'Typo' atau 'typographical error' merujuk kepada kesalahan ejaan dalam penulisan tidak kiralah dalam surat, mesej, emel dan sebagainya. Kesalahan typo ini adakalanya mudah dikesan tetapi dalam sesetengah kes, typo perbezaan, pengurangan atau pertambahan beberapa huruf dalam sesuatu perkataan itu boleh membawa maksud yang sangat berlainan.

Dalam hubungan suami dan persahabatan contohnya, ada kalanyanya kerana kesilapan typo ketika mesej di WhatsApp sekalipun boleh membawa kepada salah faham dan pergaduhan. Kali ini, kami ingin berkongsi 5 kesalahan typo yang pernah berlaku dalam sejarah yang telah mengakibatkan kerugian bernilai jutaan ringgit.

BESARKAN TEKS     A-  A+

1. Kesalahan Ejaan 'exotik' kepada 'erotik'

Ini adalah contoh terbaik bagaimana sebuah typo dimana huruf 'x' telah tertukar dengan huruf 'r' yang telah memberikan maksud yang berlainan sama sekali. Pada tahun 1998, syarikat agensi pelancongan Banner Travel telah membeli sebuah ruang pengiklanan di buku Yellow Pages.

Mereka ingin mempromosikan pakej percutian eksotik (exotic travel) iaitu pelancongan ke tempat-tempat yang kurang popular dan jarang dilawati. Malangnya, syarikat Pacific Bell yang menguruskan pengiklanan tersebut telah tersilap tulis 'erotic' berbanding 'exotic'. Kesilapan ini menyebabkan mereka kehilangan 80% pelanggan berpotensi. Syarikat Banner Travel kemudiannya telah menyaman pihak pengiklan sebanyak RM 43 juta dan menuntut ganti rugi agar kos pengiklanan mereka dibayar semula.

2. Letupan Satelit NASA

mariner 1

Kes ini berlaku pada tahun 1962, zaman dimana pihak Amerika Syarikat dan Rusia berlumba-lumba untuk melancarkan satelit pertama mereka ke angkasa. Pihak NASA milik Amerika Syarikat pada ketika itu sedang menyiapkan program untuk melancarkan satelit Mariner 1 mereka ke planet Venus. Satelit ini dianggarkan bernilai RM 630 juta.

Setelah satelit tersebut dilancarkan ke udara, pihak NASA mendapati terdapat satu kesilapan 'typo' atau ejaan pada kod program tersebut yang menyebabkan ianya tersasar daripada arah yang dituju, tidak dapat dikawal dan tidak dapat dihubungi. Kesilapan tersebut adalah disebabkan tanda hyphen (-) yang tertinggal dalam satu baris kod dalam program untuk mengawal satelit tersebut.

Kerana tidak mampu berbuat apa-apa, pihak NASA mengarahkan satelit tersebut diletupkan, hanya kira-kira 293 saat selepas dilancarkan ke angkasa. Misi penghantaran satelit itu gagal dan NASA menanggung kerugian RM 630 juta.

3. Pertandingan Gores dan Menang

gores dan menang

Pada tahun 2005, sebuah syarikat penjualan kereta Roswell Honda telah menghantar sepucuk surat kepada 30,000 bakal pembeli kereta. Sebagai sebahagian daripada usaha pemasaran, surat itu turut disertakan peraduan gores dan menang di mana salah sebuah bakal pelanggan berpeluang mendapat hadiah utama bernilai RM 4300 ($1000).

Malangnya, Force Events, syarikat yang menguruskan kempen pemasaran itu telah membuat kesilapan besar dengan menghadiahkan setiap penerima surat tersebut hadiah utama bernilai RM 4300. Hal ini menyebabkan syarikat Roswell Honda terpaksa membayar RM 3 juta kepada kesemua 30000 bakal pelanggan mereka.

Syarikat Roswell Honda memohon maaf dan sebagai ganti rugi memberi setiap seorang bakal pelanggan tersebut kad prabayar bernilai $5 daripada Walmart. Untuk kad ini sahaja, mereka terpaksa memperuntukkan $150,000 atau kira-kira RM631,000.

4. Kesilapan Harga Tiket Kapal Terbang

alitalia airlines

Kes ini berlaku pada tahun 2006. Syarikat penerbangan Alitalia Airlines telah tersilap meletakkan harga pada laman webnya untuk sebuah promosi penerbangan daripada Toronto ke Cyprus. Pihak Alitalia Airlines tersilap menyenaraikan harga tiket sebagai $39 berbanding harga sebenarnya $3900.

Ketika mana pihak syarikat sudah mengesan kesalahan tersebut, mereka dapati 2000 orang telahpun membeli tiket penerbangan tersebut. Kerana bimbang para pelanggan mereka akan membatalkan tiket sekiranya pihak syarikat meminta baki duit daripada harga sebenar tiket, maka pihak syarikat mengambil keputusan untuk menanggung kerugian tersebut yang dianggarkan bernilai RM30 juta.

Kredit:

  1. Reader's Digest
  2. Mental Floss



Hakcipta iluminasi.com (2017)