan senjata.

Sejarah kumpulan ini bermula sejak 90-an lagi dimana anggota asalnya adalah bekas banduan penjara. Pada awal kemunculannya, mereka menawarkan perlindungan kepada ahli politik ketika kemelut politik yang melanda pada ketika itu.

4. Sinaloa Cartel - RM 12.5 bilion

sinaloa cartel

Kumpulan yang sinonim dengan aktiviti penyeludupan dadah dan merupakan yang terbesar di Mexico. Ketua kumpulan ini, El Chapo terkenal sebagai seorang yang sangat kaya dan sangat dikehendaki oleh pihak berkuasa Mexico dan Amerika Syarikat.

Kumpulan ini juga terkenal dengan keganasan dimana mereka tidak teragak-agak akan membunuh sesiapa sahaja yang cuba menjatuhkan mereka. Penguasaan kumpulan ini agak besar dimana mereka dianggarkan memonopoli 60% pasaran dadah di Amerika Syarikat yang membolehkan mereka menjana kira-kira RM 12.5 bilion setahun.

Kredit: Fortune




Hakcipta iluminasi.com (2017)